Bab 49

160 8 0
                                    

       "Kau lupa kedudukan Hell's Killer dalam UTK dan VAT69, Yaz. Kau lupa kedudukan aku dalam majlis tertinggi. Aku ada hak dan berkuasa dalam memberi sebarang arahan dalam unit khas PDRM. Termasuk memberi arahan dan kelayakan untuk kau balik." Peringat Asyraaf akan kedudukannya didalam kedua-dua unit khas PDRM.

Malah lebih tinggi daripada tiga yang lain dalam Hell's Killer. Setiap arahan dan keputusannya perlu diikut tanpa sebarang bantahan. Sesiapa yang membantah akan menerima hukuman yang dia tetapkan. Kedudukannya tidaklah sehebat dan setinggi Tengku Adyan tetapi cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja merasa gerun bila berhadapan dengannya.

Mereka tidak terlalu gerun dengan pangkat yang dipegang. Tetapi mereka berasa sangat gerun dengan kehebatan, ketangkasan dan keistimewaan yang dimiliki oleh seorang jejaka kacak bernama Asyraaf Hazeeq bin Aisy Faleeq. Hanya tiga ahli Hell's Killer yang lain sahaja yang berani berhadapan dengan jejaka kacak itu.

"Zeeq..." lirih Aayaz memanggil. Mata kekal memandang sayu ke arah wajah kacak milik sahabatnya itu.

"Aku arahkan kau untuk balik sekarang, supt. Zayn. Tiada sebarang bantahan yang akan diterima." Muktamad Asyraaf dengan nada tegas dan penuh tekad. Tiada secalit senyuman yang terukir dibibir nipis itu.

"Menurut perintah, leftenan supt. Haez!" Terima Aayaz akan arahan yang diberi Asyraaf tadi. Tangan kanan terus naik mentabik hormat kepada ketuanya itu.

"Kau pergi buat apa yang patut dulu, lepastu terus tunggu dekat kereta aku. Aku ada hal nak diselesaikan kejap. Nanti aku terus menyusul kau." Arah Asyraaf dengan nada biasa. Tubuh terus dipusing ke kanan. Namun dia kembali kaku berdiri sebelum sempat dia hendak memulakan sebarang langkah apabila ditahan dengan pertanyaan yang diajukan.

"Kau ikut aku balik kedah sekali ke, Zeeq?" Tanya Aayaz. Membuatkan Asyraaf tidak jadi melangkah pergi ke tempat dia ingin dituju.

"Ha, aku ikut kau balik kedah sekali. Kau tak mampu nak drive sendiri dengan emosi kau yang tak stabil sekarang ni, Yaz. Lagipun aku sendiri pun takkan lepaskan kau balik sendiri dengan keadaan macamni walaupun kau merayu sampai tangisan berdarah sekali pun." Balas Asyraaf sekaligus memberi penjelasan akan jawapannya itu.

"Dah, kau pergilah kemas barang kau yang nak bawa balik tu dulu. Aku terus susul kau lepas selesai semua urusan aku nanti. Tenangkan diri kau tu, kau pun bukannya sihat sepenuhnya lagi." Arah Asyraaf sekali lagi. Tangan kanannya terus naik menepuk perlahan bahu sahabatnya itu bersama dengan senyuman nipis yang terukir khas dibibirnya.

Aayaz hanya mampu mengangguk tanpa sebarang bicara. Rasa sebak bercampur rasa terharu dengan segala yang dituturkan dan dilakukan oleh Asyraaf buatnya. Terlalu banyak jasa dan budi yang dihutangnya. Dan dia tidak tahu bagaimana hendak membalas kembali. Bukan kerana tidak tahu atau tidak mampu kerana dia yakin yang jejaka kacak itu tidak akan menerima sebarang bantuan selagi mana dia masih mampu melakukan sendiri.

"Nah pegang satu kunci kereta aku ni. By the way, jangan lupa call parents kau dan inform perihal ni. Aku yakin yang diorang pun tak tahu lagi tentang perkara yang menimpa Aila sekeluarga sekarang ni." Serentak tangan kanan Asyraaf naik menghulurkan kunci pendua kereta Audi Rs7 Sportback miliknya. Sempat dia menghadiahkan satu senyuman nipis buat sahabatnya itu sebelum berlalu pergi.

Tanpa menunggu sesaat, Aayaz terus melekapkan kembali telefonnya ke telinga. Menyambung kembali panggilan diantara dia dan Naila. Satu nafas panjang ditarik sebelum kembali berbicara. Supaya hatinya berasa sedikit tenang.


"Dear?" panggil Aayaz lembut.

Esakkan daripada Naila daripada seberang sana membuatkan mata Aayaz kembali terpejam rapat. Menahan rasa sebak dan sakit yang bersatu dihati. Rasa seperti seorang lelaki yang tidak berguna apabila membiarkan seorang perempuan menangis tidak henti dan langsung tidak melakukan sebarang tindakan bagi menghentikannya. Rasa seperti seorang teman lelaki yang juga bakal tunang yang teruk dan bodoh buat seorang Naila Ayana.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now