Bab 33 Restu

216 38 7
                                    

Sedikit nota: Saya akan republish cerita lain seperti yang readers minta. Tapi satu-satu selepas satu cerita yang lain tamat. Saya tak nak readers pening kepala jika banyak sangat cerita saya republish dalam satu masa.

Sambung....

Disuap bubur oleh isteri.... tidak ku sangka hal ini menjadikan aku rasa gembira dan senang bersamaan. Hinggakan aku tidak mampu berkata kerana terlalu senang hati.

Tihah pun tidak berkata apa-apa. Dia asyik suap aku dari tadi. Aku pun asyik buka mulut menerima suapannya.

Klek!

Pintu bilik rawatan yang menempatkan aku terbuka. Oh ya, aku masih belum tahu di hospital mana aku berada. Aku ditempatkan seorang diri di dalam satu bilik. Bilik ini ada sofa untuk tetamu. Sebuah bilik sederhana besar yang mempunyai tandas di dalamnya.

Di muka pintu muncul umi dah ayah aku serta ibubapa mertua aku. Di tangan ibu mertuaku ada bungkusan yang berisi bekas plastik. Seperti mengandungi makanan. Mungkin makanan untuk makan tengahari Tihah.

Serta merta Tihah menghenti suapannya lalu bangun dari sisi katil. Mangkuk bubur diletakkan di atas meja tepi katil. Aku pula terus berdebar. Takut bapa mertua aku persoalkan hal perceraian.

"Abah... ibu...." Tihah terus bergerak ke arah ibubapanya dan bersalaman.

"Umi... ayah..." Kemudian Tihah berpaling ke arah ibubapaku dan bersalaman juga.

Aku, terpaku di katil. Hendak bergerak badan aku masih terasa sakit. Malah sebenarnya rasa sedikit pening juga.

Umi aku memeluk Tihah dengan lama sekali. "Terima kasih jaga anak umi...." Aku terdengar ucapan itu dari ibuku kepada Tihah. Air mata ibuku mengalir apabila dia memandang aku.

"Tihah yang beritahu tadi kamu dah sedar..." Tuan Fatih mengeluarkan suaranya setelah sekian lama memandang aku.

Aku tak tahu tak kata apa. Aku begitu risau mengenai hubungan suami isteri aku dengan Tihah.

Mereka merapati katil. Aku memperbaiki kedudukan aku. Tihah membantu membetulkan kedudukan bantal di belakang aku.

"Ady rasa macam mana? Ok ke?" Ibu ku bertanya sambil menyentuh bahu kiriku yang tidak cedera.

"Ady ok umi... cuma bahu kanan ni je... doktor kata mungkin dua minggu lagi baru boleh keluar wad..." aku menerangkan.

"Lain kali kalau ada apa-apa hal, beritahu yang lain. Jangan buat tindakan sendiri. Itu nasib peluru kena bahu. Kalau kena kepala atau dada, macam mana..?" Tuan Fatih mula mengomel aku.

Aku menunduk cuba muhasabah diri. Aku tahu pada masa kejadian aku berada dalam keadaan serabut dan tidak dapat nak berfikir dengan betul. Oleh itu apabila berlaku tekanan sebegitu, sudah tentu aku jadi panik. Tihah isteri aku kan... memang aku akan bertindak cepat.

"Masa tu saya hanya fikirkan keselamatan Tihah..." Aku cuba menerangkan.

"Kami tahu... tapi tindakan kamu itu membahayakan nyawa Tihah dan nyawa kamu.... sebagai anggota PGA, kamu seharusnya tidak panik macam tu..." Tuan Fatih masih tidak faham hati ku.

"Abahh... dah la tu. Abang Ady baru je sedar. Lagipun Tihah dan abang ady kan dah selamat...." Tihah cuba membela aku.

Terimakasih, sayang.

Hampir 30 minit juga ibubapaku dan mertua aku melawat. Dari mereka lah aku ketahui rupanya semasa aku pergi menyelamatkan Tihah, kawan baik ku dan beberapa anggota pasukan ku mengesyaki sesuatu apabila mereka melihat keadaan aku yang terburu-buru dan kelam kabut sampai jatuh tersungkur semasa hendak pergi ke motorsikal aku.

Bila Hati Memilih Dia (Tamat)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang