Bab 50

195 11 0
                                    

       "Ya Allah, sayang!" Jerit Puan Jihan kuat saat melihat keadaan Naila yang berada ditengah ruang tamu itu. Dengan segera langkah dibuka mendekati gadis malang itu.

Kedua belah tangannya terus segera menarik tubuh Naila yang sedari tadi merekot diatas lantai tepat ditengah ruang tamu itu untuk duduk. Lantas ditarik tubuh kecil milik bakal menantunya itu ke dalam pelukannya. Dipeluk erat dengan tangan kanan yang naik mengusap lembut belakang gadis itu bagi menenangkan si gadis. Sesekali bibirnya melabuhkan kucupan didahi bakal tunang putera tunggalnya itu.

"Ya Allah, sayang...Kenapa tidur dekat atas lantai ni? Badan kamu kan lemah dan tak boleh kena sejuk sangat." Sayu dan lirih Puan Jihan bertanya. Sebak dia melihat keadaan gadis yang sudah dianggap seperti anaknya itu.

"Mama Jihan..." Panggil Naila sebak. Serentak kedua belah tangannya naik membalas pelukan daripada Puan Jihan itu.

"Mama Jihan dekat sini, sayang..." sahut Puan Jihan. Nadanya jelas kedengaran mulai sebak akibat menahan tangisan. Matanya dipejam bagi menahan rasa sebak yang bertandang dihati.

"Mama dengan papa dah pergi...hiks...hiks. Mama dengan papa dah tinggalkan Aila..." luah Naila sebak. Wajahnya terus disembam didada wanita tua itu. Menghamburkan tangisannya disitu.

"Semua ni dah ditakdirkan oleh Allah SWT, Aila. Dah tiba ajal mama dengan papa awak. Percayalah yang Allah SWT lebih sayangkan mereka dan itu sebab kenapa nyawa mereka ditarik pergi dahulu. Redha dan ikhlaskan mereka." Lembut nada yang digunakan Tuan Adhaa bagi memujuk bakal menantunya itu.

Sampai ke saat ini, dia juga merasa tidak percaya dan terima sepertimana yang dirasai bakal tunang anaknya itu. Sekelip mata sahaja, dia kehilangan sahabat baik daripada zaman kecilnya yang sentiasa bersama tak kira disaat susah mahupun senang. Pasangan suami isteri itu pergi tanpa sempat melihat hari bahagia anak mereka.

"Tapi kenapa secepat ni? Kenapa nyawa mereka ditarik disaat Aila belum mendapatkan kebahagiaan? Aila masih belum sah dengan abang Zayy lagi. Bahkan bertunang pun tidak sempat lagi...Kenapa?" Soal Naila dengan nada sebak dan lirih. Serentak lidah Puan Jihan dan Tuan Adhaa terasa bagaikan bergulung. Tidak tahu hendak membalas apa akan pertanyaan yang diajukan itu.

Dan pada akhirnya, mereka hanya mampu terus berdiam diri tanpa sebarang bicara. Dieratkan lagi pelukan Puan Jihan pada tubuh kecil milik bakal menantunya itu. Namun tanpa mereka pasangan suami isteri sedar, takungan air mata mereka sudah pun pecah dan mengalir membasahi pipi masing-masing.

"Macam mana mama Jihan dengan papa Adhaa tahu pasal mama dengan papa?" Tanya Naila dengan suara serak akibat menangis tadi. Saat ini mereka bertiga sudah pun selamat duduk diatas sofa yang disediakan dimana Naila masih setia berada didalam pelukan Puan Jihan.

"Hero telefon kami beritahu pasal ni dan minta kami untuk bergegas datang temankan kamu. Sempat dia minta kami untuk tolong bawakan kamu ke hospital dulu sementara menunggu dia menyusul daripada kem." Beritahu Tuan Adhaa sekaligus menjelaskan sebab bagaimana mereka mengetahui perihal ini.

"Abang Zayy yang bagitahu?" Lirih Naila bertanya. Matanya juga terlihat kembali bergenang dan hanya menunggu masa untuk pecah.

"Ya, sayang. Hero yang bagitahu kami perihal ni. Dia risaukan awak sangat-sangat dan takut awak bersendirian." Balas Puan Jihan sekaligus menyokong perjelasan suaminya itu. Sedari tadi tangan kanannya masih setia mengusap lembut sisi bahu kanan gadis itu.

Flashback

Dengan pantas Puan Jihan menekan butang hijau bagi menerima panggilam daripada anak tunggalnya itu.

"Assalamualaikum, mama." Ucap Aayaz daripada seberang sana sebagai permulaan bicara.

"Waalaikumussalam, hero. Kenapa call mama ni?" Tanya Puan Jihan ingin tahu. Tidak pernah dibuat lagi anaknya menelefon pada waktu hampir masuk tengah hari ni.

"Papa ada dengan mama ke sekarang ni? Kalau ada boleh tak mama bukakan speaker kejap?" Tanya Aayaz kembali tanpa membalas pertanyaan daripada mamanya.

