BAB 10

320 64 5
                                    

BAM!

Perbualan Andi, Andri dan Adam terganggu apabila bunyi hempasan pintu itu kuat kedengaran. Menoleh ke arah pintu, dahi masing-masing berkerut. Melihat gadis bertudung yang berdiri di muka pintu bersama mukanya yang masam.

"Apa hal kau ni? Baru lepas tertelan asam keping ke?"  soal Andri, bersama dahi yang berkerut.

Clara tidak menjawab. Masuk ke dalam bilik itu, dia terus menuju ke sebuah sofa panjang. Punggung dihempas kasar ke atas sofa.

"Mimpi apa kau tiba-tiba datang sini?" Adam yang sedang membelek senjata yang bersusun di atas meja di hadapannya itu pula menyoal. Pelik dengan kehadiran tidak diduga gadis itu. Jarang-jarang gadis itu mahu jejak kaki ke tempat itu. Melainkan bersama abang kembarnya.

"Aku stres kat rumah," balas Clara, sandar badan pada kepala sofa. Kedua matanya dipejam rapat.

"Kenapa pula? Sorang-sorang kat rumah pun boleh stres? Kau gaduh dengan hantu ke kat rumah tu?" soal Andri.

"Aah. Hantu nama Annabel." Clara membalas acuh tak acuh.

Andi, Andri dan Adam saling berpandangan. Sebelum mereka menumpukan semula pandangan ke arah Clara.

"Abang kau bila balik?" Andi yang senyap sejak tadi bersuara.

"Tengah malam ni sampailah kot. Dia dah gerak dari Malaysia pagi tadi."

Andi angguk kecil. Malas mahu menyoal lagi, dia sibuk membelek senjata di hadapannya itu. Sambil berbual bersama Andri dan Adam.

"Wei Dam, aku ada bendalah nak minta tolong dengan kau," ujar Clara, seraya bangun daripada sofa.

Adam pandang gadis yang sedang melangkah ke arahnya itu. Sebelah keningnya dijongket, memberi isyarat 'apa'.

"Aku nak kau cari maklumat tentang seorang perempuan ni."

"Siapa? Sejak bila kau ada musuh?" Adam kerut dahi, pelik.

"Annabel Deandrea." Sebaris nama itu disebut Clara. Telefon bimbit dikeluarkan daripada poket blouse yang dipakai. Kemudian, dia halakan skrin telefon ke hadapan wajah Adam.

"Siapa dia ni? Kenapa kau nak maklumat dia?" Bertambah pelik Adam dibuatnya.

"Dia ni, perempuan yang mummy aku nak jodohkan dengan abang aku."

Gerak tangan Andi, Andri dan Adam terhenti setelah mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Clara.

"Jodohkan?" Andi kerut dahi. Telefon bimbit di tangan Clara diambil. Lalu dia renung gambar yang terpapar pada skrin telefon itu.

"Abang kau dah kahwin. Buat apa nak jodohkan dia dengan perempuan lain lagi?" Andri menyoal. Giliran dia pula yang mengambil telefon bimbit Clara. Melihat perempuan yang dikatakan oleh Clara tadi.

"Aku tak faham apa yang jadi sebenarnya." Adam garu kepala sendiri. Agak pening.

Clara tarik nafas panjang lalu dihela perlahan. Sebuah kerusi ditarik, lalu dilabuhkan punggungnya. "Korang nak tahu, perempuan tu ada kat rumah aku sekarang ni."

"Hah?" Andi, Andri dan Adam tidak berkelip memandang Clara.

"Malam sebelum abang aku gerak ke Malaysia, aku sajalah call mummy aku nak tanya khabar. Tiba-tiba, dia buka topik cakap nak jodohkan abang aku dengan perempuan tu. Terkejut beruk aku tahu tak."

"Abang kau tahu?" soal Andri.

"Tahu. Aku dah bagitahu dia. Dia kata buat derk je. Tak payah layan cakap mummy kitorang tu. Tiba-tiba, semalam aku tengah nak rileks duduk rumah, mummy aku muncul depan pagar rumah. Tu aku tak kisahlah. Mummy aku datang kan. Masalahnya, perempuan tu ada sekali tau," jelas Clara, melepaskan satu keluhan berat.

CLARK MAIDEN : Mon Amour, Mr Mafia!Where stories live. Discover now