Bab 36

174 10 0
                                    

"Waalaikumussalam." Sahut mereka berempat serentak.

"Ohh, dah ada tetamu eh?" Tanya sumber suara itu dengan nada yang jelas sedikit kekok. Sebelah tangannya naik menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal itu.

"Kau pergi mana yang baru balik ni, Qan?" Soal Tengku Adyan dingin. Terus kecut perut Isqandar saat itu.

"Ak...aku..."

"Aku apa?" Gesa Tengku Adyan. Dah nak dekat masuk waktu maghrib baru nak balik dah apahal?

"Aku keluar pergi ambil angin kejap. Cuba tenangkan fikiran." Jelas Isqandar dengan satu nafas.

"Kan aku dah cakap dekat kau pagi tadi yang Hell's Killer nak datang dan aku minta kau untuk ikut sekali. Lepastu tengok-tengok kau hilang pula." Kata Tengku Adyan sekaligus mengulang kembali apa yang dikatakan olehnya pagi tadi.

"Demi Allah SWT, Dyan. Aku betul-betul lupa dan fikiran aku stress sangat tu yang aku keluar. I'm so sorry." Pinta Isqandar dengan penuh rasa bersalah. Dia redha kalau dimarahi saat ini kerana memang jelas salahnya.

"Forget it." Terkejut Isqandar saat mendengar apa yang dikatakan sahabat baik yang juga merangkap sebagai ketuanya itu.

"Ha?"

"Lupakan pasal tu dan aku tak marah pun." Ulang Tengku Adyan sekali lagi.

"Betul?" Tanya Isqandar inginkan kepastian. Memang dia tak pernah kena marah dengan Tengku Adyan termasuk dengan kejadian seperti hari ni. Tapi takkanlah depan Hell's Killer pun sama?

"Ya dan sekarang aku nak kau berkenalan dulu dengan diorang. Untuk maklumat kau, Supt. Zayn atau nama sebenar Aayaz dah sah jadi penjaga baby Reez. Aku dengan baby Reez dah setuju pilih dia tadi." Balas Tengku Adyan sekaligus memberitahu akan kedudukan Aayaz yang sudah berubah sejak dia bersetuju tadi.

"Ahhh i see...By the way, kenalkan aku, Noah Isqandar yang juga dikenali sebagai Jaidyn. I'm the second leader of Diaz Vercetti after him." Tanpa menunggu lama, Isqandar pun cepat-cepat memperkenalkan dirinya kepada mereka berempat. Tangan kanan naik berjabat dengan keempat-empat jejaka yang tidak kalah kacak itu.

"Salam kenal, saya Aayaz yang juga merupakan ketua kedua bagi Hell's Killer selepas Asyraaf. Yang sebelah kanan ni Areez dan yang sebelah dia adalah Arash." Balas Aayaz sekaligus mengambil bahagian dalam memperkenal diri keempat-empat mereka. Dengan segera mereka berempat membalas jabat tangan daripada Isqandar itu.

Isqandar hanya mengangguk sebagai jawapan. Serentak itu juga punggungnya dilabuhkan disisi Tengku Adyan duduk.

"Tak perlu rasa kekok. Buat je macam korang dengan Dyan tadi." Arah Isqandar membuatkan mereka rasa lebih selesa dan hilang terus rasa kekok itu.



"Allahu Akbar, Allahu Akbar..." kedengaran azan berkumbang selepas beberapa minit mereka berdiam diri.

"Dah masuk waktu maghrib," kata Arash selepas selesai azan berkumandang yang menandakan sudah masuk waktu maghrib.

"Tapi kita tak bertolak balik lagi ni. Nanti payah nak drive balik." Sambung Arash sekaligus cuba mengingati ketiga-tiga sahabatnya itu.

"Betul weyh. Kita nak tidur mana kalau tak bertolak balik sekarang?" Tambah Areez menyetujui apa yang dikatakan Arash itu.

Bukan tak mampu nak memandu malam-malam tapi risau takut terjadi apa-apa yang tidak diingini. Memandu pada waktu malam lebih berisiko untuk terbabit dalam kemalangan kerana suasana dia yang sepi, langit yang gelap dan semestinya mata akan selalu terlelap kerana malam ada waktu tidur.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now