Serentak Puan Jihan menoleh ke arah suaminya yang berada disisi. Lantas ibu jari kanan naik menekan butang speaker sebelum meletakkan telefonnya diatas meja ruang tamu.

"Dah," beritahu Puan Jihan sepatah. Entah kenapa rasa tidak sedap hati tiba-tiba datang bertandang dihati mereka berdua.

"Hero nak bagitahu something dan dalam masa sama hero nak minta tolong mama dengan papa sekali." Ujar Aayaz melalui corong telefon itu. Jelas kedengaran lain nada Aayaz saat itu.

"Apa tu, hero?" Tanya Tuan Adhaa dengan nada penuh rasa ingin tahu.

Satu nafas panjang ditarik oleh jejaka itu sebelum memulakan bicaranya. "Mama Melati dengan papa Naim terlibat dengan kemalangan langgar lari tadi dan diorang tak dapat nak diselamatkan." Beritahu Aayaz lancar dan senafas.

"Allahuakbar!" Ucap Puan Jihan dan Tuan Adhaa serentak. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang diberitahu Aayaz itu.

"Hero nak minta tolong sangat-sangat dekat mama dengan papa untuk cepat-cepat pergi rumah Aila sekarang. Dia tengah sedih dan keseorangan sekarang ni. Kalau boleh tolong bawa dia pergi hospital sekali. Nanti hero menyusul kesana." Sayu nada Aayaz meminta. Hanya mama dan papanya sahaja yang mampu dia meminta bantuan untuk menjaga Naila saat ini.

"Aila tahu?" Tanya Tuan Adhaa ingin tahu.

"Dia yang telefon hero dan bagitahu perihal ni. Apa pun sekarang hero minta sangat mama dengan papa segera pergi ke rumah dia. Hero tengah tunggu along ni, kitorang balik sekali." Beritahu Aayaz sekaligus menjelaskan sebab bagaimana dia mengetahui perihal ini.

"Ya-ya. Kami pergi sekarang. Kamu berdua pun hati-hati tau drive balik sini. Nanti mama dengan papa text kamu dekat hospital mana kamu perlu menyusul." Sempat Puan Jihan menasihati putera tunggalnya itu sebelum panggilan ditamatkan.

"Baik, mama. Assalamualaikum." Bergegas pasangan suami isteri melangkah ke arah kereta, hendak menuju ke rumah milik Naila sekeluarga selepas menjawab ucapan salam daripada jejaka itu.

End flashback.

"Kita gerak pergi hospital sekarang ya?" Lembut Tuan Adhaa mengajak. Entah berapa banyak masa dah yang terbuang, pasti pihak hospital dan arwah sedang menunggu kehadiran Naila yang merupakan waris kepada pasangan itu.

Diamnya Naila membuatkan hati mereka pasangan suami isteri semakin membengkak menahan sebak. Lantas tangan kiri Puan Jihan naik mengusap lembut genggaman tangan gadis itu. Memberi kekuatan dan semangat buat bakal menantunya itu.

"Kita gerak sekarang ye, sayang? Kesian mama dengan papa awak tengah tunggu kehadiran awak dekat sana." Pujuk Puan Jiham lembut. Satu kucupan dilabuhkan lama disisi kepala gadis itu.

Naila hanya mampu mengangguk tanpa sebarang bicara. Dia tidak mampu untuk membuka mulutnya langsung saat ini. Rasa sebak benar-benar mencengkam kuat hatinya.

"Jom mama bawa awak naik atas tukar baju dulu ok? Baju ni dah ada kotoran darah nanti sedih pula roh mama dengan papa awak bila tengok. Awak mesti taknak diorang sedih bukan?" Ajak Puan Jihan dengan nada memujuk. Dan sekali lagi, Naila hanya mengangguk tanpa membuka mulutnya.

Melihat balasan positif daripada gadis itu membuatkan dia terus bangun daripada duduknya untuk memimpin bakal tunangnya itu ke atas.

Pada masa yang sama, "Kau dah inform parents kau pasal ni?" Tanya Asyraaf dengan mata yang masih kekal fokus pada pemanduannya setelah lama berdiam diri.

"Dah." Balas Aayaz sepatah. Fikirannya sedari tadi asyik mengimbas segala bicaranya dengan Naila dalam talian panggilan tadi.

"Yaz," tersentak Aayaz saat ditegur Asyraaf. Serentak lamunannya terhenti dan kembali ke alam realiti.

"Kau kenapa? Daripada tadi lagi aku tengok kau jauh sangat termenung. Pertanyaan aku pun sepatah-sepatah je kau jawab. Why?" Tanya Asyraaf prihatin. Kepala ditoleh sekilas memandang sahabatnya sebelum kembali memandang ke hadapan.

"Pasal Aila." Balas Aayaz yang juga sepatah. Serentak, kedengaran satu helaan penat terlepas daripada mulut Asyraaf.

Again!

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now