Bab 62

187 4 0
                                    

       "Caro," panggil Aayaz lembut dengan mata yang masih setia pada pemanduan.

"Ye?" Sahut si isteri.

"Can I ask you something?" Pinta Aayaz. Nadanya jelas kedengaran penuh berharap.

"Boleh. Abang nak tanya apa?" Balas si isteri sekaligus menyetujui permintaan suaminya itu.

"Sampai ke saat ini, ada tak sekelumit rasa cinta terhadap abang dalam hati awak?" Tanya Aayaz ingin tahu. Kedengaran perlahan tetapi masih jelas pada deria pendengaran si isteri.

"Perlu jawab sekarang ke? Kalau kita confess perasaan masing-masing dekat rumah nanti boleh?" Bertalu-talu pertanyaan diajukan.

Terdiam Aayaz buat seketika sebelum kembali berbicara. Ada bagus juga kalau mereka berdua membuat sesi luahan dirumah nanti. Baru ada feels berbanding didalam kereta.

"Ok, let's save that question for now. We will answer it when we arrived home safely." Balas Aayaz sekaligus menyetujui cadangan yang dinyatakan isterinya itu.

"Ok!" Ujar si isteri dengan penuh ceria.

"For now, abang nak awak pejam mata dan sambung tidur yang terganggu tadi. Daripada tadi abang tengok kuyup je mata awak. Tidur ok?" Arah Aayaz. Nadanya jelas kedengaran memujuk dan lemah lembut.

"Takpe biarkan abang drive seorang diri?" Tanya si isteri. Terdapat unsur risau didalam nadanya.

"Abang ok, mio caro. Jangan risau, ok? Kalau abang penat sangat, abang singgah lah RnR kejap untuk rehat." Balas Aayaz sekaligus memujuk kerisauan isterinya.

"Betul?" Tanya si isteri menginginkan kepastian.

"Betul, mio caro. Awak sambung tidur, ok?" Janji Aayaz sekaligus memohon supaya isterinya menyambung tidur lagi selepas mereka kekurangan tidur akibat majlis semalam.

"Abang," panggil si isteri beberapa saat kemudian.

"Yes, mio caro. Why?" Sahut Aayaz lembut. Sempat dia mengajukan pertanyaan buat isterinya.

"The truth that I keep alone that I can't close my eyes even once until I hear a song covered by you. Can I ask you sing live right now?" Pinta si isteri sekaligus menjelaskan asbab atas permintaannya itu. Nadanya kedengaran perlahan kerana takut jika suaminya marah akan permintaan itu.

"Kenapa perlahan je suara awak? Takut dengan abang ke?" Tanya Aayaz lembut. Dia mendengar permintaan yang diajukan itu dengan jelas tetapi hatinya tetap ingin mengetahui sebab kenapa suara isterinya berubah perlahan.

Sempat otaknya meneka satu sebab berdasarkan perkara itu namun cepat-cepat ditepisnya. Takkan lah isterinya takut? Rasanya tak pernah sekali pun dia tinggikan suara atau memaki hamun terhadap perempuan. Kalau lelaki itu ada lah, malah tak terkira pula dia tinggikan suara. Melihat diamnya si isteri membuatkan dia yakin bahawa tekaannya itu tepat mengenai sasaran.

"Abang tak pernah sekali pun marah atau tinggikan suara dekat awak, jadi kenapa awak takut? Abang mohon sangat-sangat. Tolong jangan takut dengan abang, mio caro. Demi Allah SWT, abang rasa abang ni seorang lelaki yang jahat dan suami dayus buat isterinya bila tengok awak takut dengan abang." Pinta Aayaz dengan penuh rayuan. Nadanya jelas kedengaran sayu pada deria pendengaran si isteri.

Dia benar-benar tidak tahu atas sebab apa isterinya masih takut dengannya. Dia yakin dia tidak pernah berbuat jahat secara sedar tetapi dia sendiri tidak pasti bila secara tidak sedar. Mungkin dia tertinggikan suara secara tidak sedar kepada isterinya sehingga mewujudkan trauma terhadap si isteri.



"Sumpah demi Allah SWT, saya cuma takut abang tak setuju dengan permintaan saya ni je. Takde niat lain." Balas si isteri sekaligus menafikan apa yang sedang berlegar didalam fikiran suaminya saat ini.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now