𝐁𝐚𝐛 8

117 13 0
                                    

IRFAN meletakkan bekal makanannya di atas meja sambil matanya curi-curi lihat Ainul dari jauh yang sedang menjamu selera bersama seorang lagi perempuan. Mungkin kawan kepada Ainul.

Tengok dari jauh macam ni pun tak apa la. Semenjak Ainul selamatkan dia daripada kejadian buli tu, dia memang tak boleh mengalihkan pandangan lagi daripada seorang perempuan bernama Ainul Wardah. Banyak yang dia dengar tentang Ainul daripada kawan-kawan sekelasnya. Yang pasti semuanya sangat negatif. Macam Ainul ni tak ada kebaikan langsung. Macam mana orang boleh bercakap buruk tentang orang yang mereka belum tentu kenal sepenuhnya pun? 

"Kalau kau nak tahu, Ainul tu anak Pak Cik Saad. Cikgu silat kampung kita. Kau mungkin tak tahu sebab kau baru lagi kat sini. Pak cik Saad tu baik, tapi Ainul tu pula memang macam singa lapar," kata Danish.

"Betul tu. Kalau boleh kau elakkan daripada bertembung dengan Ainul. Kau silap sikit je, mesti kena debik. Dah berapa orang dah kena dengan dia," sahut Firdaus pula.

"Tapi aku rasa dia baik." Irfan tak bersetuju bila rata-rata kawannya memberikan pandangan negatif pada Ainul. Seburuk itukah Ainul pada mata mereka? Takkan Ainul nampak orang aje lempang, nampak orang terus sepak. Mesti bersebab kan?

"Itu sebab kau betul-betul tak kenal dia lagi. Bila kau dah kenal mesti kau takkan kata dia baik. Dia tu bukan suka tolong orang, tapi mengarah orang. Pengawaslah katakan," kutuk Danish. Dia memang anti dengan Ainul. Dia ingat lagi, dia lambat lima minit saja pun sampai dekat pagar sekolah. Ainul terus mencatat namanya sebagai pelajar yang datang lewat walaupun dia puas merayu-rayu supaya diberi peluang. Tak pasal-pasal dia kena denda cuci tandas dengan Cikgu Faizal.

'Tapi dia pernah tolong aku,' desis Irfan dalam hati. Kejadian dia berjumpa dengan Ainul akibat dibuli itu dia rahsiakan. Tidak perlu dia ceritakan pada mereka. Lagipun mesti lagi banyak perkara buruk tentang Ainul yang bakal keluar. Dia tak suka dengar. Boleh jatuh fitnah nanti.

"Ingat pesan kami, jangan cari pasal dengan Ainul. Kalau kau nampak dia, lari jauh-jauh," pesan Firdaus sekali lagi. Kali ini lebih serius sangat mukanya. Macam Ainul tu hantu pula. Walaupun dia sendiri tak pernah kena lagi dengan Ainul, tapi khabar angin dah cukup untuk buat dia menjauhi perempuan itu.

"Yelah, aku dengar. Sudahlah, jom pergi perpustakaan. Cikgu Zila suruh turun, dia buat kelas kat sana." Mereka bersama-sama mengemas buku dan alat tulis lalu keluar kelas bersama-sama.

Lamunan Irfan terhenti apabila Firdaus dengan Danish tiba dengan makanan masing-masing dan mengambil tempat di hadapan Irfan. Mereka membeli bihun sup yang dijual di kantin. Dia pula lebih suka bawa bekal. Harini dia bawa ayam goreng. Sedap!

Irfan beralih semula melihat Ainul. Dia perasan ada seorang lelaki yang membawa bihun sup dan menghampiri Ainul. Dengan sengaja, lelaki itu mencurah bihun sup itu dibelakang Ainul. Jeritan Ainul memenuhi ruang, semua mata-mata mula memandang ke arah Ainul.

"Kau memang sengaja kan Aiman?" Suara Ainul yang kuat itu sudah memenuhi ruang. Belakangnya sudah basah dengan kuah bihun sup yang masih terasa panas. Pedih kulitnya.

"Aku kata aku tak sengaja, maknanya aku tak sengajalah," kata Aiman tanpa rasa bersalah. Dia sengaja nak cari pasal sebenarnya dengan Ainul. Dua hari lepas dia ada kirimkan surat cinta dekat Ainul, tapi ditolak mentah-mentah. Dia pun rasa tercabar, berlagak punya perempuan. Harini siap Ainul. Sememangnya ramai orang kat sekolah ni tak sukakan Ainul.

"Kau ingat aku tak nampak ke Aiman? Kau memang tak boleh biar orang lain hidup aman kan?" marah Batrisya pula. Depan mata dia Aiman sengaja cari pasal.

