Bab 30

3.8K 63 4
                                    

MELISSA menyusun langkah ke dalam ruang tamu mewah itu. Dia baru sahaja pulang setelah seharian shooting untuk produk jenama terkemuka.

Dia menghempaskan badannya di atas sofa chesterfield yang berwarna putih.

Penat.

Baru sahaja ingin melelapkan mata, kedengaran suara Ammar yang menuruni tangga. Dia mendukung Maheerah bersamanya sekali.

"Baru balik? You pergi mana? Seharian baru I nampak batang hidung you?!" soal Ammar. Maheerah yang tadinya berada didukungannya kini diletakkan di atas permaidani yang lembut itu.

Ammar baru sahaja tiba di Malaysia pada subuh tadi setelah berada di dalam penerbangan yang amat panjang. 

Niatnya ingin menetap disitu lebih lama, memandangkan dia telah bertemu kembali dengan Anisa.

Namun, dia terpaksa menepikan keinginannya itu. Sekarang, ada perkara yang harus dia selesaikan bersama Melissa.

"Eh you ni boleh diam tak? Asyik nak membebel je kerja you! I ni baru balik daripada kerja tau. Bukan macam you! Tak masuk office pun takpe!" jawab Melissa dengan dingin.

Ammar ni suka mencari pasal dengannya tak kena masa. Sudahlah penat shooting tadi belum hilang, kini dia pula harus mendengar bebelan Ammar.

"Okay kalau macam tu, berhenti. Senang cerita" ujar Ammar dengan nada yang tegas.

"What?! Are you kidding me? You ingat benda ni main-main ke? Bukan senang tahu tak I nak dapat title model terkenal! You jangan nak mengarut eh! " bentak Melissa

"No, I tak main-main. I serious. Look, sayang. I nak you berhenti jadi model. I nak you jadi suri rumah.

I nak you jaga Maheerah."

"NO! I WON'T QUIT MY JOB, AMMAR!"

"Yes you will! Maheerah sakit, Melissa. You tak kasihan ke dekat anak kita? She needs us." jelas Ammar.

Ya, kepulangan Ammar ke Malaysia adalah disebabkan faktor kesihatan Maheerah. Maheerah disahkan menghidap penyakit jantung berlubang.

Penyakit jantung berlubang adakah penyakit yang terjadi sejak lahir. Penyakit ini adalah masalah yang berlaku sejak lahir dan bukan penyakit berjangkit.

Jantung yang normal mempunyai dua belah, belah kiri dan kanan. Jantung sebelah kiri menerima darah yang pekat dengan oksigen dari paru-paru dan kemudian mengepamnya ke seluruh badan. Jantung sebelah kanan menerima darah semula dari badan dan memulangkannya ke paru-paru.

Darah di jantung sebelah kanan mempunyai kandungan oksigen yang sangat rendah. Darah di antara dua bahagian jantung ini tidak akan bercampur kerana terdapat otot yang berfungsi sebagai dinding di antara kedua belah jantung ini yang dipanggil 'septum'.

 'Septum' ini penting untuk memastikan pengangkutan oksigen sentiasa cekap dan berjalan lancar. Jantung berlubang terjadi apabila terdapat lubang di 'septum' ini. Ia menyebabkan percampuran antara darah di kedua-dua belah jantung.



Ammar juga baru mengetahui mengenai penyakit ini apabila Maheerah tiba-tiba sesak nafas. Dan sebab itulah dia membawa Maheerah ke The Royal Hospital, London. Juga merupakan tempat pertemuan kedua dia dan Anisa.

Menurut Doktor Alha yang merupakan doktor yang merawat Maheerah ketika itu, keadaan Maheerah sudah begitu teruk. 

Dia lambat untuk mencegah tanda awal penyakit itu.

Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk membawa Maheerah pulang ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan. 

Jika perlu, dia sendiri yang akan mengupah Doktor Alha untuk merawat anak perempuannya itu.

Mungkin Ini TakdirnyaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora