BAB 5

367 69 7
                                    

DENGAN berbantalkan lengan kirinya, Clark berbaring di atas pangkin di bawah pokok pelam itu. Dada langit yang biru itu direnung bagai mahu tembus. Fikirannya teringat akan kejadian yang berlaku semalam.

Bum!

Sebaik pintu utama rumah itu terkuak lebar, pandangannya disajikan oleh sesuatu yang mengaibkan di antara isterinya dan seseorang.

"Abang! Tolong Lisa!"

Mendengar jeritan nyaring Lisa, Clark bergegas masuk ke dalam rumah itu. Tubuh lelaki yang berada di atas isterinya ditendang kasar sehingga lelaki itu terjelepok ke atas lantai.

"Abang..."

Clark membantu isterinya untuk bangun. Lantas, tubuh isterinya itu dipeluk. "Kau okay?" soalnya prihatin. Jelas terasa gigilan daripada tubuh isterinya itu.

"Lisa takut..." ujar Lisa, mengeratkan lagi pelukan.

"Aku ada. Jangan takut." Clark cuba menenangkan isterinya. Belakang badan Lisa diusap lembut.

"Oh, jadi mat saleh nilah suami kau?"

Mendengar suara yang mengajukan soalan itu, membuat Clark menoleh. Melihat seraut wajah itu, giginya diketap geram. Lelaki itu...

"Aku ingatkan dia ni sugar daddy kau," ujar Eidlan, lantas tergelak kuat.

Clark mendengus kecil. Leraikan pelukan di tubuh Lisa, dia berdiri. Langkah diatur mendekati lelaki yang sedang dipegang oleh Danny itu. Rahang lelaki itu dicekak kasar. "Kenapa kau masih ganggu dia?" soalnya dengan suara di celah gigi. Sepasang matanya tajam menikam ke dalam mata lelaki di hadapannya itu.

"Sebab aku suka dia." Selamba Eidlan menjawab.

Buk! Tangan Clark ringan saja menghayun penumbuk ke wajah lelaki itu. "Dia dah jadi isteri aku! Pergi mampus dengan kau punya suka!"

Buk! Satu lagi tumbukan Clark hayunkan ke wajah Eidlan.

Eidlan ketawa, meskipun dia baru saja menerima dua tumbukan tadi.

Clark kepal lagi penumbuk. Ikutkan hati yang tengah panas itu, mahu saja dia belasah lelaki itu sehingga lunyai. Tetapi, dia sedar di mana dia berada sekarang.

"Angkut je dia pergi balai," arah Clark kepada Danny, seraya pusingkan tubuh.

"Aku kasihan dengan kau. Sebab kau dapat perempuan bekas lelaki lain. Barang terpakai."

Langkah Clark termati di saat kata-kata itu menerjah gegendang telinganya.

"Kau dah sentuh bini kau ke belum? Kalau dah, mesti kau tahu bini kau tu bukan anak dara lagi. Kan?"

Terasa berasap telinga Clark mendengar apa yang dikatakan Eidlan. Dia berpatah semula ke arah Eidlan. Leher lelaki itu dicekak kasar. "Apa kau cakap?"

"Aku cakap, bini kau tu bekas lelaki lain. Dia, bekas aku. Dia, bukan anak dara. Kau tak tahu?" soal Eidlan, beradu pandang dengan sepasang mata biru itu. Bibirnya menguntum senyum, sinis.

Dada Clark berombak laju. Tidak dapat menahan amarahnya lagi, tubuh Eidlan ditarik daripada pegangan Danny. Lalu, satu tumbukan dilayangkan lagi tepat ke wajah Eidlan. Melihat lelaki itu terduduk di atas lantai, Clark mendekati. Kaki kanannya pula menghayun sepakan tepat ke sisi kepala Eidlan.

"Bro..." Danny cuba menahan Clark daripada terus menggila.

"Aku tak habis lagi dengan jantan ni!" Hambur Clark. Tubuh Danny ditolak ke tepi. Menunduk, tubuh Eidlan diangkat lalu dihempas kuat ke atas lantai.

CLARK MAIDEN : Mon Amour, Mr Mafia!Where stories live. Discover now