𝐁𝐚𝐛 5

124 16 1
                                    

MALAM itu mata Ainul tak mampu nak melelapkan mata. Jarum jam sudah menunjukkan pukul satu pagi. Semua penghuni rumah pasti sudah lena dibuai mimpi, kecuali dia seorang.

Ainul bangun dan bersila di atas katilnya. Kepalanya diramas kasar sehingga kusut rambut panjangnya. Memang harini boleh diistiharkan sebagai hari paling rumit dalam hidupnya sepanjang 32 tahun. Petang tadi, bekas tunangnya datang untuk putus. Malam pula ada orang datang melamar.

Kenapa semuanya kena berlaku dalam sehari?

"Kena mandi bunga ni rasanya," rungut Ainul sendirian. Ainul melangkah turun. Dia perlu buat sesuatu, kalau tak memang tak tidur la dia malam ni.

Ainul duduk di tengah malam yang sunyi di halaman rumahnya. Bulan purnama menerangi langit, memberikan cahaya samar yang cukup untuk Ainul berlatih gerak silat yang dipelajari sejak kecil. Dia berasa resah, fikirannya dipenuhi dengan kebimbangan dan ketidakpastian.

Tidak dapat melelapkan mata, Ainul memilih untuk melatih diri di bawah cahaya bulan. Dengan pergerakan yang anggun, dia melaksanakan beberapa siri gerakan yang telah dipelajarinya. Kedua-dua tangannya bergerak laju, mencipta corak yang cantik di udara malam.

"Farhan... saya dah nak masuk 30 tahun dah. Bila awak nak masuk meminang? Bukan sekejap kita bercinta. Dah lama. Sampai bila saya nak tunggu awak?" rungut Ainul. Farhan dihadapannya dipandang sepi. Kata sayang, tapi sampai sekarang, sebut pasal kahwin je macam-macam alasan yang keluar.

"Saya janji saya takkan sia-siakan awak. Tunggu saya sikit je lagi." Farhan mahu memegang tangan Ainul yang terletak di atas meja tapi ditarik Ainul

Belum kahwin nak pegang-pegang! Nak sentuh dia kahwin dulu la.

"Itu jelah alasan awak. Tunggu. Saya nak jadi andartu dah sebab tunggu awak."

"Sabarlah sayang. Saya masih cuba pujuk mama ni." Farhan mengeluh perlahan. Ini satu-satunya masalah mereka. Tak ada restu daripada ibunya, Datin Zaiton. Alasan sebab Ainul tak ada Shariffah. Ainul pula daripada keluarga biasa-biasa. Kalau diikutkan, dia tak kisah pun semua tu, dia hanya mahu Ainul. Tapi syurganya tetap pada Datin Zaiton. Dia masih cuba memujuk dari dulu sampailah sekarang. Jawapannya masih sama.

"Mama awak tak suka sebab saya tak cantik ke?" Ainul bersandar sambil memeluk tubuh. Farhan sekali pun tak pernah bawa dia jumpa Datin Zaiton. Takkan belum jumpa dah benci?

"Awak perempuan paling cantik saya pernah jumpa."

"Sweet talker."

"Ainul... ingat saya cuma nak kahwin dengan awak. Jadi awak jangan risau. Kalau kita kahwin umur 40 tahun pun nanti, saya tetap sayang awak." Janji Farhan bersungguh-sungguh.

Mak ai! Takkan dia nak tunggu lagi 10 tahun.

"Saya tak kira, awak kena pujuk cepat. Abah dah tanya bila awak nak masuk meminang." Semakin panjang muncung Ainul. Dia tak suka memaksa. Tapi dah semua orang paksa dia, dia terpaksa la paksa Farhan. Ha, faham tak?

"Ye sayang, saya cuba lagi okey? Sekarang senyum."

Ainul menghadiahkan senyuman paling manis, dengan harapan Farhan akan tunaikan janji. Farhan pula hanya tersenyum nipis. Nampaknya dia tersepit sekali lagi.

Ainul memejamkan matanya. Janji. Janji. Janji. Manusia bila berjanji memang manis. Tapi bila masa janji itu perlu ditunaikan, macam-macam alasan mula terbit. Dia yang bodoh, menagih janji pada orang yang melupakan.

"Saya tak layak untuk awak Farhan. Saya kasar. Awak tak dengar ke orang asyik kata saya kaki pukul. Ataupun awak teringin nak dapat awek gangster?" tolak Ainul. Sudah berkali-kali Farhan meluahkan rasa sayang. Ainul tak yakin untuk menyerahkan hatinya pada lelaki.

Macam mana kalau rasa sayang tu hilang bila dia dah jatuh sedalam-dalamnya?

"Farhan hanya untuk Ainul. Pedulikan orang lain. Fokus hanya untuk kita."

Setiap tumbukan dan tendangan membantu Ainul meredakan ketegangan yang terpendam dalam dirinya. Semua janji-janji Farhan bergema dalam kepalanya. Kenapa Farhan perlu berjanji untuk menggapai bulan dan bintang kalau lelaki itu sendiri gayat dengan tingginya halangan dan cabaran? Kenapa Farhan sanggup tinggalkan dia bila dia dah percayakan sepenuh hatinya untuk lelaki itu? Dan akhirnya Farhan menjadi orang yang sama yang mengatakan...

