Bab 55

200 9 0
                                    

        "Littlesweet?" Panggil Asyraaf lembut selepas tangisan Naila reda saat didalam pelukannya. Serentak pelukan itu terlerai.

"Dah, ok?" Tanya Asyraaf prihatin. Iris kelabunya memanah tepat ke wajah jelita gadis itu. Lambat-lambat Naila menjatuhkan kepalanya sekaligus menjawab pertanyaan yang diajukan Asyraaf itu.

"Along tahu awak masih tak percaya dan terkejut atas pemergian diorang tapi awak tetap kena terima apa yang dah terjadi. Nak tak nak awak tetap kena terima yang diorang dah takde disisi kita. Kalau awak betul-betul sayangkan mama dan papa awak, awak kena ikhlaskan pemergian ni. Allah SWT lebih sayang mereka berdua dan disebabkan itulah mereka dijemput menghadap ilahi dulu. Biarkan yang sudah dijemput pergi dengan tenang manakala kita yang masih hidup perlu teruskan perjalanan dan sentiasa membuat apa-apa kebaikan niat ke atas mereka." Lembut nada Asyraaf memujuk.

Sedari tadi lagi, mereka yang lain hanya diam tanpa sebarang bicara. Tidak menyangka Asyraaf berjaya menenangkan gadis itu dalam sekelip mata dan tanpa sebarang rontaan. Seorang jejaka bernama Asyraaf Hazeeq bin Aisy Faleeq benar-benar seorang yang istimewa dimana dia mampu menenangkan kegusaran dan amukan seseorang itu dalam sekelip mata.

"Maaf..." gumam Naila dengan nada perlahan tetapi masih jelas kedengaran dideria pendengaran Asyraaf dan Aayaz.

"Tak perlu minta maaf, dear princess. Kami semua faham akan apa yang awak rasakan saat ini." Celah Aayaz sekaligus memujuk bakal tunangnya itu. Mereka yang lain hanya mengangguk tanda mengiyakan apa yang dikatakan Aayaz itu.

Anak mana yang sanggup merelakan pemergian ibubapanya yang pergi secara mengejut tanpa sebarang sebab? Tiada seorang yang sanggup sama seperti yang dihadapi Naila saat ini. Jika ditanya, dia pasti akan menjawab tidak kerana dia benar-benar tidak sanggup tetapi apa kan daya. Mama dan papanya sudah pun pergi buat selamanya. Kini hanya tinggal dia yang merupakan seorang gadis buta sahaja didunia ini.

Naila masih dalam keadaan seperti tadi dimana kepalanya hanya menunduk ke bawah. Air matanya setia mengalir tidak henti membasahi pipi. Hatinya sedaya upaya cuba mengikhlaskan pemergiaan mama dan papanya.

"Aila keseorangan...Aila dah takde sesiapa lagi selain mama dengan papa..." sayu Naila meluahkan apa yang difikirkan saat ini.

"Along tahu, littlesweet. Tapi awak kena ingat yang awak tidak pernah keseorangan. Awak ada kami selain mama dengan papa awak. Hero pun sentiasa ada dengan awak, dia tak akan pernah tinggalkan awak." Pujuk Asyraaf lembut sekaligus memperingati gadis itu tentang kehadiran mereka yang sentiasa disisi.

"Aila tahu, tapi siapa nak jaga Aila dekat rumah? Zeeqa? Tak mungkin sebab dia sibuk dengan study dan perlu duduk rumah sewa. I'm alone along..." Soal Naila bertalu-talu.

Ya, memang mereka semua setia disisinya tapi siapa yang akan menjaganya dirumah? Siapa yang akan menjaga makan minum dan pakaiannya? Mana mampu dia melakukannya seorang diri. Sebelum ini mama dan papanya yang melakukan semua itu.



"Tak semestinya Zeeqa, littlesweet. Hero kan ada." Nafi Asyraaf setelah berdiam buat seketika tadi dan sekaligus memujuk gadis itu.

"Maksud along?" Tanya Naila tidak faham. Berkerut dahinya cuba memproses akan apa yang dikatakan jejaka itu.

"Hero ada. Dia yang akan jaga awak. Daripada luaran hingga dalaman. Semua makan minum dan pakaian awak akan sentiasa terjaga. Littlesweet tak perlu risau langsung." Beritahu Asyraaf. Masih dalam keadaan berteka-teki.

"Abang? Macam mana dia nak jaga Aila? Kitorang kan bukan mahram ke atas diri masing-masing. Tiada langsung ikatan halal jadi macam mana dia nak jaga Aila? Tiada istilah langsung, seorang lelaki atau perempuan boleh tinggal sebumbung dengan bukan mahramnya. Dalam islam dah menegaskan dan sangat melarang umat islam untuk melakukan perihal itu dimana ia boleh menjadi zina atau maksiat nanti." Bantah Naila tegas.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now