Bab 70

185 6 0
                                    

       "Caro," panggil Aayaz lembut sebaik sahaja mereka selesai bersalaman selepas solat isyak.

"Ya?" Sahut Naila.

Diturutkan sahaja permintaan suaminya melalui pergerakkan itu. Tubuhnya segera mendekat sehingga kedua belah lutut mereka berlaga selepas kedua belah tangan besar Aayaz naik menarik kedua belah lengan Naila. Ditarik mendekat supaya lebih senang untuk berbicara perihal yang ingin diajukannya.

"Kalau abang nak tanya sikit boleh?" Tanya Aayaz lembut sekaligus meminta izin kepada isterinya. Sedari tadi kedua belah tangannya setia menggenggam erat kedua belah tangan Naila sebaik sahaja mereka merapat.

"Boleh. Abang nak tanya apa?" Balas Naila sekaligus menyetujui permintaan izin daripada suaminya. Seiring dengan kedua belah tangannya yang naik membalas kembali dengan tidak kalah erat genggaman tangan suaminya.

"Awak sayang dan cintakan abang?" Tanya Aayaz selepas mendapat keizinan daripada isterinya.

"Ya Allah, abang. Kenapa tanya soalan macam ni? Abang tak percayakan saya ke?" Tanya Naila kembali tanpa membalas pertanyaan daripada suaminya. Dibiarkan sahaja pertanyaan itu berlalu tanpa sebarang jawapan.

"Bukan tak percaya, caro. Dengan nama Allah SWT, abang cuma nak tahu je dan memang takde niat lain disebaliknya." Balas Aayaz sekaligus menafikan pertanyaan yang diajukan isterinya.

Sekalipun dia tidak pernah meletakkan sebarang rasa sangsi atau keraguan terhadap isterinya. Malah, setiap masa hanya rasa kasih sayang, cinta dan kepercayaan sahaja yang bermekaran didalam hati dan fikirannya.

"Saya sentiasa sayang dan cinta sangat-sangat dengan suami saya ni. Dia bukan sahaja merupakan planet saya tetapi dia juga merupakan syurga buat saya. Dialah pembimbing, pelindung dan penunjuk arah untuk saya melangkah mencari keredhaan Allah SWT. Pimpinan tangan dia membuat saya sentiasa rasa tenang dan bahagia bila bersama. Saya sayang dan sangat mencintai sehingga hati saya menyimpan satu rasa iaitu rasa takut untuk kehilangan kebahagiaan yang dikecapi sekarang. I really love you so much, il mio pianeta." Luah Naila sekaligus menjawab pertanyaan awal suaminya tadi.

Sedari tadi iris hazel Aayaz setia memanah tepat ke dalam iris mata isterinya. Sedaya upaya berusaha menangkap dan menghadam segala butir bicara yang diluahkan isterinya bagi mencari kebohongan disebaliknya. Namun hampa apabila dia tidak menjumpai secalit pun kebohongan dalam luahan itu dan jelaslah ia merupakan satu luahan jujur.

"Kesayangan abang nak sembuh macam dulu balik tak?" Tanya Aayaz ingin tahu. Dia tetap menginginkan jawapan daripada tuan empunya badan meskipun dia sudah dapat mengagak jawapan yang bakal diluah isterinya daripada awal lagi.

"Nak!" Balas Naila tanpa menunggu sesaat. Nadanya jelas kedengaran bersungguh-sungguh dan penuh berharap.

"Ok...Kalau abang nak minta persetujuan awak akan sesuatu pula kali ni, boleh?" Tanya Aayaz lagi. Meminta izin.

"Boleh." Balas Naila sekaligus mengiyakan lagi bagi pertanyaan daripada suaminya. Berdebar-debar rasa hatinya saat ini menunggu permintaan yang bakal terluah daripada suaminya tidak lama lagi.

"Abang nak caro terima niat baik seorang insan ni boleh? Dia memang dah berniat nak dermakan kornea mata dia dekat isteri abang ni dan dia dah minta izin abang daripada hari tu lagi." Pinta Aayaz lembut. Sedaya upaya dia cuba menyusun ayatnya tadi sebelum meluah keluar supaya tidak menjadi sebarang isu nanti.

"Siapa insan tu?" Tanya Naila ingin tahu.

"Kalau abang nak awak terima terus tanpa sebarang pembongkaran identity, boleh?" Pinta Aayaz lagi dengan nada yang sangat lembut. Dibiarkan sahaja berlalu pertanyaan isterinya dibawa udara penghawa dingin didalam bilik solat mereka.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now