Bab 32

3.3K 82 4
                                    

KELIHATAN dinding yang berwarna-warni pada setiap ruangan itu. Di suatu penjuru ruangan itu, terdapat dinding yang diwarnakan dengan 7 warna seakan bentuk pelangi.

Di sebelah kiri ruangan ini dilengkapi dengan pelbagai jenis mainan dan dilapikkan dengan tikar yang bentuknya seperti puzzle.

Keadaan ruangan itu sungguh ceria, walaupun dipenuhi dengan katil-katil pesakit cilik.

Anisa berjalan perlahan-lahan melalui ruangan itu. Sempat dia melemparkan senyuman kepada jururawat yang bertugas di kaunter.

Dia melihat keadaan sekelilingnya. Ruangan itu diisi oleh pesakit kanak-kanak. Biarpun mereka dalam keadaan begitu, suasana ruangan itu tetap riuh rendah dengan suara dan gelak-tawa mereka.

Seolah-olah mereka tidak sakit.

Anisa berjalan sehinggalah kakinya berada tepat di sebuah pintu bilik wad. Wad ini terletak sedikit hujung daripada ruangan tadi. Mungkin tujuannya untuk memberikan sedikit privasi kepada penghuni bilik ini.

Cermin yang berada dipintu tersebut membolehkan Anisa melihat pesakit yang berada di dalamnya.

Lesu saja wajah kanak-kanak perempuan itu. Mungkin kesan daripada penyakit yang dihidapi olehnya.

"Gosh. You're finally here" lamunan Anisa terhenti tatkala Alha datang menyapa. Anisa mengalihkan pandangannya tepat ke arah jejaka itu. Bibirnya terangkat sedikit.

Kelihatan Alha yang segak memakai scrub suit berwarna biru gelap dan coat berwarna putih. Penampilannya membuatkan jejaka itu nampak lebih profesional daripada pakaian hariannya.

"Poor her. It must be hard to bear the pain at such a young age." ujar Anisa sambil menatap ke arah wajah Maheerah Ammara yang terlantar di katil pesakit.

Ya, dia kesini untuk melawat Maheerah. Alha telah menceritakan perihal anak itu minggu lalu. Kata Alha, sudah 2 minggu anak itu berada di wad hospital ini.

Kadang kala, kanak-kanak perempuan itu hanya ditemani beberapa orang pengawal peribadi dan seorang pengasuh tatkala si bapa perlu menguruskan urusan kerja.

Kata Alha lagi, sejak 2 minggu yang lalu ibu kanak-kanak perempuan itu tidak pernah memunculkan diri. Apa pula mahu menjaga anak kecil itu di sini.

Dengar saja cerita itu, Anisa seringkali berfikir tentang nasib anak ini. Sudah semestinya kanak-kanak itu berasa sunyi.

Sebab itulah dia kesini. Paling tidak, kehadirannya mungkin dapat menghilangkan rasa sunyi Maheerah yang sejak 2 minggu lalu perlu dirawat di wad itu.

Dia meminta keizinan Alha untuk melawat kanak-kanak itu disini. Selepas sahaja mendengar persetujuan daripada Alha, terus saja dia ke mari. 

Alha juga bersetuju dengan tindakan wanita ini. Mungkin benar kata Anisa. Selain rawatan, Maheerah juga perlukan perhatian daripada seorang ibu.

Sungguh, Alha jatuh cinta dengan sifat terpuji wanita ini. Bukannya dia tidak tahu akan apa yang telah terjadi antara bapa kanak-kanak perempuan itu bersama wanita ini.

Anisa sungguh profesional. Sikapnya ini layak dipuji.

"Masuklah" pelawa Alha. Dia juga ingin menjenguk pesakitnya itu. Dia tidak melakukan pemeriksaan terhadap Maheerah lagi, pada pagi ini.

Walaupun sudah 2 minggu rutinnya begini, kondisi Maheerah tetap sama. Keadaan anak itu sudah terlalu teruk. 

Anak itu perlu cepat dilakukan pembedahan,

atau nyawanya akan menjadi taruhan.

Anisa membuka tombol itu dengan perlahan-lahan. Dia mengambil tempat di atas kerusi penjaga yang berada di sebelah kanan katil pesakit.

Mungkin Ini TakdirnyaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora