Sambung....
Aku membuka mata perlahan-lahan. Kepala aku masih terasa berat dan pening. Aku masih berbaring di sofa, di ruang tamu. Aku cuba ingati apa yang terjadi malam tadi. Aku ingat, sebelum aku jatuh kerana pening, ibu mertuaku marah-marah. Lia pula berkeras hendak ikut ibunya.
Adakah Lia betul-betul pergi tinggalkan aku?.
Aku terus bangun. Memandang sekeliling. Sunyi sahaja. Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi.
Ya Allah, begitu lama aku tertidur. Mungkin kesan ubatan sakit kepala yang aku ambil petang semalam.
"Liaa!" Aku memangil Lia. Tapi tiada jawapan.
Aku bangun mencarinya di bilik kami. Lia tiada. Ibu mertua ku juga tiada. Aku merasa tidak tenteram. Aku melangkah ke arah almari yang mana pintunya terbuka.
Hatiku merasa kecewa. Lia betul betul pergi. Semua pakaiannya tiada. Aku terduduk di depan almari itu. Sampai hati Lia meninggalkan aku dalam keadaan aku tidak sihat. Badanku masih terasa panas.
Aku gagahi juga untuk mandi. Kemudian aku bersiap-siap. Aku hendak menjemput Lia pulang. Aku yakin Lia berada di rumah ibu mertuaku.
Dalam keadaan kesihatan aku yang belum baik, aku menunggang motorsikalku ke rumah ibu mertuaku.
Dalam masa 45 minit aku sampai di rumah ibu mertuaku. Ada kereta Lia di laman rumah. Dan ada sebuah kereta BMW juga. Pasti kereta lelaki keparat itu.
Aku turun dari motorsikalku dan melangkah laju ke pintu rumah ibu mertuaku. Walau dalam keadaan marah, aku tetap memberi salam.
"Waalaikumussalam... hah! Kau datang sini buat apa!?" Ibu mertuaku menyambut kedatanganku dengan wajah kelat.
"Maaf ibu. Saya nak bawa Lia pulang..." Kataku sambil meninjau ke ruang tamu. Ada lelaki tua itu sedang minum. Lia tiada.
"Amboi senang nya. Kau ingat aku nak bagi anak aku ikut kau. Kau ingat aku nak biar anak aku kena pukul dengan kau..." Ibu mertua aku bercekak pinggang di depan muka pintu. Jemput aku masuk pun tidak.
"Saya tahu itu salah saya..." Aku akui salah aku menampar Lia petang kelmarin.
"Lia tak nak ikut dia balik ibu...." Tiba-tiba Lia muncul dan berkata begitu.
"Kau dengar tu... Lia pun tak nak ikut kau balik...." Balas ibu mertua ku sambil menjeling tajam kepada aku.
Aku renung Lia. Kemudian kepada lelaki tua itu. Lelaki itu senyum sinis kepada aku.
"Lia masih isteri abang.... Lia tak kesian ke kat abang?" Aku tidak tahu mengapa aku masih hendak harapkan Lia.
"Ehh ehh kau dengar sini Hady, aku dan Lia tadi dah ke pejabat agama. Kami dah laporkan hal kau pukul dia. Nanti mereka akan hantar borang kepada kau..."
"Borang apa tu, ibu... Lia?" Aku panik.
"Kau jangan buat tak faham. Borang apa lagi. Borang cerai la...." Lancar sungguh ayat itu dari mulut ibu mertuaku.
"Liaa...." Aku tidak percaya. Lia tetap berdiri di belakang ibunya.
"Kau jangan macam macam dengan Lia lagi. Jika tak, aku akan lapurkan kepada polis yang kau pukul anak aku..."
"Masa bila saya pukul Lia?" Yang aku ingat aku hanya tampar pipi Lia sahaja.
Tiba-tiba masuk notifikasi ke dalam telefon aku. Aku memandang ibu mertua aku dan Lia. Segera aku mengeluarkan telefon aku. Mesej bergambar dari Lia rupanya.
Lia mengirim gambar pipinya yang merah ditampar oleh aku petang semalam dan juga lebam pada tangannya yang ditarik oleh aku semasa menyeret dia keluar dari hotel sebulan yang lepas. Lia menyimpan semua itu sebagai bukti bahawa aku telah berkasar dengannya.

YOU ARE READING
Bila Hati Memilih Dia (Tamat)
RomanceMengisahkan perjuangan seorang lelaki yang berjuang untuk realisasi cintanya pada seorang gadis.