Sambung....
Aku melangkah dengan penuh debaran di sepanjang koridor wad. Langkah aku laju. Aku sudah mendapatkan maklumat wad mana yang Tihah duduki.
Tihah berada di wad kelas pertama, wad medikal. Aku tidak tahu bagaimana Tihah boleh masuk ke wad itu, sedangkan dia bukan kakitangan kerajaan. Aku tidak mahu ambil pusing hal itu. Yang penting aku hendak jumpa Tihah.
Langkah aku terhenti di pintu wad. Aku cuba kawal perasaan takut. Dengan ucapan Bismillah, aku masuk ke wad itu. Berdoa agar aku dibenarkan melawat Tihah. Maklumlah waktu melawat pun aku tidak tahu bila tamat. Tapi, yang aku tahu sekarang sudah lewat petang. Sebentar lagi mungkin akan masuk waktu maghrib.
"Encik nak melawat siapa?" Seorang jururawat di kaunter menyoal aku.
"Saya nak melawat Nur Alia Fatihah..."
Jururawat itu memeriksa sesuatu di dalam sebuah fail.
"Encik siapa dengan pesakit?"
"Saya bekas suaminya..." Aku berterus terang.
"Waktu melawat dah tamat dah, encik..." Jururawat berkata kepada aku, kemudian dia berpaling kepada kawannya lalu meminta pendapat, "emmbb... macam mana ye...?".
"Bagi je lah dia masuk... pesakit tu pun dah end stage..." Aku terdengar kawan jururawat itu berbisik kepada jururawat yang menyoal aku itu.
Hati aku jadi walang. Benarlah Tihahku sakit tenat.
"Masuklah encik... bilik nombor empat..." Jururawat itu membenarkan aku melawat Tihah. Syukur. Aku segera menuju ke arah bilik yang ditunjukkan oleh jururawat itu.
Aku menolak pintu bilik itu perlahan. Kelihatan Tihah sedang bersandar di kepala katil. Tihah seorang diri. Aku memberi salam.
Tihah merenung ke arah aku, seperti dia tidak percaya yang aku datang. Mulutnya bergerak seperti menjawab salam aku.
Dan aku pula, aku rasa ingin rebah. Tihah begitu kurus. Wajah Tihah pucat.
Seketika kemudian, air mata Tihah mengalir setelah dia pasti yang datang itu adalah aku. Aku tidak dapat menahan diri aku lagi. Aku tahu ini berdosa. Tapi aku tidak mampu. Aku terus meluru kepada Tihah dan memeluknya.
Ya Allah, ampunkan aku.
"Tihah rindu abang." Ucap Tihah. Suara Tihah seperti setitis air yang menyirami hatiku yang kering dan sakit.
"Abang juga rindu Tihah..." Balasku. Tubuh kurus Tihah semakin erat dalam pelukan aku.
Mungkin 5 minit aku dan Tihah begitu.
Sedar, perbuatan kami itu adalah satu kesalahan, aku lepaskan pelukanku. Aku memegang bahu Tihah. Aku teliti wajah Tihah yang pucat. Aku teliti lengan Tihah. Banyak kesan lebam. Mungkin kesan jarum suntikan.
"Kenapa Tihah tak call abang? Sekurang-kurangnya beritahu lah abang yang Tihah sakit..."
Tihah tundukan kepala. "Tihah takut ganggu abang dan kak Lia..."
Automatik hati aku jadi pedih bila nama Lia disebut lagi.
"Abang dah berpisah dengan dia..." Ucapku tanpa mahu selindung.
"Tihah tahu..." Balas Tihah.
Aku tidak mahu bertanya banyak. Dari mana Tihah tahu atau siapa beritahu. Fokus aku sekarang adalah sakit Tihah. Aku akan berjumpa doktor untuk mengetahui benarkah Tihah sudah tidak boleh diselamatkan.
"Tihah dah makan malam belum..." Soalku bila azan maghrib berkumandang.
"Belum. Selalunya pukul 8 malam, abah datang bawa bubur untuk Tihah."

YOU ARE READING
Bila Hati Memilih Dia (Tamat)
RomanceMengisahkan perjuangan seorang lelaki yang berjuang untuk realisasi cintanya pada seorang gadis.