𝐁𝐚𝐛 14

104 16 0
                                    

DISEBABKAN semua yang terjadi, Irfan mengikut kata hatinya daripada fikiran yang waras untuk terus melamar Ainul pada malam tu. Bukan melamar dengan melutut dan menghulurkan cincin pada Ainul, tapi melamar dekat depan keluarga Ainul. Daripada mak bapak, adik-beradik dan ipar-duai si Ainul. Termasuk depan anak-anak buah Ainul sekali okey! Satu keluarga penuh. Dia pula datang seorang diri.

Baru anak jantan!

Walaupun organ-organ dia rasa nak luruh waktu tu, dia akhirnya mendapat jawapan daripada Ainul. Tapi... jawapan Ainul tu langsung dia tak jangka. Termenung juga dia.

"Ada satu syarat untuk kau kahwin dengan aku. Kalau kau boleh kalahkan adik beradik aku, termasuk aku, aku sudi terima kau."

Langkah Irfan terhenti. Maknanya dia tak terus tolak aku la kan? Dia masih ada peluang la kan? Hormon gembira Irfan sudah melonjak-lonjak naik. Dia cuba mengawal riak wajahnya sebaik mungkin.

"Kalau macam tu saya pun nak tambah satu syarat juga. Tak adil untuk saya kalau syarat tu sebelah pihak saja kan? Kalau saya menang, awak kena kenalkan diri awak sebab saya nak belajar lebih tentang diri awak. Jangan risau, boleh bawa ahli keluarga sama masa kita berkenalan nanti. Amacam?"

Tolonglah terima, tolonglah. Lutut dia rasa nak longgar dah ni. Kenapa lama sangat Ainul nak jawab?

"Okay boleh. Aku terima," Sahut Ainul.

Apa lagi yang difikirkan Ainul? Muka tu nampak tak berapa menarik. Macam ada rancangan nak hancurkan dunia. Yang pasti, dunia dia. Dunia Adi Irfan.

"Esok."

"Ha?" Ainul tersentak daripada lamunannya.

"Esok." Sekali lagi Irfan mengulang ayatnya tadi. Dia tahu yang Ainul masih tak tahu yang dia merupakan pesilat mahir. Tak sia-sia dia menanam minat nak belajar seni pertahankan diri yang satu itu. Semuanya gara-gara Ainul. Sewaktu di tingkatan lima, Irfan merupakan juara silat. Sampai sekarang Irfan masih mempraktikkan agar tidak lupa. Tak ramai yang tahu pun pasal tu.

"Apanya?" Ainul kelihatan bingung.

"Esok aku nak lawan. Esok lepas Asar."

"Hm?!!!" Mata hitam Ainul mula membulat.

Irfan menyorokkan senyumannya.

Comel! Mata macam tu comel sangat! Dia dapat merasakan kedua-dua belah telinganya sudah berubah merah. Tahan Irfan tahan. Jangan tunjuk sangat.

"Serious la kau ni?" Soal Ainul dengan rasa tak percaya.

"Iya," jawab Irfan senada.

"Kau jangan menyesal. Baru kejap tadi aku bagi syarat. Kalah tak boleh nak nego tau?" Kata Ainul sambil ketawa kecil.

"Okay baik. Assalamualaikum," kata Irfan seraya itu dia terus melangkah keluar. Tak betah untuk berada di situ lama-lama. Risau jika dia pengsan pula kat situ. Kalini bukan sebab malu, tapi sebab terlampau seronok.

"Waalaikumussalam..."

Apabila sedikit jauh dari perkarangan rumah Ainul, dia berpaling semula ke arah rumah yang masih terang-benderang dengan lampu. Nampak meriah. Irfan tersenyum sambil mendongak melihat langit malam. Setiap kali dia rindukan Ainul, dia akan menatap langit malam yang gelap itu dengan membayangkan sepasang mata Ainul.

