𝐁𝐚𝐛 9

107 13 0
                                    

"BUKAN salah saya cikgu. Saya nak terjatuh, kebetulan Ainul ada dekat situ. Tiba-tiba dia marah. Terus tampar saya, Batrisya pun sama. Buat cerita," jelas Aiman. Muka paling suci dia tayangkan pada Cikgu Faizal. Dia tahu dalam keadaan sekarang, dengan mukanya yang berbirat, kemenangan lebih berpihak pada dia.

"Ainul?" Cikgu Faizal berpaling pula pada Ainul. Muka anak muridnya seorang itu langsung tidak berperasaan. Sudah banyak kali juga banyak cerita tentang Ainul yang dia dengar. Ainul pukul orang. Ainul salah guna kuasa. Tapi rata-rata cikgu juga tak bersetuju. Zaman sekarang, zaman fitnah. Khabar angin perlu disiasat terlebih dahulu.

"Kalau saya terangkan sekali pun, mesti cikgu takkan percaya. Jadi terpulanglah." Ainul sudah biasa penjelasannya tidak dipercayai. Ini kali pertama dia masuk bilik disiplin. Kalau tak sebab Aiman, mesti nama dia masih bersih.

"Aiman boleh balik kelas dulu," arah Cikgu Faizal.

"Tapi cikgu..." Batrisya bersuara pula. Dia tak bersetuju dengan keputusan Cikgu Faizal. Sangat tak adil pada Ainul. Dia sejak tadi cuba menceritakan keadaan sebenar, tapi semuanya tak diendahkan oleh Cikgu Faizal. Alasannya sebab dia memang kawan baik Ainul.

"Kamu pun Batrisya," pintas Cikgu Faizal.

Tanpa ada pilihan lain, Batrisya berlalu keluar dari situ. Aiman hanya tersenyum sinis pada Ainul sebelum keluar. Puas hati dia! Kalini pasti giliran Ainul yang akan dimarahi oleh Cikgu Faizal.

Setelah Aiman dan Batrisya tiada dalam bilik itu, Cikgu Faizal mengambil tempat duduk di mejanya. Dia melihat Ainul yang masih berdiri tegak di hadapannya.

"Awal-awal saya dah maklumkan dekat kamu Ainul, baju biru yang kamu pakai tu bukan sekadar baju. Itu tanggungjawab. Tanggungjawab ni amanah, dan amanah ni berat. Kamu tak boleh salah guna kuasa kamu macam ni," tegur Cikgu Faizal lembut. Dia tahu, Ainul sifatnya keras tapi masih boleh mendengar kata. Mungkin cara Ainul membuatkan murid-murid tak suka.

"Saya tak buat salah. Salah saya cuma satu, saya tampar Aiman. Itupun sebab apa yang Aiman cakap tu melampau. Saya berhak terima kata maaf daripada dia. Bukan saya yang mulakan pergaduhan tadi. Saya cakap apa yang saya buat. Saya takkan mengaku apa yang saya tak buat," jelas Ainul panjang lebar.

"Macam ni la, saya akan berbincang dengan cikgu-cikgu lain. Saya mungkin terpaksa tarik balik jawatan kamu. Kamu boleh balik ke kelas sekarang." Cikgu Faizal mengambil buku-buku murid yang hendak ditanda. Kepalanya langsung tak diangkat.

Ainul hanya mengangguk kecil dan sedikit kecewa dengan reaksi Cikgu Faizal sebelum berpaling dan melangkah longlai. Apa yang dia nak jawab dekat ibu dan abah dia nanti?


"KAU yakin ke Ainul memang sengaja pukul budak Si Aiman tu? Aku macam susah sikit nak percaya yang Ainul macam tu. Yelah, budaknya memang kasar sikit tapi tak ada la sampai tahap  nak membuli pelajar lain," komen Cikgu Sal.

