RUANG tamu banglo mewah itu dihiasi dengan suara gelak tawa si kembar. Mereka sedang asyik bermain bersama sang ayah. Sesekali sang ayah menggeletek anaknya sehingga mereka ketawa mengekek keriangan.
Anisa hanya menatap wajah tampan milik Ammar dari atas sofa chesterfield putih yang terletak tidak jauh daripada tiga beranak itu. Dia mengamati wajah lelaki yang pernah bertakhta di hatinya suatu ketika dahulu.
Mata lelaki itu sedikit sembab. Dibawah matanya pula terdapat lingkaran yang berwarna hitam. Mungkin kerana terkesan dengan pemergiaan anak perempuannya baru-baru ini.
Ditatap lama wajah lelaki itu. Lelaki itu adalah insan yang pertama membuatnya jatuh cinta. Dan insan itu juga yang pertama membuatnya kecewa.
Lelaki itu pernah membahagiakan dia seketika-
Dan hancurnya kebahagiaan mereka adalah di tangan lelaki itu sendiri. Jujur, dia masih kecewa. Tapi dalam masa yang sama dia masih mengharapkan untuk lelaki itu kembali kepadanya.
Kasih sayangnya pada lelaki itu takkan pernah pudar walaupun hatinya telah diremuk berkali-kali.
Benarlah kata orang, cinta benar-benar membuatkan seseorang itu bodoh!
"Done checking on me?" soal Ammar yang tiba-tiba muncul di sebelah Anisa. Dia mengambil tempat duduk di sebelah wanita itu. Dari tadi dia merasakan wajahnya diperhatikan. Dia berpaling ke arah sosok yang memerhatikannya dalam diam.
Lantas itu dia tersenyum.
"Jangan nak perasan!"
"Alaaa, mengaku jela yang Nisa curi-curi pandang abang" Anisa hanya memberikan jelingan tajam kepada Ammar. Lama mereka berdua mendiamkan diri. Hanya suara kembar itu tadi sahaja yang kedengaran.
Sekali lagi Anisa mencuri pandang Ammar.
Keinginannya untuk menatap wajah lelaki itu membuak-buak. Entah mantera apa yang telah digunakan oleh lelaki ini sehinggakan dia tidak boleh melepaskan pandangan sedikitpun terhadap lelaki disebelahnya ini.
Sekali lagi lamunannya terhenti apabila telefon pintar miliknya berbunyi dan meminta untuk diangkat. Anisa dengan pantas bangun dari kerusi itu dan menuju ke arah console table yang menempatkan telefonnya itu.
Sempat dia menilik si pemanggil yang tertera pada skrin telefon pintarnya. Bibirnya tersenyum. Laju saja dia mengangkat panggilan itu. Kedengaran suara terujanya apabila bercakap dengan si pemanggil.
Selang beberapa minit, dia meletakkan panggilan. Telefon pintarnya itu diletakkan di dalam poket seluarnya. Sempat dia meminta Ammar untuk menjaga anak kembar mereka sementara dia mengatur langkah ke tingkat atas.
Dia perlu bersiap untuk bertemu dengan seseorang.
*******
RUANGAN painting class itu padat dengan manusia. Ada yang datang berseorangan, malahan ada juga yang datang bersama pasangan mereka.
Mereka semua duduk di atas kerusi dan di dalam satu bulatan yang besar. Di hadapan mereka, terdapat satu drawing canvas. Tidak lupa juga seorang guru yang berdiri di tengah-tengah.
Anisa mengambil tempat di sebelah Alha. Ini kali pertama mereka ke sini. Beberapa jam yang lalu, Alha telah meminta dia untuk menemaninya ke kelas itu.
Kata Alha, sepatutnya dia pergi bersama dengan abang kandungnya.
Namun begitu, abangnya itu mempunyai hal yang tidak dapat dielakkan. Anisa tanpa berfikir panjang terus bersetuju. Dia tidak mahu berdua-duaan bersama Ammar walaupun anak kembarnya ada sahaja di rumah itu.

YOU ARE READING
Mungkin Ini Takdirnya
Romance[CEO & LAWYER EDITION] " Aku terima nikahnya Anisa Sherryna bt Muiz dengan mas kahwinnya RM10 000 tunai." "Senyum je. Kalau kau tak senyum nampak sangat la kita ni macam kahwin paksa" - Ammar Faiz bin Ibrahim. . Masjid yang dibina atas dasar paksaa...