Mata Ainul yang hitam sepekat langit malam. Rasa tak sabar pula nak sampai rumah.

"Ibuuu! Ipan nak kahwin!" dia berjerit apabila tiba di rumahnya. Dia turun daripada motornya dan melompat-lompat girang sambil tangannya dihayun-hayunkan.

"Ish kamu ni Ipan. Dengar dek jiran nanti. Kenapa tiba-tiba?" Siti memukul lembut lengan Irfan. Malam-malam macam ni jerit nak kahwin. Jiran dengar nanti, dikatanya anaknya tak siuman pula.

"Ipan nak kahwin." Kalini Irfan kata dengan keadaan lebih tenang. Mereka kini di ruang tamu dengan Irfan yang selesa berbaring pada riba Siti. Irfan memang begitu daripada kecil. Manja.

"Dengan siapa?" tanya Siti. Dia nak tahu, perempuan mana pula yang berjaya membuka hati anak terunanya. Dah lama dia tunggu saat dimana Irfan kata yang Irfan nak kahwin.

"Ainul."

Kening Siti sudah bekerut. Ingatkan siapa, rupanya Ainul juga yang disebut. Bukan Ainul tu nak kahwin ke minggu depan? Irfan ni buat yang bukan-bukan pula ke? Rasanya dia dah larang haritu. Muka Siti berubah garang.

"Ipan buat apa ni... ibu dah pesan kan haritu?"

"Bukan. Ipan tak buat benda yang pelik-pelik. Ibu ada dengar jugak kan orang kampung ada cerita harini yang Ainul ada putus tunang?"

Siti mengangguk. Dia ada dengar-dengar juga. Mulut orang kampung boleh tahan cepat dalam menyebarkan berita. Tak payah guna telefon. Tapi itulah, cerita yang dijaja itu belum tentu betul. Kesian juga pada Ainul, daripada dulu tak berhenti-henti orang mengata. Apa salah budak tu pun dia tak tahu. Pada dia, Ainul tu baik orangnya. Memang hormat orang tua.

"Jadi, tadi kan..." Irfan ceritakan semuanya. Dari awal sampai habis. Satu pun dia tak tertinggal.

Siti hanya memerhatikan anaknya yang bercerita dengan penuh teruja. Mata itu bersinar-sinar. Siti tergelak kecil bila Irfan cerita yang dia tak sengaja melempar Ainul ke lantai. Nasib baik Irfan tak kena smackdown balik.

"Boleh kan ibu?" Irfan akhirnya meminta izin Siti. Dalam gembira, jika Siti tak memberi restu dia tak akan pergi.

"Ibu izinkan. Irfan memang takkan mengalah kan?" Siti mengusap lembut rambut anak tunggalnya. Kalau namanya Ainul, memang sepenuh usaha Irfan akan lakukan.

"Ibu suka Ainul kan?" tanya Irfan lagi untuk kepastian. Dia risau. Selama ni macam-macam cerita daripada orang lain yang mungkin membuatkan Siti tak sukakan gadis idamannya. Dia tak mahu sakitkan Ainul, mahupun ibunya nanti.

Siti memandang wajah Irfan. Selama mana dia dengar nama Ainul dari mulut anaknya, tak ada satu pun yang buruk. Ainul baik. Ainul rajin. Ainul cantik. Ainul suka tolong orang. Walaupun cerita orang lain menggambarkan sebaliknya, dia tahu yang Ainul sebenarnya baik. Sifat luarannya yang keras membuatkan orang lain akan salah faham.

"Asalkan dia jaga dan bahagiakan anak ibu. Ibu tak ada masalah."

Jawapan itu membuatkan senyuman Irfan semakin lebar. Malam tu merupakan malam paling indah dalam hidupnya. Semoga esok akan baik-baik saja. 

𝐀𝐤𝐮, 𝐊𝐚𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 | CompletedWhere stories live. Discover now