BAB 8

365 62 5
                                    

France, 8.00 AM.

BUNYI loceng rumah mengejutkan Clara yang sedang menjamu sarapannya di ruang tamu sambil menonton televisyen. Dahinya mula berkerut halus. Siapa pula yang datang ke rumahnya pagi-pagi buta ni. Dia baru nak tenang-tenang pagi itu. Mustahil pula abangnya. Semalam baru saja dia telefon abangnya itu. Esok baru abangnya naik kapal terbang untuk pulang ke Perancis.

Ting tong!

Clara mendengus kecil apabila bunyi loceng itu kedengaran lagi. Pinggan di atas ribanya diangkat lalu diletakkan di atas meja kopi. Dia bangun daripada sofa. Tudung yang tergantung di belakang pintu utama rumah dicapai lalu disarung ke kepala. Kemudian, barulah dia buka pintu. Dari tempatnya berdiri, dia tidak dapat mengecam siapakah gerangan yang berdiri di hadapan rumahnya itu. Selipar diambil lalu dipakai. Clara melangkah menuju ke pintu pagar.

Ada dua orang di hadapan pagar rumahnya itu. Perempuan. Keduanya di dalam posisi membelakanginya. Jadi, dia tidak dapat mengenali siapa gerangan mereka itu.

"Excuse me?" Clara menegur dari dalam pagar. Tidak berani mahu buka pagar terlebih dahulu. Manalah tahu orang jahat.

Tatkala salah seorang daripada mereka di hadapan pagar rumahnya itu pusingkan tubuh, Clara tercengang. Kelopak matanya tidak berkelip.

"Why do you look so surprised to see me here?"

Suara Mrs Catalina menyedarkan Clara ke alam nyata. Dia berdeham kecil sebelum kepalanya menggeleng kecil. Tidak menunggu, pintu pagar rumahnya itu dibuka lebar. "Mummy..." Dihampiri mummynya lalu tubuh tua itu dipeluk erat. Tidak lupa juga kucupan kasih diberikan di pipi mummynya itu.

"How are you, princess?" Mrs Catalina pegang pipi Clara. Lalu dielus lembut. Rindu yang teramat kepada anaknya itu.

"Ara okay. Alhamdulillah sihat walafiat. Mummy okay?" Clara perhati tubuh Mrs Catalina atas bawah.

"I'm fine. Oh ya, ni mummy kenalkan. Annabel. Bakal isteri abang kamu."

Senyuman yang tadinya mekar di bibir Clara semerta pudar. Gadis tinggi lampai yang berdiri di sebelah Mrs Catalina dipandang. Oh, jadi inilah gadis yang mummynya mahu jodohkan dengan abangnya. Cantik. Memang cantik. Tidak dia nafikan. Tetapi, dia dapat rasa aura lain macam pada gadis itu.

"Annabel Deandrea."

Clara pandang huluran tangan daripada Annabel. Lambat-lambat dia angkat tangannya untuk menyambut. "Clara Hollen."

"I already know your name. Glad to meet you," ucap Annabel bersama bibir yang mekar dengan senyuman.

Clara senyum tipis. Dia kembali memandang Mrs Catalina. "Mummy datang sini naik apa dari airport?"

"Naik teksi je tadi."

"Susah-susah je. Kalau mummy bagitahu, Ara boleh ambil kat airport." Clara mencebik bibir.

"Tak apalah. Mummy dah sampai dah pun. Tak nak jemput mummy masuk ke?"

"Eh, aah. Jomlah masuk. Sini beg mummy Ara tolong bawa." Clara capai beg dari tangan Mrs Catalina. Kemudian, dia paut bahu wanita itu dan menariknya masuk ke dalam.

Annabel yang masih berdiri di tempatnya ketap gigi. Gadis itu langsung tidak mempelawa dia untuk masuk. Dia seperti tunggul saja di situ.

"Anna, tunggu apa lagi kat situ? Mari masuk!" Mrs Catalina yang sudah berdiri di muka pintu utama menjerit kepada Annabel.

Clara di sebelah Mrs Catalina buat wajah tidak bersalahnya. Memang sengaja dia tak menjemput gadis itu masuk tadi. Kalau boleh nak biar je gadis itu berdiri di luar rumah itu.

CLARK MAIDEN : Mon Amour, Mr Mafia!Where stories live. Discover now