Bab 37

3.2K 101 5
                                    

USAI sahaja mengembara di London Zoo tadi, mereka berenam berjalan ke arah The Regent Park, London. Taman ini terletak di sebelah Zoo tadi.

Mereka berjalan sehingga tiba di sebuah tasik. Tasik itu dikelilingi oleh pokok-pokok yang tinggi. Permandangan di sekitar tasik itu sungguh mendamaikan.

Disekeliling tasik itu, terdapat warga London yang sedang beriadah. Tidak lupa juga dengan kehadiran beberapa orang pelancong asing yang mengambil angin disitu. Ada juga di antara mereka yang berkelah bersama keluarga.

Sama seperti mereka berenam. Mereka akan berkelah di tepi tasik ini. Ini semua merupakan idea Anisa yang ingin membawa anak-anaknya untuk berkelah di tepi tasik. Kata Anisa, momen ini adalah yang pertama dalam hidup anak-anaknya.

Begitu juga dengan Maheerah. Selama ini, kanak-kanak perempuan itu hanya terperap di dalam rumah ditemani oleh pengasuhnya.

Bapa kanak-kanak perempuan itu selalu sibuk jadi dia tiada masa untuk membawa kanak-kanak itu keluar ke mana-mana. Begitu juga dengan ibu kandung kanak-kanak itu, Melissa. 

Wanita itu tidak pernah meluangkan masa bersama anaknya. Inikan pula untuk membawa kanak-kanak itu keluar.

Alha menolong Anisa untuk menyediakan tempat sementara Ammar menjaga anak-anak mereka. Alha membentang picnic blanket yang berwarna merah itu di atas tanah yang rata. Kemudian, Anisa menyusun semua juadah yang dibawa dari rumah.

Juadah-juadah itu telah dia masak seawal pagi tadi. Makanan-makanan itu telah diletakkan di dalam thermal bag yang berwarna biru. Oleh itu, ianya masih hangat.

Alha membantu Anisa untuk membuka penutup makanan yang terhidang di atas tikar itu. Wanita itu telah menyediakan sandwich telur, buttermilk prawn dan sedikit nasi. Makanan itu menjadi santapan tengah hari mereka.

"Kids, let's eat!" panggil Anisa setelah dia selesai menyediakan makanan. Anak-anaknya itu terus berlari ke arahnya. Ditinggal Ammar di belakang mereka yang sedang menolak stroller Maheerah.

"Baca doa dulu lah, Apan!" tegur Sharif apabila melihat abangnya yang terus-menerus menyentuh sandwich itu.

Mereka semua bersila di atas tikar yang dibentang oleh Alha tadi.

"Maheerah nak sandwich juga?" tanya Anisa sambil memandang ke arah Maheerah yang duduk di atas riba Ammar. Kanak-kanak itu menganggukkan kepalanya. Dia menerima huluran sandwich itu lalu mengucapkan terima kasih kepada Anisa.

"Hmm.. Sedap, mommy!" kata Maheerah dengan nada yang teruja. Anisa tersenyum. Ini kali pertama dia mendengar suara kanak-kanak perempuan itu. Selama ini, Maheerah hanya malu-malu ketika bertemu dengannya. Mungkin juga kerana kanak-kanak perempuan itu takut jika dia dimarahi oleh Anisa.

Anisa faham dengan keadaan kanak-kanak perempuan itu. Tidak perlu Ammar membuka ceritapun sudah dia tahu apa yang dilalui oleh Maheerah. Dia seorang peguam. 

Jadi dia tahu cara membaca bahasa badan seseorang. Jujur, dia jatuh kasihan terhadap kanak-kanak itu.

"Mommy, mommy.. Kalau Apan, Ayif dengan Maheeyah nak main dekat situ boleh tak?" tanya Affan sambil menunjukkan tangannya ke arah hujung kawasan itu.

"Boleh, tapi habiskan makanan ni dulu. Lepastu baru boleh main. Okay?" Affan mengangguk lalu membuat tanda 'OK' dengan jarinya.

"Mommy, Ayif dah habis! Ayif pergi dulu tau! Jom Maira?" ujar Sharif sambil menunjukkan pinggannya yang sudah licin itu. Tangan kecil Maheerah itu dia tarik untuk lari ke arah tempat yang ditunjuk oleh Affan tadi.

"Ayif, tunggu lah Apan!" Affan yang sudah selesai makan itu terus berlari mengejar mereka.

Alha dan Anisa hanya tergelak memandang kanak-kanak itu. Mereka berbual bersama. Pelbagai topik yang mereka bualkan. Sesekali, mereka memandang ke arah kanak-kanak tadi. Risau kalau-kalau anak-anaknya itu terjatuh.

Mungkin Ini TakdirnyaWhere stories live. Discover now