Bab 36 Adelia

213 35 3
                                    

Sambung....

Cinta ini terlalu menyakitkan bagi Adelia. Adakah kerana Tihah anak orang berpangkat, maka kekasihnya berpaling kepada Tihah. Rasanya itu sungguh tidak adil apabila cinta juga memandang status pasangan.

Adelia tidak dapat menerima kekasihnya itu mungkir janji.

Bukankah Hady telah berjanji akan meninggalkan Tihah. Adelia hanya diberi kegembiraan sesaat. Kes Tihah diculik telah membuatkan Hady hilang arah.

Adelia merasa amat sakit hati bila mengetahui Hady telah mulai sayangkan Tihah. Dia sangka Hady hanya berpura-pura kerana ingin mendapat perhatian dari Tuan Fatih. Tapi tidak rupanya.

Sejak bila Hady mencintai Tihah? Adelia memang tidak menyangka hal itu akan terjadi. Rasanya dia lebih cantik dari Tihah. Tapi mengapa Hady terpikat kepada Tihah.

"Aku tak akan lepaskan kau.... penipu." Adelia merasa dia ditipu oleh Hady.

"Dan kau Tihah, sama macam ibu kau. Perampas..." Tuding Adelia pada skrin telefonnya yang ada gambar Tihah.

Adelia mendapat cerita dari ibunya bahawa ibu Tihah merampas Tuan Fatih darinya pada suatu masa dahulu. Jika tidak, pasti mereka hidup bahagia dengan Tuan Fatih. Jika itu terjadi, sekarang ini, sudah tentu dia anak Tuan Fatih, dan Tihah mungkin tidak ujud. Jika Tihah ujud pun mungkin jadi anak orang lain.

Adelia berfikir, mungkin kes ibunya sama seperti kesnya sekarang.

Jadi, Tuan Fatih dan Tihah perlu menerima balasan yang setimpal ke atas apa yang terjadi kepada ibunya dan juga dia. Ibunya derita kerana ayahnya tidak bertanggungjawab serta kaki pukul. Ayah dan ibunya bercerai. Mereka hidup terumbang ambing sehingga dia besar dan mengambil keputusan untuk tinggal bersama emak saudaranya. Ternyata majikan emak saudaranya adalah Tuan Fatih. Oleh itu dengan berbagai cara dia cuba memasuki keluarga itu.

Bila waktu terluang dia akan masuk ke rumah Tuan Fatih untuk berbual dan menolong melakukan semua kerja rumah.

Sehinggakan, Tuan Fatih dan isterinya mula sayangkan dirinya dan mereka bersetujui membiayai pelajarannya. Adelia dapat rasakan Tuan Fatih tahu bahawa dia adalah anak bekas kekasihnya. Pandai Tuan Fatih sembunyikan hal itu. Ternyata lelaki memang banyak rahsia dan suka penipu serta tidak setia. Begitulah anggapan Adelia kepada Tuan Fatih dan Hady.

"Bapa mertua dan menantu sama je... kaki perempuan..." cemuh Adelia geram.

Kesakitan hati Adelia semakin bertambah adalah berpunca dari pemergian Hady dan Tihah ke Bali untuk berbulan madu. Adelia tidak dapat menerima hal itu.

"Dah tu ada hati pula nak kenal aku pada kawan dia. Apa dia ingat aku kebulur lelaki sangat ke?" Adelia bertambah rasa sakit hati kerana hal ini.

Seminggu Hady dan Tihah di Bali, maka seminggu juga Adelia memohon cuti dan kembali kepada ibunya di Teluk Intan.

Dia mencurah semua masalahnya kepada ibunya.

"Lia buatlah apa yang Lia fikir betul...." Ibunya memberi sokongan.

Dia sebagai ibu yang pernah kecewa kerana cinta, dia turut merasa Adelia perlu perjuangkan Hady hingga berjaya. Dia tidak mahu anaknya itu kecewa sepertinya. Dia pernah berjumpa Tuan Fatih selepas perceraiannya. Ingatkan boleh berhubung semua. Tetapi Tuan Fatih lebih memilih untuk setia kepada isterinya. Isteri yang dipilih oleh keluarga lelaki itu.

"Lia akan usaha ibu...."

Pada pusingan pertama, ibunya gagal. Tetapi pada pusingan kedua, Adelia tidak akan biarkan dirinya gagal kepada keturunan Tuan Fatih. Kali ini, dia akan pastikan Tihah yang gagal. Biar Tihah tahu bagaimana rasa sakit hati dan kecewa dalam hidup. Kira adil lah kan, Tihah hidup susah dan kecewa, setelah sekian lama hidup bersenang lenang dan bahagia.

"Abang Ady kenalkan Lia kepada kawannya, Zafran...." Adelia memberitahu ibunya.

"Ohh... jadi Lia ada jumpa tak Zafran tu?"

"Ada lah dua kali..."

"Ok tak orangnya? Berpangkat tak?"

"Orangnya ok, ibu. Tapi tak berpangkat sangat. Anggota bawahan abang Ady..."

"Ooo..." Suara ibunya terdengar tidak teruja akan fakta itu.

Adelia berjumpa Zafran sekadar ingin menunjukkan bahawa dia sudah move on kepada Hady. Dia juga lakukan itu supaya Hady dan Tihah dapat menerima dirinya semula dikalangan mereka.

Buktinya, sudah beberapa kali dia hadir ke rumah pasangan itu untuk makan tengahari dan solat sebelum masuk semula berkerja pada pukul 2 petang.

Dan, Hady pun sudah mula mahu berbual dengannya walaupun ada sedikit rasa canggung.

Yang menyakitkan telinganya adalah bila mendengar Hady memanggil Tihah sayang.

Adelia rasa ingin menjerit saat itu. Pandangan mata Hady kepada Tihah juga ada sinar kasih sayang.

"Bencinya aku..." Adelia merasa tidak tenang.

Dia tidak sabar menunggu kepulangan pasangan itu dari Bali. Jika dia boleh terbang, rasanya mahu dia terbang ke sana. Dia ingin tahu apa aktiviti pasangan itu selama seminggu di sana.

Adelia mengetap bibirnya bila mengenang semua kebaikan dan janji janji Hady kepadanya. Dia akan menuntut tiap-tiap janji yang Hady lafazkan. Ini Adelia.... biar berputih tulang dia akan berjuang.

Adelia menyalakan sebatang rokok dan menghisapnya. Asap rokok itu kemudian dilepaskan perlahan-lahan. Dia merasa tenang bila melihat kepulan asap yang dilepaskan ke udara.

"Heh... merokok membahaya kesihatan konon..." Omelnya sambil melihat pembungkus rokok itu.

Dia menyedut lagi rokok itu.

"Dah tau bahaya siapa suruh jual... saja nak bunuh orang agaknya... hi hi hi..." Adelia ketawa sendiri.

Dia memandang ibunya yang juga sedikit lalok selepas merokok. Dia sedih akan keadaan ibunya. Semua kerana Tuan Fatih. Dan sekarang dirinya kerana Hady. Memang keluarga Tuan Fatih perlu diberi pelajaran.

Bersambung..... maaf jika typo. Habis story ni , In Syaa Allah baru saya update story yang lain. Tq.

Bila Hati Memilih Dia (Tamat)Where stories live. Discover now