Dari Penulis

107 6 4
                                    


Assalamualaikum semua, alhamdulillah dah habis pun share dengan korang novel Healer daripada chapter satu sehingga tamat. Syukur alhamdulillah kerana Allah permudahkan segalanya.

Nak cerita sikit, idea tentang novel Healer ni datang secara tiba-tiba. Ketika itu, tengah melawat kubur arwah ayah di kampung. Mungkin idea ni cetusan daripada kesakitan sendiri setelah arwah tak ada lagi. Tiga tahun gantung pen, sebab dealing dengan kehilangan, akhirnya dapat siapkan dua cerita. Yang pertama, In Your Time.

Fokus untuk Healer ini lebih kepada soal kehilangan. Ramai dah lalui kehilangan itu, dalam pelbagai cara. Hilang orang tersayang, hilang kawan, hilang ahli keluarga, lain orang lain ujian dia kan.

Apa yang saya nak sampaikan, kehilangan itu pasti, antara kita bersedia atau tidak. Sebab itu, kita kena hargai orang itu selagi dia masih ada. Walaupun banyak kekurangan dia, abaikan semua itu kerana tiada siapa yang sempurna.

Syafiq Haikal wujud untuk melengkapi Helena Zara. Helena bukan pengganti, tetapi penyembuh yang lelaki itu perlukan, begitu juga sebaliknya.

Walauapapun, terima kasih kerana sudi baca. Komen di bawah macam mana korang boleh add to library cerita ni. Dari TikTok, atau memang search di Wattpad, Komen okay!

Terima kasih sekali lagi. Doakan saya dapat menjadi seorang penulis yang baik, inshallah. Impian sejak zaman sekolah menengah lagi, semoga ada rezeki untuk saya pula. Yelah, nak jadi seorang penulis yang diminati ramai itu suatu perjalanan yang sangat sukar.

Inshallah, next project akan menyusul. Kita nak perah idea baru pula. Rasanya pasal lelaki kampung dengan perempuan bandar, kita tengok dulu macam mana.

Terima kasih🤗💕

HEALER (In Editing)Where stories live. Discover now