Bab 37

64 2 0
                                    

Helena berjalan santai di lobi. Dia bahagia kerana tidak lagi perlu memikirkan masalah kewangan hospice. Semuanya sudah ditanggung beres. Tak sangka dia tak perlu berrsusah payah kerana kali ini semuanya dapat diselesaikan dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Helena menanggalkan cermin mata hitam. Helena pegun apabila melihat Kak Peah dan Abang Shah bersandar di kaunter pendaftaran tanpa kehadiran Noah. Wajah kedua-dua itu kelihatan muram, masing-masing tundukkan pandangan.

“Buat apa kat sini? Dah habis buat kerja?” terjah Helena begitu sahaja. Dia berdiri di antara Kak Peah dan Abang Shah.

“Cik Helena,” jawab Kak Peah tidak bersemangat. Kehadiran Helena di sebelahnya seakan tidak memberi kesan. Kak Peah masih menarik muka sedih.

“Ada apa-apa yang dah jadi ke? Atau korang fikir pasal masalah duit yang saya beritahu pagi tadi? Mulai detik ini, kita dah tak perlu fikir masalah itu. Semuanya dah ditanggung beres. Ada beberapa VIP yang pernah menetap di sini sudi membantu kita, termasuklah Puan Sri Linda dan Tan Sri Afendi. Jadi, soal duit, dah tak payah serabutkan kepala. Hanya perlu tunggu duit masuk sahaja ke dalam akaun,” jelas Helena teruja. Segala tekanan dan bebas bebas daripada pundaknya, sangat lega.

“Oh, alhamdulillah kalau ada yang boleh bantu,” ujar Abang Shah pula.

Helena tidak membalas. Ekspresi Kak Peah dan Abang Shah dilihat silih-berganti. Helena dapat mengagak ada perkara besar yang telah terjadi sepanjang seharian dia tak ada di situ. Helena kuak rambutnya ke belakang.

“Siapa yang meninggal?” tanya Helena yang dapat meneka daripada kelakuan Kak Peah dan Abang Shah. Helena dah hadam dengan perangai dua pekerjanya itu.

“Puan Amna, isteri kepada kawan Syafiq. Dia dah meninggal lebih kurang satu jam lepas. Noah tak ada sebab tolong Syafiq selesaikan apa yang patut termasuk urusan pengebumian memandangkan Puan Amna dan suami sama-sama sebatang kara.” Bahu Kak Peah terjatuh. Ibarat sudah terjatuh ditimpa tangga, itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan kesusahan Dan kesedihan yang perlu dihadapi oleh Zafrul Dan anak-anak.

Helena angguk faham. Dia meletakkan fail di atas meja lalu mengarut langkah ke arah bilik Puan Amna yang terletak di tingkat satu. Kak Peah dan Abang Shah turut menyusul daripada belakang.

Tiba di bilik Puan Amna, suasana hening dan sedih menyelubungi. Alunan surah yaasin dibaca oleh Zafrul Dan Syafiq serta anak perempuan pertama mereka. Syafiq turut meriba si kecil yang lena.

Helena serba salah. Adakah patut dia ada di situ atau tidak? Helena sentuh kepala yang tidak bertutup. Sekujur tubuh Amna berselubung selimut putih tanpa seinci aurat terdedah. Hati Helena tersentak. Dengan teragak-agak, Helena pusingkan badan, keluar dari bilik itu. Helena duduk di atas kerusi yang bertentangan dengan pintu yang terbuka luas. Dari tempat duduknya, Helena dapat mendengar suara Syafiq yang memujuk Zafrul.

“Kau tak boleh tumbang Zafrul. Kau ada anak-anak yang bergantung di kaki kau. Mereka amanah yang dikirim oleh Allah melalui rahim arwah juga. Cukuplah mereka kehilangan kasih sayang seorang ibu, jangan sampai mereka terbiar, membesar tanpa sosok seorang ayah yang kuat juga. Aku faham keadaan kau sebab aku pernah juga kehilangan orang yang aku sayang. Tetapi, kau kena segera pulih demi anak-anak kau. Inshallah, arwah akan tenang di sana,” pujuk Syafiq. Dia picit bahu Zafrul manakala si kecil diserahkan kepada Kak Peah.

Helena angkat muka. Dia jelas mendengar apa yang dikatakan oleh bibir merah Syafiq.

Pernah kehilangan orang yang aku sayang? Siapa yang pergi Syafiq? Cinta pertama yang awak pernah beritahu sebelum ini? soal Helena di dalam hati.

Tanpa bicara, Helena tinggalkan ruangan itu. Dia perlukan ketenangan jadi dia ke taman bunga yang bercahaya oren kerana disimbah langit senja. Hati Helena bergolak dengan perasaan yang sukar untuk ditafsirkan. Helena berjakan ke arah beranda, bersandar di situ sambil melihat langit tanpa gumpalan awan putih.

HEALER (In Editing)Where stories live. Discover now