Bab 19 Roh Tihah

241 40 9
                                    

Sambung.....

Aku terus menangis dan memanggil nama Tihah.

"Sabar Hady... jangan macam ni. Seksa jenazah nanti..." Tuan Fatih menasihatkan aku.

Selepas asar, jenazah Tihah, isteriku dikebumikan. Aku lah orang paling sedih ketika itu. Aku rasakan masa berjalan begitu cepat, sehingga aku benar-benar tidak percaya Tihah sudah tiada.

Semua orang sudah beredar dari tanah perkuburan. Hanya tinggal aku dan Tuan Fatih sahaja di situ. Aku masih tidak mampu untuk berjauhan dengan Tihah.

Guruh berbunyi tiba-tiba. Langit gelap. Menandakan hari akan hujan.

"Jom balik. Esok datang lagi. Nanti kena hujan, demam pula..." Aku terdengar suara Tuan Fatih. Lelaki yang tidak pernah menyalahkan aku. Malah tetap membantu mengurangkan rasa sedih ku.

Dia membantu aku untuk bangun. Dia membawa aku pulang ke rumahnya juga. Malah semua hal berkaitan majlis kenduri tahlil, dia uruskan. Dia seorang ayah yang kuat. Aku pula, sebagai suami... terasa amat lemah. Hingga makan pun aku abaikan hari ini.

"Makan sikit. Nanti perut masuk angin... macam mana nak kerja esok...." Dia lagi yang memujuk aku. Berserta meletak pinggan berisi nasi, lauk dan sayur serta meletak segelas air.

Aku terus memeluk pinggangnya dan menangis lagi. "Maafkan saya abah... saya menyesal..."

"Abah maafkan... dah lah tu. Perkara dah jadi. Semua ni ujian untuk kita..."

Aku begitu kagum dengan Tuan Fatih. Dia tidak menjaja keburukan aku. Dia menutup rapat hal aku, Lia dan Tihah.

Malah, bila orang bertanya-tanya perihal Tihah, tidak sedikit pun Tuan Fatih bocorkan bahawa Tihah hamil. Yang tahu hanya dia, aku, arwah Tihah dan doktor. Pada ibu mertua ku pun Tuan Fatih tidak ceritakan kerana takut ibu mertuaku bertambah sedih.

Bila orang bertanya mengenai Lia pula, Tuan Fatih tetap bersikap yang sama. Bagi Tuan Fatih menceritakan sesuatu keburukan yang ada pada orang itu, merupakan mengumpat. Jika menceritakan sesuatu yang tidak betul pula, merupakan fitnah. Mengumpat dan fitnah itu kan berdosa. Lagipula Tuan Fatih sudah memaafkan Lia. Oleh itu dia tidak mahu menjaja kisah Lia lagi.

***

Selepas majlis tahlil, aku meminta diri untuk pulang ke kediamanku di kem.

Sampai di rumahku, aku terus masuk ke bilik Tihah. Aku duduk di atas katil Tihah dan bermenung sambil melihat gambar perkahwinan kami.

Setelah itu, aku mandi, solat isya' dan tidur.

Aku mengambil keputusan untuk tidur di bilik Tihah. Berharap dapat mimpikan Tihah.

Baru beberapa jam Tihah pergi, aku sudah terlalu rindu kepadanya. Aku menangis lagi. Aku memanggil-manggil lagi nama Tihah.

"Maafkan abang Tihah...."

"Maafkan abang Tihah..."

Aku berkata begitu sehinggalah aku tertidur entah pukul berapa.

Aku tersedar dari tidur oleh bunyi kokokan ayam. Entah sejak bila ada ayam dalam kem itu. Atau mungkin ada ayam orang kampung yang sesat masuk ke dalam kem.

Aku masih teringat jenazah Tihah yang berbalut kain putih.

"Tihah... sampai hati tinggalkan abang..." Bangun bangun sahaja, terus aku sebut nama Tihah. Aku boleh jadi gila macam ni.

Seketika, dadaku berdebar.

Tihah muncul. Kain putih menyelubunginya. Hanya nampak wajah Tihah sahaja. Dia berdiri di muka pintu bilik. Kemudian berjalan perlahan-lahan masuk ke bilik, mendekati aku. Wajah Tihah basah.

Bila Hati Memilih Dia (Tamat)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora