Bab 67

188 4 0
                                    

       "Lepas tu, kau suci sangatlah? Suci tanpa sebarang sentuhan lelaki? Maruah kau masih terjaga elok?" Tanya Asyraaf bertalu secara tiba-tiba setelah lama berdiam. Membuatkan Elsa terdiam dimana mulutnya terkunci rapat. Tidak menjangkau soalan ini akan diajukan kepadanya.

"Kenapa diam? Jawablah." Gesa Asyraaf selepas melihat diamnya Elsa.

"Elsa Sofea binti Eisa Rizq. Kau jangan ingat aku tak tahu apa-apa pasal diri kau dan apa yang kau buat selama ni. Bukan aku seorang je yang tahu tetapi Arash dan Areez pun sekali. Hanya Aayaz sahaja yang tak tahu sebab kitorang tak nak dia mengamuk tak tentu hala." Ujar Asyraaf dengan riak biasa. Daripada ayat yang terluah daripada mulut jejaka itu jelas menunjukkan yang Asyraaf benar-benar mengetahui perihal dirinya.

"Kau tuduh adik aku tak suci kan? Jadi macam mana pula dengan kau? Berapa kali dah kekasih kau, si Idrees tu rasmikan kau? Dia kekasih kau yang juga boleh dipanggil suami walaupun tiada ikatan yang sah diantara korang. Sebab apa? Sebab dah ada ikatan maksiat diantara korang berdua selama ni." Sinis pertanyaan yang diajukan Asyraaf.

Sekaligus membuka rahsia aib seorang Elsa Sofea. Nasib baik suasana didalam kafe itu sunyi tanpa sesiapa melainkan mereka bertiga. Memandangkan Aayaz sudah menyewa seluruh cafe untuk sehari ini. Para pelayan juga diarahkan keluar tadi.

"Bukan aku nak buka aib kau tapi kau dah terlebih melampau. Walaupun adik aku low class dan tak reti berfashion tapi dia masih suci dan takde seorang lelaki pun yang sentuh dia kecuali kitorang. Tapi ia tetap berlapik saat bersentuhan. Dia masih suci saat diakad menjadi isteri Aayaz Zayyan. Dan Aayaz yang merupakan lelaki pertama yang sentuh dia lebih daripada kami. Kami hanya pegang tangan, usap kepala dan peluk saat memujuk jika perlu." Nafi Asyraaf.

Niat sebenar hanya ingin mengugut dan tidak lebih. Dia tahu bahawa aib sesama manusia itu perlu dijaga kerana setiap manusia mempunyai aibnya sendiri dan sesetengahnya dilindung oleh Allah SWT.

"Kita boleh mencintai dan menyukai tetapi kita tidak memaksanya untuk membalas kembali kerana setiap hati, jiwa dan perasaan telah ditetapkan setiap pemiliknya dimuka bumi ini." Akhir Asyraaf sebelum langkah dibuka menuju ke pintu keluar sambil diikuti Arash. Meninggalkan Elsa seorang diri.

"ARGHHHHH TAK GUNA!" Jerit Elsa kuat dengan kedua belah tangan naik mencengkam kepala. Cepat-cepat Idrees berlari masuk untuk menghentikan perbuatan kekasihnya itu.



"Abang," panggil Naila lirih dan perlahan. Tubuhnya masih setia berada didalam pelukan sang suami.

"Yes, caro. Why?" Tanya Aayaz lembut. Serentak dia menghentikan langkah mereka berdua yang saat ini tinggal beberapa langkah sahaja lagi dengan tangga.

"Kita tak pergi tengok Aris ke?" Tanya Naila ingin tahu.

"Isteri abang nak pergi tengok ke?" Tanya Aayaz kembali. Pertanyaan yang diajukan isterinya itu hanya dibiarkan tanpa membalasnya.

"Saya kenalah pergi tengok sebab dia berkait juga dengan saya. Dia cedera teruk macam tu pun sebab nak selamatkan saya. Lagipun dia pun sahabat abang, kan? Dia yang bantu saya sementara tunggu abang datang tadi." Balas Naila sekaligus menjelaskan sebab kenapa dia hendak pergi ke hospital.

"Bagusnya isteri abang, ni yang buat abang sayang sangat ni." Puji Aayaz dengan nada yang jelas kedengaran penuh bangga. Wajahnya didekatkan sehingga hidung melekap pada pipi mulus Naila sebelum digomol pipi itu.

"Haha abang ni...Jomlah kita pergi sana." Ajak Naila sekaligus cuba menghentikan gomolan daripada suaminya itu.

Jelas kelihatan kemerahan disekitar kedua-dua belah pipinya. Kedua belah mata juga kelihatan sedang menampung air mata akibat tawa tidak hentinya. Kedua belah tangan besar Aayaz naik menekap kedua belah pipi isterinya sebelum bibir turun melabuhkan setiap satu kucupan pada ubun-ubun, kedua belah mata, kedua belah pipi dan akhir dibibir.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now