"Betul. Dia tu memang amanah dalam buat kerja. Aku rasa Aiman tu buat cerita," sampuk Cikgu Ros pula.

Cikgu Faizal kini berada dalam bilik guru. Dia membawa hal Ainul untuk meminta pendapat cikgu-cikgu yang lain. Namun semua disitu semua nampaknya menyokong Ainul.

"Tapi Kak Ros, ramai saksi kata Ainul yang mulakan pergaduhan."

"Siapa? Si Zali kaki buli tu? Semua orang memang tak sukakan Ainul. Kita kena adil Faizal. Ainul ada salahnya tapi takkan semua salah Ainul. Kalau nak denda pun denda biasa cukuplah. Jangan sampai kita nak tarik jawatan dia."

Tok! Tok!

Ketiga-tiga mereka berpaling apabila pintu bilik guru diketuk. Irfan sedang menjengulkan kepalanya. Takut-takut saja gaya dia.

"Oh Irfan kelas 1 A ya? Haa sini, buku tu letak kat sini." Cikgu Sal menunjukkan tempat di atas mejanya untuk Irfan meletakkan buku latihan Sejarah.

Irfan meletakkan buku latihan itu dan mahu berlalu pergi. Telinganya dapat menangkap perbualan cikgu-cikgu pasal Ainul. Ini mungkin peluangnya. Satu-satunya cara dia dapat menolong Ainul. Langkahnya dipasakkan di situ, dia berpaling semula.

"Ainul tak salah cikgu," kata Irfan.

Cikgu Sal, Cikgu Faizal dan Cikgu Ros melihat Irfan.

"Macam mana Irfan tahu Ainul tak salah?"

"Saya ada dekat situ waktu kejadian. Saya nampak Aiman sengaja curah kuah bihun sup dekat Ainul. Ainul tak nak panjangkan keadaan, dia nak pergi dah pun dari situ. Tapi Aiman provok Ainul, kata yang Ainul suka kaum sejenis. Itu yang Ainul tampar Aiman balik," terang Irfan panjang lebar.

"Tengok, aku dah kata Ainul tak salah sepenuhnya," kata Cikgu Ros. Mana mungkin anak murid kesayangannya buat sesuatu dengan sengaja. Berbuih-buih mulutnya membela Ainul sejak tadi. Ainul ada salah juga, dia tak nafikan itu tapi untuk kesalahan sepenuhnya kepada Ainul agak sedikit sukar untuk dia percaya. 

Cikgu Faizal hanya termenung sementara Cikgu Ros dan Cikgu Sal masih rancak memberi pandangan masing-masing.

Keesokan harinya, Cikgu Faizal panggil mereka bertiga semula. Jawatan Ainul tak ditarik. Ainul, Batrisya dan Aiman, sama-sama didenda mengutip sampah satu sekolah. Amaran diberikan pada Aiman untuk tidak menganggu Ainul lagi.

"Pelik, cikgu kata ada orang bagitahu yang aku tak salah." Ainul rasa itu benda paling pelik. Selain Batrisya, boleh dikatakan hampir satu sekolah tak sukakan dia. Siapa yang terlebih baik hati nak membela dia pula?

Mereka berdua sedang mengutip sampah di bahagian belakang padang sekolah.

"Kan... memang bukan aku. Daripada awal cakap aku memang cikgu tak nak dengar." Batrisya kemudian memandang satu budak yang berdiri tidak jauh dari situ. Apabila sedar dirinya diperhatikan, budak itu terus berlalu pergi.

"Apa-apa je la. Aku cuma berterima kasih sangat pada 'sesiapa' tu sebab tolong aku." Ainul dah tak nak fikir pasal tu. Jawatan dia tak ditarik pun dia dah bersyukur. Lepasni, dia akan cuba untuk lebih bersabar. 

𝐀𝐤𝐮, 𝐊𝐚𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 | CompletedWhere stories live. Discover now