PARIS, France.
Suasana di sekitar Eiffel Tower sungguh mendamaikan. Angin menampar-nampar pipi mulus milik Anisa yang sedang duduk di atas kerusi panjang itu. Pinggang ramping wanita itu dipeluk erat oleh suaminya. Dia mengusap lembut tangan itu. Seakan mimpi, dia dan Ammar disatukan kembali.
Anisa menikmati permandangan yang terhidang luas di kornea matanya itu. Bangunan pencakar langit ini dikatakan menjadi simbol cinta yang sejati.
Ammar memimpin tangan Anisa berjalan lebih dekat ke arah menara itu. Perlahan-lahan langkah mereka menikmati suasana yang cukup romantis.
Anisa sempat mengeluarkan telefon pintar miliknya. Dia merakamkan momen indah ini sebagai kenangan. Sempat dia menaikmuat gambar yang dia senyap-senyap ambil ketika mereka berpelukan tadi.
sh3rynn.a
"everyday is the best day when I'm with you🤍"post!
Momen ini dikongsikan kepada pengikutnya di Instagram yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat dan rakan baiknya sahaja. Kejadian yang menimpanya dahulu telah membuatnya lebih tertutup untuk berkongsi apa sahaja berkaitan hal peribadinya.
"Sayang, jom kita pergi Love Lock Bridge?" ajak Ammar sambil mengucup tangan Anisa sekilaa. Sempat dia mengerling sejenak pada paparan skrin telefon milik Anisa.
"Wow, how's sweet of you sayang" puji Ammar sebaik sahaja membaca caption yang ditulis oleh isterinya itu.
"Eleh, abang ingat abang sorang aje ke boleh sweet? Nisa pun boleh lah. See the leg lah!" kata Anisa sambil menunjukkan kakinya. Ammar tergelak. Ada-ada sahaja wanita di hadapannya ini.
"Wait, selama ni sayang ada IG ke? I thought you gave up on social media life? " tanya Ammar. Anisa tersengih.
"Ada tapi private. Lot of things happened back then, abang. Now I learnt my lesson. Tak semua benda kita perlu tunjuk dekat orang. Kadang kala yang support tu sorang dua je, selebihnya tunggu masa untuk kita jatuh sejatuh-jatuhnya." luah Anisa. Ammar mengelus lembut kepala wanita yang dia cintai itu.
Siapa sangka, Anisa menanggung banyak keperitan dan kepedihan sepanjang perpisahan mereka. Fikirnya sebelum ini, hanya dia yang tersiksa. Namun dia silap. Wanita dihadapannya ini berkali ganda tersiksa kerananya.
'I promise I will protect you until my last breath, sayang.' ucapnya dalam hati.
PARIS Charles de Gaulle Airport
Ammar memimpin erat tangan isterinya. Mereka diiringi oleh beberapa orang pengawal peribadi yang pada masa yang sama menolak bagasi mereka. Senyuman manis menghiasi bibir mereka.
Sempat Anisa meminta pengawal itu untuk mengambil gambar mereka sebagai kenangan. Terpancar wajah Ammar yang memakai hoodie berwarna putih dan jeans hitam begitu juga dengan Anisa. Wanita itu turut memakai shawl berwarna putih.
Mereka kelihatan sangat serasi!
Anisa membelek skrin telefon pintarnya itu. Pandangan matanya tiba-tiba gelap. Dia terasa belakang kepalanya seperti diikat dengan sesuatu.
"Abang?" panggil Anisa. Tangannya bergerak ke arah ikatan itu seolah-olah mahu membuka. Namun, tindakannya itu dihalang.
"Shh.. Let it be on your head until our next destination" bisik Ammar romantis di telinga Anisa. Anisa terpana. Next destination?
"Aren't we going back to Malaysia?" soal Anisa.
"It's a secret. For now, abang nak sayang dengar cakap abang. Jangan buka ikatan tu sampai abang sendiri yang bukakan." Anisa mengerutkan dahinya. Eh?

ESTÁS LEYENDO
Mungkin Ini Takdirnya
Romance[CEO & LAWYER EDITION] " Aku terima nikahnya Anisa Sherryna bt Muiz dengan mas kahwinnya RM10 000 tunai." "Senyum je. Kalau kau tak senyum nampak sangat la kita ni macam kahwin paksa" - Ammar Faiz bin Ibrahim. . Masjid yang dibina atas dasar paksaa...