𝐁𝐚𝐛 15

109 12 1
                                    

IRFAN memandang daripada tepi mata apabila melihat Ainul yang berselisih dengannya dan terus berlalu pergi. Dia tak sanggup untuk meneruskan perlawanan. Bersilat dengan Ainul? Jentik pun dia tak mahu. Sebab itulah Ainul berlalu pergi, menolak dia jauh.

Janji dan syarat sudah dibuat. Ya, dia akur.

Irfan memandang ibunya yang berdiri di bawah pohon redang. Dia cuba menahan rasa yang berombak-ombak di dada. Senyuman nipis Siti sedikit-sebanyak melegekan hatinya yang gundah.

"Pak cik minta maaf sangat-sangat dengan Ainul. Pak cik tak patut ikutkan sangat kepala dia tu." Saad menghampiri. Bahu Irfan ditepuk perlahan. Dia kagum sebenarnya dengan usaha Irfan. Tapi jika Ainul yang tak mahu, takkan dia nak memaksa?

"Tak apa pak cik. Dah bukan jodoh saya. Saya faham. Terima kasih bagi saya peluang."

Irfan tak salahkan siapa-siapa. Jika tak mahu, jangan dipaksa. Bila hati tak ikhlas, ia akan melukakan. Bukan saja Irfan, Ainul mungkin akan melukakan hati sendiri. Kadang-kadang mungkin luka itu tak disengajakan. Sebab itu Irfan memilih untuk tidak memaksa.

"Laju jugak kau ni. Semput aku," Wafiq pula menyapa. Sudah lama dia tak bersilat. Ketangkasan Irfan tadi memang luar dugaan. Tersungkur dia.

"Tak adalah." Irfan merendah diri.

"Abang tu dah tua," ejek Aqil.

"Kenapa semua orang harini tak habis-habis nak cakap aku tua ni? Aku baru 38 tahun la." Muka Wafiq sudah berubah masam. Tadi Ainul, sekarang Aqil pula. Jangan la Arsyad pun panggil dia tua juga sudah la. Wafiq memandang Arsyad. Arsyad membuat mimik mulut yang menyebut perkataan 'tua'. Wafiq menjulingkan matanya ke atas. Menyampah betul dia rasa.

"Itulah kamu. Ilmu tu kamu tinggalkan. Mana tak berkarat. Baru kena debik sikit dah tergolek-golek. Buat malu aku betul. Nama saja anak Saad tapi lembik," bidas Saad. Ketiga-tiga anak lelakinya mula la menguis-nguis rumput dengan hujung jari sambil menunduk. Sama saja gaya tiga beradik itu. Jangan la Saad memulakan ceramah pula. Mahu berdarah telinga mereka nanti.

Irfan hanya tergelak kecil melihat gelagat mereka anak-beranak. Dia kemudian memandang ke arah tingkap. Ainul tengah melihat dia. Mereka berpandangan seketika sebelum Ainul masuk semula ke dalam rumah. Irfan mengeluh perlahan.

Malam itu, Irfan tak mampu nak melelapkan mata. Dia sudah meletakkan telefon di atas meja kecil bersebelahan katil. Rasa sedih masih tak hilang tapi kehidupan harus diteruskan. Esok dia ada kerja perlu diselesaikan. Kalau dia tak tidur sekarang, mesti esok dia lemau macam biskut.

Baru saja dia memejamkan mata, telefonnya berbunyi. Irfan mencapai telefonnya semula. Mesej melalui Whatsapp itu dibuka. Nombor tak dikenali. Siapa pula ni? Gambar juga tak dapat dia tengok.

Nombor tak dikenali: Assalamualaikum.

Irfan: Waalaikumussalam. Siapa ya?

Nombor tak dikenali: Saya Ainul.

Terus Irfan duduk tegak. Ainul Wardah ke ni? Macam mana Ainul boleh ada nombor telefon dia? Eh mestilah minta daripada Saad. Saad memang dah ada nombor dia sejak dulu lagi. Tapi kenapa Ainul mesej dia malam-malam ni? Telefon Irfan berbunyi lagi.

Ainul: Awak masih rasa nak kahwin dengan saya ke?

Irfan: Kenapa awak tanya? Awak dah berubah fikiran ke?

Ainul: Saya ni ada banyak kekurangan. Saya bagitahu dulu untuk awak fikir baik-baik.

1. Saya suka marah.

2. Saya tak sabar.

3. Saya tak suka lelaki pemalas.

4. Saya suka lelaki romantik

𝐀𝐤𝐮, 𝐊𝐚𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 | CompletedWhere stories live. Discover now