Bab 28

52 2 0
                                    

Sudah dua hari berlalu sejak kejadian itu. Dua hari itu jugalah dia tidak melihat Helena di lobi. Kak Peah beritahu yang Helena tak sihat, demam panas setelah terkena hujan lebat. Syafiq masih dihantui perasaan bersalah. Tentu Helena muak dengan permohonan maafnya yang tak berkesudahan. Ada sahaja perkara yang dia lakukan sehingga menyakiti Helena.

Syafiq keluh resah. Dia ada kerja tergendala di pejabat. Dari wad, Syafiq menuruni tangga ke lobi kerana kedua-dua lif sedang digunakan. Dia perlu bergerak dengan aktif bagi menghilangkan fikiran yang boleh menganggu tumpuan dalam kerja.

Kaki yang laju memijak tangga dihentikan tiba-tiba. Syafiq mendengar tangisan halus daripada bilik stor. Syafiq menarik pintu kecemasan, suara tangisan semakin jelas di telinga. Tiada apa-apa di tingkat itu melainkan laluan sunyi dan bilik stor di hujungnya.

Syafiq berperang di dalam hati.

Adakah tangisan itu daripada manusia atau hantu? Mana mungkin hantu Syafiq oi, matahari terpacak atas kepala. Patut tak aku pergi tengok, mungkin ada anak kucing tersesat, tak boleh keluar.

Tanpa sedar, Syafiq sudah berdiri di hadapan pintu. Amaran dilarang masuk diabaikan. Syafiq jatuhkan tangannya pada tombol pintu besi. Di hujung kaki, Syafiq dapat rasakan ada udara dingin yang keluar daripada ruang pintu di bawah. Dalam stor ada penghawa dingin?

Sekali tolakan, pintu stor itu terbuka. Syafiq panjangkan leher, mengintai isi di dalam. Bunyi tangisan juga hilang serta-merta. Syafiq tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Bilik itu bukan bilik stor seperti yang dikatakan oleh Kak Peah. Bilik itu merupakan bilik tidur seseorang dengan perabut yang lengkap daripada katil sehingga ke sofa tempat berehat. Bau aroma lavender cukup wangi menusuk ke hidung.

Syafiq perasan ada seorang wanita sedang membaca buku. Wajah wanita itu terlindung dengan rambut yang panjang, Syafiq tak dapat mengagak.

"Cik Helena?" tegur Syafiq rambang. Berdasarkan panjang rambut yang panjang beralun, seakan mirip dengan Helena.

Wanita itu palingkan muka dengan senyuman manis. Buku di tangan diletakkan di atas katil. Jarinya yang lebam menyisir rambut yang tidak kemas.

"Hai......" wanita itu melambai ke arah Syafiq.

"Dr......Alisya....." luah Syafiq seakan berbisik.

Syafiq melihat individu di hadapannya buat kali kedua. Ternyata dia tak salah, memang Dr Alisya. Cuma penampilan wanita itu jauh berbeza. Wajahnya cengkung sehingga jelas tulang pipi, badan yang sangat susut, seakan sakit teruk.

"Siapa kau!" tengking Dr Alisya. Senyuman yang mati diganti dengan renungan tajam. Dr Alisya ketap bibir, hampir luka kerana bibir yang sememangnya sudah kering.

Syafiq menapak ke belakang kerana Dr Alisya menggapai pisau yang ada di dalam dulang buah. Dr Alisya meluru ke arah Syafiq, dengan pisau bersedia menghunus dada Syafiq.

"Aku bunuh kau!" jerit Dr Alisya sambil merapatkan jataknya.

Syafiq yang cemas seperti hilang kesedaran seketika. Dia nampak Dr Alisya semakin dekat namun kakinya tak mampu diangkat. Dia umpama dijampi.

"Ahhhhhhh"

Syafiq pejam mata. Bersama suara jeritan Dr Alisya dari arah hadapan, Syafiq terdengar bunyi kasut dari arah belakang yang sangat dekat. Ketika itu juga, wajah Syafiq terkena libasan rambut seseorang.

"Ibuuuuu!!!!!!"

Dr Alisya angkat pisau dan terkena leher orang yang tidak dijangka, bukannya Syafiq yang menjadi sasaran. Pisau yang berdarah terlepas dari genggaman. Dr Alisya melorot jatuh, senada dengan mangsanya.

HEALER (In Editing)Kde žijí příběhy. Začni objevovat