"Kau diam. Semua orang tahu kau ni jadi anjing Si Ainul. Sekarang mulalah nak back up kan?" suara Aiman sudah sama tinggi dengan suara Batrisya. Perempuan ni pun sama saja dengan Ainul. Kawan baik katakan.

Ainul mengepal penumbuknya. Sabar Ainul sabar. Orang tengah ramai tengok kau sekarang ni. Satu silap saja, Aiman cari satu silap saja untuk hancurkan dia.

"Jom Batrisya. Malas layan orang bodoh," ajak Ainul. Sebelum kesabarannya terbang, baik dia pergi dari situ. Baju ni sikit saja. Dia boleh tukar dengan baju sukan yang sememangnya dia dah bawa siap-siap untuk latihan petang nanti.

Batrisya mengangguk tanda setuju. Dia memeluk lengan Ainul untuk membawa mereka berdua pergi daripada situ. Batrisya tengok baju Ainul yang dah lenjun di bahagian belakang. Kesian dia, mesti sakit.

"Entah-entah kau dengan Batrisya ni bercinta. Asyik melekat berdua. Patutlah Ainul tolak semua lelaki. Suka sesama jenis rupanya. Batrisya pun Batrisya la," ejek Aiman sambil rakan-rakannya yang lain turut gelak dibelakang.

Ainul terus berpaling dan laju saja kakinya melangkah untuk menerkam Aiman. Muka Aiman ditampar kuat sehingga terteleng ke tepi. Kolar baju Aiman dicekak dan dia menolak Aiman rapat pada satu tiang batu.

"One more words, dan aku boleh buat kau mandul. Seumur hidup kau kena ingat nama aku. Ainul Wardah." Ainul berkata perlahan. Matanya tajam merenung mata Aiman. Nak hina dia, hinalah. Nak buat cerita pasal dia, buatlah. Tapi jangan kata pasal kawan dia. Pantang betul. Disebabkan orang banyak bercerita pasal Ainul, Batrisya turut terlibat sama.

"Kau orang nampak, dia memang kaki pukul. Semua orang dia nak tibai. Dia ingat dia pengawas dia hebat sangat la! Lagi nak tunjuk hebat la bila awek tengok. Kan Ainul?" kata Aiman kuat dengan nada mengejek.

"Kau memang tak guna." Baru saja Ainul mengangkat penumbuknya, Cikgu Faizal muncul. Salah seorang murid telah berlari ke bilik guru tadi untuk memberitahu keadaan di situ awal-awal tadi.

"Ainul! Aiman! Ke bilik disiplin. Kamu pun Batrisya." Suara Cikgu Faizal sudah memetir. Semua pelajar lain mula kembali ke meja masing-masing.

Takut. Cikgu Faizal memang cikgu disiplin yang garang.

Ainul masih memandang Aiman tajam. Kolar baju Aiman masih digenggam kuat.

"Ainul." Kalini suara Cikgu Faizal lebih tegas. Akhirnya Ainul lepaskan juga dan berlalu pergi. Aiman membetulkan kolar bajunya dengan senyuman yang penuh rasa puas.

Irfan berasa geram. Baru saja dia mahu bangun dan pergi membela Ainul, tangannya dipegang Firdaus dan Danish. Kiri dan kanan. Mereka menggeleng serentak. Melarang Irfan untuk pergi. Mereka rasa mereka tahu apa yang Irfan nak buat.

"Kau nak pergi mana?"

"Tolong Ainul la! Kau tak nampak ke apa jadi? Mesti Ainul kena marah punya dengan Cikgu Faizal. Mamat tu boleh reka-reka cerita lain," beritahu Irfan bersungguh. Entah apa nasib Ainul sekarang dekat bilik disiplin tu. Lelaki tadi boleh join raja drama. Dan yang peliknya, semua orang percayakan dia sedangkan memang terang-terang lelaki itu yang provok Ainul dulu.

"Duduk. Kau nak cari fasal ke ni? Aku dah pesan dah banyak kali kat kau kan?" marah Danish. Kenapa Irfan sibuk sangat dengan hal Ainul? Berbuih-buih mulutnya cerita, semuanya macam tak diendahkan langsung.

"Betul tu Irfan, kita ni baru form one. Silap-silap nanti kita yang kena balik,"

Tanpa banyak soal, Irfan duduk kembali. Kakinya digoyang kuat. Macam mana dia nak tolong Ainul ni? Dia memandang sekeliling. Walaupun Ainul dah tak ada di situ, masing-masing masih mengata tentang Ainul. Kenapa dengan dia orang semua ni?

𝐀𝐤𝐮, 𝐊𝐚𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 | CompletedWhere stories live. Discover now