Bab 46

164 9 0
                                    

"Kau dengan family kau takkan pernah bahagia, Aila. Aku benci tengok keluarga hipokrit korang. Sebab koranglah ibu jadi murung! Korang yang patut hidup dalam kesengsaraan dan bukannya ibu!" Bentak seseorang. Pedal minyak mula ditekan rapat sehinggakan tayar kereta mula berputar laju daripada arah simpang kanan.

Lampu isyarat pada laluan yang digunakan Tuan Naim sudah bertukar hijau pada saat itu dan...

BUMM!

Kereta BMW X5 milik Tuan Naim tiba-tiba sahaja dihentam dengan sangat kuat oleh kereta yang meluncur laju daripada simpang kanan itu.

"ALLAHUAKBAR!" Laung Tuan Naim dan Puan Melati serentak. Seiring dengan kereta mereka berpusing.

Kini kereta BMW X5 milik Tuan Naim sudah pun tersadai dipinggir jalan dalam keadaan terbalik selepas berpusing sebanyak 4 kali.

"Ini balasan yang patut kau dengan keluarga kau terima sebab dah buat ibu sengsara dan muram!" Ujar seseorang dengan nada yang jelas kedengaran puas.



PRANG!

"Allah..." ucap Naila lirih selepas cawan yang berada dipegangannya jatuh pecah.

Hati mula dilanda kembali perasaan takut dan risau. Fikirannya mula membayangkan perkara-perkara yang tidak diingini. Serentak itu, mulutnya tidak henti beristighfar dan berdoa supaya mama dan papanya selamat dan dilindungi daripada sebarang bahaya.

"Ya Allah...kau selamatkan dan lindungilah kedua ibubapa ku...Kau peliharalah mereka daripada sebarang kejahatan dan kembalikanlah mereka dengan selamat dan sempurna kepadaku. Aku bermohon padamu, wahai tuhankan. Sesungguhnya engkaulah maha pengasih dan pelindung...Amin ya rabbal alamin." Doa Naila dengan penuh memohon.

Dan tanpa sedar, air matanya sudah pun mengalir secara tiba-tiba tanpa sebarang pengetahuan dan amaran. Tangan kanannya dengan segera naik menyeka sisa air mata yang mengalir itu. Tanpa membuang masa Naila segera bergegas melangkah menuju kea rah tangga untuk kembali ke biliknya. Ingin menunaikan solat hajat bagi meminta pertolongan dan perlindungan buat mama dan papanya.

Namun, ...

"ADUH!" Erang Naila kesakitan selepas dia terjatuh secara tiba-tiba daripada tangga kelima saat menaikinya. Nasiblah jarak diantara setiap langkah tangga itu tidak tinggi jadi tidak teruk jika terjatuh.

"Ya Allah, sakitnya..." erang Naila lagi selepas merasakan senak yang teramat sangat pada kaki kirinya. Tangan kanannya naik menyentuh kaki itu selepas dia merasakan ada cecair yang mengalir dibahagian buku lali dan tumitnya.

"Ya Allah, darah!" Ujar Naila terkejut bersama rasa pedih dan perit yang dirasai akibat kesakitan yang dialaminya saat ini. Dahinya berkerut-kerut menahan kesakitan.

Lantas itu, telefon yang berada didalam kantung poket baju abayanya terus diambil keluar. Dia perlu menelefon seseorang untuk membantunya saat ini. Kerana dia benar-benar tidak mampu untuk bergerak kemana-mana sedikit pun.

"An. Immediately connect the call to along Zeeq." Arah Naila terhadap iphone 13 pro max miliknya.

Serentak itu, telefonnya mula berdering menandakan dia sedang menelefon Asyraaf. Dan tanpa menunggu sesaat, telefon itu sudah pun mula bersambung dengan pihak seberang sana.

"Hello?" Kedengaran jelas suara seorang lelaki melalui corong panggilan itu.

"Littlesweet?" Seru suara itu lagi selepas seruan pertamanya ditinggal tidak berjawab.

"Along..." panggil Naila lirih bersama rintihan kesakitan.

"What's wrong with you, littlesweet? Are you okay? Kenapa suara lain ni?" Tanya Asyraaf dengan nada penuh kerisauan.

"Sakit..." Adu Naila bersama erangan kesakitannya yang dialaminya.

