BAB 2

386 61 5
                                    

PRANG!

Bunyi seperti ada benda kaca pecah itu membuat Lisa tersedar daripada tidurnya. Kelopak mata dipaksa untuk buka meskipun rasa mengantuk masih kuat menguasai diri. Dalam keadaan bilik yang gelap itu, dia tidak dapat melihat jam dinding. Menoleh ke sisi, jam loceng di atas meja sisi dicapai.

4.30 pagi.

Letak semula jam loceng di tempat asalnya, perlahan-lahan Lisa bangkit daripada baringan. Sedang duduk di atas tilam, dia tertanya-tanya bunyi apakah yang kedengaran tadi. Ada pencuri ke masuk rumah itu?

Kedua kaki dijatuhkan ke sisi katil. Dia mengeliat kecil sebelum mula berdiri tegak. Langkah diatur menuju ke pintu bilik. Perlahan-lahan, tombol dipulas. Daun pintu dikuak. Dia tidak terus keluar. Sebaliknya menjengulkan kepalanya sedikit, memerhati keadaan sekeliling. Tiada apa yang pelik di tingkat atas itu.

Keluar dari bilik, dia mengatur langkah ke arah tangga. Anak tangga dipijak satu persatu turun ke bawah. Melihat ke ruang tamu, tiada apa-apa yang pelik juga. Pintu rumah pun bertutup rapat. Tingkap pun elok je berkunci. Tiada tanda seperti rumah dipecah masuk. Lisa beranikan diri untuk ke dapur. Ketika dia semakin hampir dengan dapur, telinganya mendengar sayup-sayup suara bercakap. Dia mula dihambat rasa takut. Siapa pula yang ada di dapur rumahnya itu. Pagi-pagi buta begini. Lisa sorokkan diri di sebalik dinding yang memisahkan ruang makan dan dapur. Kemudian, dia jengulkan sedikit kepalanya, mengintai ke dapur. Kelihatan di matanya, seseorang sedang bercangkung di hadapan kabinet dapur sambil mengutip sesuatu di atas lantai. Lelaki. Suara yang dia dengar tadi pun, suara lelaki itulah agaknya. Sempat dia melilaukan pandangan ke sekeliling dapur. Kot-kot ada orang lain selain lelaki yang sedang bercangkung itu.

Sedang dia ralit, tanpa sedar dia terlanggar meja kecil di tepinya. Bunyi yang terhasil daripada meja kecil itu telah menarik perhatian lelaki yang sedang bercangkung di hadapan kabinet dapur itu. Lisa mula gelisah di tempatnya. Apabila mendengar bunyi derapan tapak kaki yang menghampiri, pantas dia masuk ke bawah meja makan. Hanya itu saja tempat yang ada untuk dia menyorok.

Dari bawah meja, dia dapat melihat sepasang kaki berdiri berhampiran dengan meja makan itu. Lisa pejam matanya. Takut. Tulah, tadi macam berani sangat pergi turun. Cuba duduk diam-diam je kat bilik, tak adalah jadi macam ni.

"Buat apa?"

Suara garau yang menyoal itu menyentakkan Lisa. Perlahan-lahan dia buka kedua matanya.

"Argh!" Lisa menjerit tiba-tiba. Dek kerana terlalu gelabah nak melarikan diri, kepalanya terhantuk pada meja makan itu.

Buk!

"Aduh..." Lisa mengaduh kesakitan. Kepala yang terasa sakit itu diusap perlahan. Sedang dia melakukan itu, sebelah tangannya ditarik membuat dia terpaksa keluar dari bawah meja makan itu.

"Dah kenapa kau ni? Buang tebiat ke masuk bawah meja?"

Tingkah Lisa yang sedang menggosok kepala terhenti. Gerangan yang berdiri di hadapannya itu dipandang dengan dahi berkerut. "Abang?"

Clark yang sedang berpeluk tubuh itu jongket kening. "Apa?"

"Macam mana abang boleh ada kat sini?" soal Lisa, pelik. Kedua matanya digosok. Dia tidak bermimpi ke?

"Aku ada magik. Sekelip mata je aku boleh sampai sini dari France." Selamba Clark menjawab. Dia melangkah ke dapur, meninggalkan isterinya terpinga-pinga sendiri.

Lisa mengekor suaminya daripada belakang. "Kenapa tak bagitahu Lisa abang nak balik?"

Langkah Clark terhenti serta-merta. Berpaling, wajah Lisa direnung tajam. Seperti harimau mahu terkam mangsanya.

CLARK MAIDEN : Mon Amour, Mr Mafia!Où les histoires vivent. Découvrez maintenant