Sambung....
Hady dan Tihah terus berada di Kuala Lumpur. Mereka masih lagi menerima perawatan di sana. Sudah masuk minggu ke tiga mereka di sana.
Keadaan Hady sudah beransur baik. Pada bila-bila masa sahaja dia boleh dibenarkan discaj. Tetapi Hady masih kekal di Kuala Lumpur kerana Tihah. Tihah masih perlukan rawatan, kauseling dan sokongan dari pakar psikologi sebelum boleh didiscajkan dari wad.
Malah, ada ubatan-ubatan yang perlu Tihah ambil sepanjang hayatnya. Semoga Tihah berjaya di dalam perawatannya dan juga berjaya di dalam rumahtangga yang dibina buat kali ke dua bersama lelaki yang sama.
Tihah tidak meminta terlalu tinggi dalam hidupnya. Baginya... bahagia itu hanyalah meminta perkara-perkara yang sederhana sahaja.
Tihah tahu tahap kemampuan Hady... seorang penjual burger jalanan.
Hady beruntung mempunyai keluarga mertua yang masih mahu menerima dirinya walaupun pernah melakukan kesalahan. Dia masih dilayan dengan baik oleh Tuan Fatih.
Dia juga beruntung mempunyai kawan sebaik Zafran dan abang ipar seperti Faizul. Faiz tolak ketepi kerana lelaki itu masih memberi kata-kata amaran kepadanya jika adiknya disakiti lagi.
Hady menggeleng kepala mendengar kata-kata amaran dari Faiz. Mana mungkin dia lakukan. Dalam diri Tihah ada organnya. Sakitkan Tihah, bermakna dia sakitkan dirinya sendiri.
Berbalik kepada Zafran dan Faizul, buat masa ini mereka lah yang menguruskan gerai burgernya. Mereka menguruskan dengan cara mereka. Hady tidak tahu macam mana. Tetapi gerai itu tetap beroperasi seperti kebiasaannya. Bukan apa, takut Hady hilang pelanggan pula jika ditutup terlalu lama.
***
Adelia menarik baju sejuk yang berbulu tebal bagi menutupi tubuhnya yang kesejukan. Dia kini sedang berjalan-jalan di dalam sebuah mall bersama seorang lelaki.
"Bie... I nak beli beg..." ujar Adelia sambil menarik tangan lelaki itu masuk ke dalam sebuah kedai beg yang terkenal di mall itu.
Mereka sebenarnya sedang berada di kota London. Sekarang musim dingin.
"Bie... I nak beg ni..." Adelia menunjukkan sebuah beg yang berjenama mahal kepada lelaki di sisinya.
"Ambil lah..." Lelaki ini berupaya memenuhi kehendak Adelia kerana dia mampu.
"Thank you bie..."
Adelia begitu gembira. Ternyata tidak salah keputusannya meninggalkan Hady. Namun jauh di hati Adelia, dia amat kesal dengan tindakan bodoh Hady menderma buah pinggang kepada Tihah. Adelia merasa itu adalah satu pergorbanan yang besar. Beberapa kali juga Adelia menghubungi Hady supaya lelaki itu membatalkan niatnyanya. Tetapi ternyata gagal.
Bodoh, jerit hati Adelia. Dia sempat berfikir, jika dia yang alami sakit seperti Tihah, adakah Hady akan berkorban begitu.
"Sayang... kenapa termenung pula? Tak jadi ke ambil beg tu?"
"Ehh... jadi..." Adelia terus mengambil beg tersebut dan menuju ke kaunter bayaran diikuti oleh lelaki itu.
Tanpa mereka sedari seseorang sedang memerhatikan mereka.
Adelia sudah lama hidup susah. Hidup menumpang orang. Dia mencintai Hady. Tetapi ternyata Hady bukan lelaki yang boleh memberi kesenangan. Dia ingin hidup mewah dan senang seperti orang lain. Dia sangkakan Hady akan berjaya dan mereka akan hidup berbahagia. Ternyata Hady salah langkah. Adelia kecewa dan malu.
Adelia malu kerana Hady seorang bekas banduan. Adelia malu Hady hanya mampu menjadi penjual burger.
Dengan kecantikannya, Adelia kini mampu memiliki kesenangan yang dihajati iaitu sering bercuti ke luar negara dan membeli barangan berjenama yang mahal.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bila Hati Memilih Dia (Tamat)
RomanceMengisahkan perjuangan seorang lelaki yang berjuang untuk realisasi cintanya pada seorang gadis.