"WHAT?! Sakit dekat mana?!" Tanya Asyraaf bertalu dengan nada yang semakin kedengaran risau.

"Sakit dekat buku lali dengan tumit." Beritahu Naila lirih. Dapat dirasakan darahnya semakin banyak mengalir.

"Allah! Mama dengan papa pergi mana? Takkan diorang tinggalkan awak seorang diri macamtu je?" Tanya Asyraaf dalam kepelikkan. Tak percaya yang Tuan Naim dan Puan Melati sanggup meninggalkan puteri tunggal mereka bersendirian tanpa sesiapa.

"Mama pergi teman papa meeting. Diorang ada ajak tadi tapi Aila tak nak ikut sebab Aila tak larat." Jelas Naila ringkas akan asbab mengapa dia ditinggalkan bersendirian tanpa mama dan papanya.

"Allah...kejap, littlesweet. Biar along call Ku Dyan untuk minta tolong kejap. Awak duduk situ diam-diam, ok?" Beritahu Asyraaf sekaligus mengarah Naila untuk kekal diam dikedudukannya tanpa sebarang pergerakkan

"Baik, along." Balas Naila sambil menahan kesakitan yang semakin perit dirasai.



"Along," panggil Naila sebelum sempat Asyraaf menutup panggilan itu.

"Yes, littlesweet. Why? Dah tak tahan sangat ke?" Tanya Asyraaf risau.

"Kalau along still dan tak matikan telefon ni boleh? Aila takut..." pinta Naila lirih. Sayu kedengaran nadanya digegendang telinga milik Asyraaf.

"Boleh, littlesweet. Along temankan awak sampai selesai semuanya, ok?" Setuju Asyraaf sekaligus memujuk gadis itu.

"Terima kasih, along. Maaf sangat-sangat sebab dah menyusahkan along." Ucap Naila penuh ikhlas. Rasa bersalah sangat dengan jejaka kacak itu. Dia tidak habis-habis mengganggu dan menyusahkan jejaka itu.

"Ni memang tugas along sebagai seorang abang buat awak, littlesweet. Even kita ni tidak sedarah dan sedaging malah tiada langsung pertalian kekeluargaan. Awak tetap seorang adik bagi along yang tarafnya sama macam El. Along sayang awak macam adik kandung along sendiri. Awak dah macam salah satu tanggungjawab yang Allah SWT amanahkan untuk along jaga dan lindungi. Jadi jangan cakap macamtu lagi, ok? Kerana tiada perkataan menyusahkan pun dalam kamus hidup abang bila berkait dengan awak." Pujuk Asyraaf sekaligus menjelaskan status Naila pada dirinya.

"Along..." panggil Naila lirih dan sebak. Bukan kerana rasa sakit akibat luka tetapi kerana ayat yang dituturkan Asyraaf itu.

"Yes, littlesweet," sahut Asyraaf lembut.

"Terima kasih sebab sudi jadi seorang abang untuk Aila walaupun kita tiada sebarang ikatan. Thank you so much." Ucap Naila dengan nada yang semakin jelas kedengaran sebak.

"Welcome, littlesweet along." Balas Asyraaf lembut. Jelas lembut kedengaran nada yang digunakannya itu.

"By the way, along jangan bagitahu abang Zayy eh. Aila tak nak dia risau dan buat perkara yang tak sepatutnya." Pinta Naila penuh berharap terhadap Asyraaf. Dia tahu dan kenal sangat dengan perangai Aayaz yang merupakan bakal tunangnya itu. Jadi dia tidak mahu jejaka itu bertindak diluar jangkaan apabila mengetahui perihal ini.

"Along faham." Balas Asyraaf sekaligus bersetuju dengan permintaan Naila itu. Dia tahu akan sebab kenapa gadis itu ingin merahsiakannya.

Tak lama kemudian,

TOK! TOK!

"Along..." panggil Naila lirih. Rasa takut dengan ketukan pintu yang tiba-tiba itu mula menguasai diri. Badannya mulai menggigil kecil dengan kelopak mata yang juga mulai bergenang.

"Wait," pujuk Asyraaf sepatah. Panggilan diantara mereka berdua masih kekal bersambung. Dengan segera Asyraaf membuka chat whatsappnya.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now