'Saya tak mahu teruskan hubungan ni.' Sebaris ayat yang cukup melukakan. Sebaiknya jika dia tak diterima dan tidak direstui dari awal, dia patut mengundur diri sebelum perasaan mekar melebihi relaiti.

Semuanya sudah terlambat, Ainul. Dah terlambat.

Suaranya yang tenang bergema di celah-celah pepohonan, sebati dengan desir angin malam. Peluh mula menitik dari dahi, namun Ainul terus berlatih tanpa henti. Setiap pergerakan menjadi semakin tajam dan tepat apabila malam semakin larut.

"Sebenarnya, saya sukakan Ainul. Ainul nak kahwin dengan saya tak?"

Di tengah-tengah latihan, langkahnya tiba-tiba terhenti apabila teringat tentang itu. Dengan tercungap-cungap, Ainul menghentikan pergerakannya. Dia duduk bersila di atas rumput, merenung di bawah cahaya bulan yang lembut. Peluhnya masih mengalir, tetapi fikirannya terbang jauh membayangkan wajah lelaki yang dia baru jumpa malam tadi.

"Irfan..." Ainul membayangkan wajah lelaki itu. Badannya tegap, mungkin tinggi sedikit dari Farhan. Kulitnya berwarna sawo matang, tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. Bahunya lebar, dan mudah saja Ainul dilempar ke bawah seperti guni beras.

"Ibu fikir macam mana pasal Irfan?"

Ainul ambil kesempatan untuk tanya ibunya pasal tadi. Mereka sedang elok cuci pinggan mangkuk bersama. Ainul sabun, Sabariah bilas.

"Ibu dapat rasakan dia dapat jaga Ainul dengan baik."

"Macam mana ibu tahu dia baik?" tiada sebarang jawapan. Sabariah hanya tersenyum sambil mengelap tangan dan berlalu pergi.

Ainul berpaling melihat kak long, kak ngah dengan kak lang yang turut tersenyum memandang dia. Dah kenapa semua orang kena sawan senyum ni. Cuba bantu sikit. Ini tidak, dibiarkan dia serabut seorang diri.

"Kak long... tolonglah Ainul. Sakit kepala Ainul ni nak fikir." Ainul menempel manja pada Maya, isteri abang longnya pula.

Ainul ni memang rapat juga dengan kakak-kakak ipar dia. Dia seorang adik-beradik perempuan. Bila lagi dia nak merasa seperti ada kakak. Kakak-kakak ipar dialah, dia menumpang kasih.

"Ainul. Ada benda, datangnya tak diminta. Tapi kekalnya sampai akhir usia. Ada benda pulak, kita simpan dia dah lama, rupanya bukan milik kita. Akhirnya kita kena lepaskan. Ainul fikirlah baik-baik ya," nasihat Maya lembut.

"Betul lagi benar tu Ainul. Contohnya abang ngah kamu tu. Kak ngah tak minta. Tahu-tahu masuk meminang je. Sekarang anak dah nak masuk empat. Alhamdulillah masih bahagia," Sokong Sikin pula, merangkap isteri angah.

Betul jugak kata kak ngah. Kak ngah dengan angah bukan kenal sangat pun. Jumpa dekat gerai nasi lemak, berkenan, terus abah ngah hantar Sabariah untuk masuk meminang. Mudah betul. Sampai sekarang dia tengok pasangan tu bahagia. Kadang-kadang angah menggedik dengan isteri dia depan dia orang, macam baru kahwin.

"Kita nak hidup dengan seseorang itu lama Ainul. Jadi fikirlah yang baik-baik. Cari yang sayang kita lebih daripada kita sayang dia. Jangan cari yang mulut manis saja. Manis dekat gula-gula getah pun boleh hilang, inikan manis pada janji manusia." Ain, kak langnya pula memberi nasihat penutup. Semua orang mengangguk setuju.

Sekali lagi, nasihat daripada kakak-kakak iparnya betul. Semuanya kena. Mungkin sayangnya pada Farhan melampau-lampau. Sehingga akhirnnya dia lupa... lupa untuk mengutamakan diri sendiri.

Akhirnya Ainul berdiri dengan perasaan lega. Walau apa pun jadi dia akan teruskan dengan rancangan dia esok. Janji tetap janji! Apa yang jadi, dia berserah saja. Ainul tersenyum senang. Dia berjalan sambil melompat-lompat kecil sebelum masuk semula ke dalam rumah.

Tanpa Ainul perasan, Saad memerhati sejak Ainul mula turun dari rumah lagi di sebalik tingkap. Mesti Ainul tak dapat tidur lagi. Itulah Ainul, kalau fikir yang berlebihan, mulalah dia jadi penunggu malam. Dia dah agak apa yang Ainul akan buat kalau tak boleh nak tidur. 

𝐀𝐤𝐮, 𝐊𝐚𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 | CompletedWhere stories live. Discover now