BAB 1

444 64 4
                                    

LISA keluar dari dewan bersama bibir yang mekar dengan senyuman. Setelah hampir dua minggu, akhirnya peperiksaan untuk semester keenamnya tamat. Dia bagai nak gila belajar tak henti, untuk memastikan keputusan yang dia peroleh nanti cemerlang, gemilang dan terbilang. Barulah boleh dia minta hadiah dengan suaminya. Hoho.

Bercakap tentang suami, sudah agak lama juga dia tidak berhubung dengan suaminya itu. Sehari selepas dia memberi keputusan bahawa dia ingin menghabiskan belajarnya di sini, suaminya terus berangkat pulang ke Perancis. Kiranya, sudah tiga bulanlah dia berjauhan dengan lelaki itu. Rasanya sepanjang minggu dia peperiksaan ini, dia tidak ada chat suaminya langsung. Terlalu fokus dengan belajar. Haih, terasa rindu pula.

Seluk beg silangnya, Lisa pantas keluarkan telefon bimbitnya. Butang di bahagian kanan telefon ditekan lama, sehingga muncul logo jenama telefon bimbitnya itu pada skrin. Tidak lama kemudian, terpapar gambar perkahwinannya di skrin. Memang dia jadikan gambar itu sebagai wallpaper.

Buka aplikasi WhatsApp, dia terus menekan pada nama suaminya. Dah memang nama suaminya paling atas. Ada beberapa chat yang dia terima daripada lelaki itu. Seminggu lepas? Lisa gigit hujung bibirnya. Punyalah lama dia sidai chat daripada suami sendiri.

Buk!

Telefon di tangan Lisa terlepas akibat rempuhan tiba-tiba itu. Mujur dia sempat tangkap sebelum telefon itu menyembah lantai. Lisa pantas menoleh ke belakang untuk melihat gerangan yang merempuhnya tadi. Laluan pejalan kaki itu punyalah lebar, kenapa perlu merempuh dia pula.

"Hai sayang, lama tak jumpa."

Niat Lisa yang mahu hamburkan kemarahan terbatal begitu saja sebaik melihat seraut wajah lelaki di hadapannya itu. Eidlan, bekas teman lelakinya.

"You okay? Ada sakit kat mana-mana ke? Sorrylah, I tak perasan tadi. Tu yang terempuh," ujar Eidlan. Tangannya cuba menyentuh tubuh Lisa, kononnya nak periksa jika gadis itu ada cedera.

"Jangan sentuh aku!" Tegas Lisa seraya menepis kasar tangan lelaki itu.

"Uisy, garangnya. Mana Nur Alisa yang I kenal? Yang manja comel-comel tu? Releks lah. Lepas ni mungkin kita tak jumpa dah. Jadi, untuk kali terakhir ni, tak salahkan..."

Lisa mendengus kecil. Malas mahu mendengar bicara lelaki itu, dia pusingkan tubuhnya. Berura mahu pergi dari situ. Semakin lama berhadapan dengan lelaki itu, semakin menyakitkan hatinya.

"Nur Alisa, jangan lupa I pernah sentuh you lebih daripada tangan."

Langkah Lisa mati. Tubuhnya kejung seperti baru terkena renjatan elektrik sebaik ayat itu menyapa sistem pendengarannya.

"I dah sentuh, segala yang ada di tubuh you."

Bisikan garau itu menyentakkan Lisa. Berpaling, laju tangan kanannya menghayun penampar tepat ke wajah Eidlan. Dadanya mula berombak laju, dek kerana terlalu marah.

"Berani kau tampar aku ya?" soal Eidlan, mengusap pipinya yang perit itu.

"Aku menyesal kenal kau," tutur Lisa, dengan suara di celah gigi.

Eidlan jongket kening. Beberapa saat kemudian, dia ketawa. Kuat. Sehingga menarik perhatian pelajar lain yang berada berhampiran.

"Gila!" hambur Lisa lalu menyambung langkahnya meninggalkan Eidlan di belakang. Pandangan daripada pelajar lain tidak dihiraukan. Niatnya yang mahu ke kantin tadi pun terbatal begitu saja. Hala tuju kakinya dibawa menuju ke pagar utama kolej swasta itu. Balik lagi bagus.

Ting!

Bunyi ringkas itu menandakan ada mesej baru masuk. Dia sangkakan daripada suaminya, tetapi...

CLARK MAIDEN : Mon Amour, Mr Mafia!Where stories live. Discover now