𝐁𝐚𝐛 7

129 13 0
                                    

"LEPASTU apa jadi ibu?" soalan Aisya menyentakkan Ainul kepada masa sekarang. Ainul tersenyum dengan senyuman penuh makna kepada kedua-dua anaknya yang ralit mendengar cerita mereka daripada tadi.

"Adalah. Takat itu je ibu nak cerita. Yang lain... biarlah rahsia," kata Ainul sambil tertawa kecil apabila melihat wajah anak-anaknya yang kelihatan tak berpuas hati.

"Alah alah. Malu-malu pulak ibu kau sorang ni. Lepastu, apa lagi, ayah keluar dating la dengan ibu kamu. Minggu depannya terus kahwin. Tamat." Irfan yang muncul secara tiba-tiba mula menyampuk perbualan tiga beranak itu. Bahagia menyelinap masuk ke dalam sudut hatinya apabila dia penat lelah balik daripada kerja melihat isteri dan anak-anaknya sedang bersila bertiga begitu. Macam ada mesyuarat tingkap. Comel!

"Ehhh. Geli je. Uwek!" Aisya berseloroh sambil membuat gaya hendak muntah. Irsyad yang tak faham apa-apa turut meniru aksi kakaknya.

"Oh geli, sini mari sini." Irfan mengacah untuk mengejar dua beradik itu. Namun cepat-cepat Aisya dan Irsyad berlari naik ke atas. Suara larian itu semakin lama semakin jauh. Mungkin menyambung niat tertunggak mereka untuk membeli aiskrim.

Ainul hanya menggeleng dan berdiri daripada duduknya sambil dibantu Irfan. Tangan Irfan disambut dan disalam penuh hormat.

"Sembang apa dengan anak-anak tadi?" Irfan meletakkan bekal sarapannya pagi tadi di dalam singki. Dia menyinsingkan lengan bajunya dan membasuh bekal-bekal itu. Tidak mahu Ainul bersusah-payah pula nanti.

"Pasal kita la. Dia orang terjumpa gambar awak bersilat dengan along dulu. Aisya tu bukannya awak tak tahu. Tak boleh langsung orang usik ayah long dia. Macam-macam dia tanya tadi," jawab Ainul sambil merenung belakang Irfan yang sedang sibuk membasuh bekas makanan.

Sudah lapan tahun dia mendirikan rumah tangga dengan Irfan. Lapan tahun yang sangat bahagia. Tak ada sekali pun dia dilayan kasar selama perkahwinan mereka. Cara Irfan tidak berubah, sabar dan penuh kasih-sayang. Disebabkan Irfanlah dia pun mula terikut-ikut. Perangai garang dia pun sekarang dah makin hilang.

"Sibuk ke harini?"

"Tak sibuk sangat. Sebab tu saya boleh balik awal harini. Lagipun..." nadanya sengaja dileretkan. Dia sudah berjalan ke arah Ainul sebelum tubuh itu dipeluk dari belakang. Dagunya diletakkan pada bahu Ainul.

"Lagipun apa?" Ainul memegang tangan Irfan yang elok melingkar pada pinggangnya.

"Saya rindu dekat awak."

"Saya depan mata pun nak rindu?"

"Awak depan mata ke, jauh atau dekat sekali pun... Saya sentiasa rindu."

Sejak kahwin, mulut Irfan memang pandai mengayat. Kadang-kadang dia sendiri tak larat nak melayan. Sifat pemalu Irfan sebelum ni pun turut terbang entah ke mana. Dia pula yang jadi malu dengan perangai Irfan.

"Manisnya mulut ayah Aisya dengan Irsyad ni."

"Kalau tak manis, tak ada la Aisya dengan Irsyad."

Ainul hanya tertawa kecil sambil mencubit lembut pipi Irfan.


SI ANAK melihat ayah mereka yang ralit membaca berita di skrin telefon pintar di ruang tamu. Ainul pula sedang sibuk mencuci pinggan di dapur. Terintai-intai Aisya dan Irsyad di sebalik dinding. Mereka berpandangan sebelum melangkah perlahan-lahan mendekati Irfan. Masih ada sesuatu yang mereka masih tak berpuas hati. 

"Ayah, betul ke apa yang ibu cerita tu. Macam tipu aje. Ayah bukannya pandai silat macam ibu," tanya Aisya. Dia masih tak berpuas hati.

Irsyad pula hanya mengangguk. Kerja Si Irsyad ni, ikut si kakak. Apa kakak dia buat, semuanya dia ikut. Apa yang dia ikut? Dia pun tak tahu sebenarnya. Aisya ni la ketua segala hal, si Irsyad pula pengikut setia. Kadang-kadang pening kepala Ainul dan Irfan hendak melayan.

Irfan meletakkan telefon dia kembali ke sisi. Wajah anak-anaknya dipandang dengan penuh kasih. Dia kemudian menarik Aisya dengan Irsyad untuk duduk di atas riba. Seorang di riba kiri, dan seorang lagi di riba kanan.

"Eh kamu ni. Sampai hati kata macam tu. Haa, itu kamu berdua tak tahu. Ayah dulu selalu kena buli tau. Satu hari, datanglah hero. Ibu kamu. Macam bidadari turun dari langit sebab nak selamatkan ayah. Ayah suka sangat dengan ibu. Lepastu, satu hari ayah tahu yang ibu memang minat silat. Ayah pun tertarik nak belajar sama. Sampai satu tahap, ayah belajar sendiri silat bersungguh-sungguh untuk impress ibu kamu. Ayah pernah jadi juara negeri tau. Cuma waktu tu ibu dah habis sekolah dulu, jadi dia pun memang tak ambil tahu pasal ayah," panjang lebar Irfan bercerita. Irfan berusaha untuk menang pertandingan silat peringkat negeri dulu. Sebab ada satu hadiah yang dia perlu tebus.

"Ohhh. Mana buktinya?" mulut mereka melopong dan membentuk 'O'.

"Bukti apa?"

"Bukti yang ayah dah berjaya impress ibu."

"Buktinya? Kamulah buktinya yang ayah dah berjaya impresskan ibu," kata Irfan sambil mencubit pipi anak-anaknya.

"Adeh, sakitlahhh." Ketiga-tiga mereka tertawa di ruang tamu itu.

"Ayah..." kalini Irsyad pula yang nak tanya soalan.

"Ya sayang..."

Aduh ada lagi ke soal jawab? Dia ingatkan dah habis dah. Rupanya ada lagi. Kenapalah dia tak simpan gambar tu elok-elok semalam? Kan harini dah jadi sesi soal jawab bersama Aisya dan Irsyad.

"Macam mana ayah ngorat ibu?"

Terjungkit sebelah kening Irfan. Ini bukan soalan yang sepatutnya keluar dari mulut anak yang baru umur lima tahun. Tak lain tak bukan, mesti Aisya yang mengajar lagi ni. Anak oh anak. Sayang punya pasal.

"Nak tahu?"

Aisya dan Irsyad mengangguk.

"Betul ke nak tahu?" irfan tersengih dengan mengangkat kedua-dua keningnya.

Aisya dan Irsyad mengangguk lebih laju.

"Betul betul nak tahu?"

"Ayah!" mereka menjerit serentak. Geram. Berapa kali nak kena angguk baru boleh dengar cerita ni?

Irfan sudah ketawa besar. "Okey, ayah minta maaf. Macam mana ayah ngorat ibu ea? Macam ni, dulu..." 

𝐀𝐤𝐮, 𝐊𝐚𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 | CompletedDonde viven las historias. Descúbrelo ahora