𝐁𝐚𝐛 12

107 14 1
                                    

"LAMA mak cik tak nampak kamu datang ke sini," tegur Mak Cik Wan.

"Sibuk sikit Mak Wan. Kain ni berapa semeter?" tanya Irfan. Tangannya sibuk membelek-belek kain kapas berwarna hijau lembut. Tekstur kain yang lembut tu mesti sedap dipakai. Corak dia pun nampak menarik.

"Semeter RM20. Untuk kamu Mak Wan bagi RM18. Senyap-senyap tau," bisik Wan. Dia bercakap sambil menutup mulutnya dengan sebelah tangan. Risau jika ada pelanggan lain yang dengar pula. Irfan selalu membeli kain daripada dia setiap kali raya. Apa salahnya dia memberi diskaun sekali-sekala.

Irfan hanya tertawa kecil. " Boleh Mak Wan. Saya nak empat meter."

"Beli untuk siapa kali ni Ipan? Untuk kekasih hati ke?" seloroh Mak Wan. Tangannya laju mengambil kain yang dimahukan Irfan. Pembaris satu meter itu diambil dan hujung kain ditarik dan diukur sepanjang pembaris sebanyak empat kali. Gunting lipat di poket belakang diambil dan laju saja bilah tajam itu menggunting kain.

Irfan hanya tersenyum nipis. Kenapa semua orang sibuk sangat dengan kekasih ataupun sesiapa saja yang jadi pasangan dia nanti? Puan Siti di rumah tu pun sama. Hampir setiap hari dia akan disapa dengan soalan yang sama.

Bila nak kahwin?

Bila nak bawa balik menantu?

Bila nak bagi cucu?

Soalan tu berulang sepanjang hari untuk Irfan sekarang.

"Tak adalah Mak Wan. Untuk ibu. Lama dah Ipan tak hadiahkan baju kurung kat ibu. Ibu ada majlis marhaban bulan depan. Boleh bagi dia pakai baju baru. Untuk kekasih tu lambat lagi. Siapalah nak kat Ipan ni kan? Kerja pun jual kerepek," kata Irfan merendah diri.

"Kamu tu yang memilih. Kamu tu bukan jual kerepek cokia-cokia. Kamu tu tauke jual kerepek. Haa nah, dah siap. Semua sekali RM 72." Mak Wan menghulurkan plastik berisi kain yang dipotong tadi.

Irfan menghulurkan wang RM100.

"Mak Wan ada seorang anak saudara. Cantik budaknya. Memang pandai masak. Kalau kamu nak kenal-kenal bagitahu Mak Wan ya." Mak Wan mula mempromosikan anak buahnya.

Irfan tergelak kecil. Memang banyak betul stok anak saudara Mak Wan. Setiap kali jumpa mesti setiap kali berbeza calon yang Mak Wan nak kenalkan dekat dia. Ini mungkin masuk calon yang keempat.

"Tak apalah Mak Wan, saya sebenarnya tunggu..."

"Ainul!" kata Mak Wan.

Irfan berpaling melihat gadis yang baru tiba disebelahnya. Baru saja dia mahu tersenyum, tapi senyumannya mati apabila melihat ada satu jejaka lain berdiri di sebelah Ainul. Lelaki itu kelihatan bergaya. Bersama kemeja berjenama. Tengoklah jam di tangan lelaki itu, jenama tu punya harga mampu membeli satu lagi mesin kerepek ubi untuk kilang dia. Matang pun nampak matang.

Jika lelaki itu dibandingkan dengan dia sekarang, sangat jauh beza. Dia hanya berpakaian t-shirt lama. Baru balik dari kilang kerepek ubi. Yang dia bawa sekarang ni pun hanya sebuah van buruk. Lelaki itu mesti bawa kereta yang berjenama. Tiba-tiba Irfan rasa rendah diri. Dia dan lelaki itu macam langit dan bumi. Mesti Ainul akan lagi bahagia dengannya berbanding dia.

"Lama tak nampak kamu. Ini siapa ni?" terus hilang Irfan di depan mata Mak Wan. Dia lebih tertarik melihat Ainul yang datang membawa seseorang. Lelaki pula tu. Ini benda ganjil ni. Tak pernah lagi anak dara Saad kehulur-kehilir dengan lelaki. Lelaki pun takut nak dekat. Kalau orang kampung tahu, mesti kecoh.

"Ini bakal tunang Ainul. Farhan." Ainul memperkenalkan Farhan kepada Mak Wan. Farhan tersenyum sambil menundukkan kepalanya sedikit.

Ramah Mak Wan menemu ramah Farhan. Mujur Farhan juga orangnya mudah mesra. Senang saja dia melayani Mak Wan yang dah mula tanya macam-macam. Ainul pula hanya diam sambil sekali-sekala mengangguk.

𝐀𝐤𝐮, 𝐊𝐚𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 | CompletedWhere stories live. Discover now