BAB 4

318 59 5
                                    

CLARK berlari menuruni anak tangga sambil bernyanyi kecil. Setibanya di tingkat bawah, matanya melilau memandang sekeliling. Mana pula isterinya menghilang. Di bilik tiada. Di ruang tamu pun tiada.

"Lisa!" Clark menjerit memanggil isterinya itu. Kaki mengatur langkah ke arah pintu utama rumah.

"Nur Alisa!" Clark menjerit untuk kali yang kedua, apabila jeritan pertamanya tadi masih tidak menampakkan bayang isterinya. Kali ini pakej nama penuh lagi.

"Ya abang! Lisa datang ni!" Suara halus Lisa menyahut. Tidak lama kemudian, muncullah dia bersama apron bercorak Doraemon di tubuh.

"Kau kat mana? Buat apa?" soal Clark, memandang isterinya atas bawah. Bertepek-tepek dengan tepung. Apalah yang dilakukan isterinya itu. Dari siang sampai ke malam, ada saja benda dibuatnya.

"Lisa tengah buat cupcakes. Kenapa? Abang nak pergi mana ni?" Lisa dilanda rasa pelik melihat suaminya. Segak semacam.

"Aku nak keluar sekejap. Nak ikut?" soal Clark, tidak lepas mata merenung wajah isterinya.

"Err, taklah. Cupcakes Lisa dalam oven tu," balas Lisa seraya tersengih.

"Berani kat rumah seorang?" soal Clark, inginkan kepastian.

Lisa angguk. "Dah biasa. Sebelum ni pun Lisa seorang je. Tak ada apalah." Penuh yakin dia menjawab.

"Okay. Apa-apa call aku. Faham?" Clark menitipkan pesanan.

"Baik abang. Hati-hati bawa kereta." Lisa capai tangan kanan Clark, lalu disalam hormat.

Clark senyum tipis. Ubun-ubun isterinya diusap ringkas sebelum dia berpaling dan melangkah ke kereta.

Lisa hanya melihat di muka pintu. Hilang kelibat kereta suaminya itu, dia kembali masuk ke dalam rumah.

Ting!

Bunyi dentingan itu menarik perhatian Lisa. Tidak menunggu lama, dia terus berlari menuju ke dapur. Teruja mahu melihat cupcakes hasil buatannya.

Sementara itu,

Bum!

Clark yang sedang fokus memandu tersentak apabila bunyi dentuman itu kedengaran. Melalui cermin sisi, dia melihat ke belakangnya. Ada sebuah kereta berada hampir dengan keretanya.

Bum!

Rempuhan kuat daripada belakang, membuat kereta Clark hampir hilang kawalan. Mujur dia cekap. Jika tidak, pasti sudah terbabas ke tepi. Dia mendengus kecil. Pedal minyak ditekan kuat, sekaligus membuat keretanya bergerak semakin laju di atas jalan raya. Meninggalkan kereta yang merempuhnya tadi di belakang. Capai telefon di atas dashboard, nombor seseorang didail.

"Hello, kat mana bro?"

"Wei, tolong aku," ujar Clark tanpa menjawab soalan yang diajukan.

"Kenapa? Kau kat mana?"

"Aku tak tahu kat mana. Dalam 300 meter dari rumah Lisa," ujar Clark. Sesekali matanya memandang ke belakang. Kereta tadi masih mengejarnya. Siapa pulalah yang nak mencari pasal ni. Setahunya, dia tiada sebarang musuh.

"Releks. Aku gerak sekarang."

Panggilan dimatikan. Clark campak telefon bimbitnya ke tempat duduk penumpang. Dan kembali tumpukan perhatian pada pemanduan.

Bang!

Bunyi tembakan yang tiba-tiba itu mengejutkan Clark. Melihat cermin sisi kereta, kelihatan seorang lelaki dari kereta di belakangnya itu sedang menghalakan pistol ke arah keretanya. Apakah?

CLARK MAIDEN : Mon Amour, Mr Mafia!Where stories live. Discover now