Bab 53 Tangisan Seorang Lelaki

276 54 11
                                    

Sambung....

Sudah seminggu berlalu. Tihah masih begitu. Masih belum sedarkan diri. Aku pula sudah dibenarkan bergerak bebas oleh doktor. Perkara pertama yang aku lakukan adalah melawat Tihah.

Keluarga aku membimbing aku keluar dari wad untuk melawat Tihah yang masih berada di unit rawatan rapi. Aku sudah dipindahkan ke wad biasa. Namun masih dipantau keadaan aku. Kata doktor aku akan dipantau sehabis kurang mungkin dua minggu. Tihah pula mungkin akan mengambil masa yang lebih lama lagi kerana keadaannya yang kurang stabil.

Aku memegang jari-jari Zulfa. Kasihan anak kami, di saat dia sedang membesar, dia diuji berjauhan dengan ayah dan ibu. Semoga Zulfa menjadi anak yang kuat dan sabar seperti Tihah.

"Ayah ok ke?" soal Zulfa sambil berjalan di sebelahku.

"Ayah ok... ayah dah sihat...."

"Ayah... papa cakap ayah ada satu buah pinggang je. Papa cakap ayah dah kasi pada ibu satu. Buah pinggang tu apa ayah?"

Aku hendak tergelak. Aku usap kepala Zulfa.

"Nanti, bila ayah dan ibu dah keluar dari hospital... ayah akan terangkan apa itu buah pinggang...."

Zulfa angguk kepala sambil terus berjalan.

Kami sampai di pintu unit rawatan rapi. Aku menoleh kepada keluargaku dan keluarga Tihah. Doktor tidak benarkan Tihah menerima lebih dari seorang pelawat pada satu satu masa lawatan. Malah Zulfa pun tidak dibenarkan masuk.

"Ufa nak tengok ibu..." Zulfa mula merengek bila aku melepaskan tangannya dari jari-jari aku.

"Mana boleh sayang. Ayah janji nanti bila ibu dah sihat, ayah akan bawa Ufa tengok ibu ye..."

Aku sedih bila Zulfa mencemekkan wajahnya. Sedetik kemudian Zulfa terus menangis bila aku mendorong tubuhnya ke arah Tuan fatih.

"Abah tengok Zulfa sekejap ye...." Aku berharap Tuan fatih dapat memujuk Zulfa.

"Kamu pergilah masuk... mana tahu, bila dia dengar suara kamu, dia boleh sedar semula..."

Aku pun masuk ke unit rawatan itu. Aku pekakkan telinga sahaja bila mendengar tangisan Zulfa yang kian menjadi. Sebagai ayah, aku sebenarnya tidak sanggup melihat anak aku menangis begitu.

"Ayahhh....!" Aku mendengar Zulfa memanggil aku. Aku kentalkan hatiku dan terus masuk ke ICU.

Aku menuju ke katil Tihah. Kelihatan Tihah hanya diam di katil. Pernafasannya teratur kerana dijana oleh mesin. Monitor tanda vital juga tenang sahaja, setenang wajah Tihah yang terpejam seolah-olah Tihah seperti sedang tidur. Wajah Tihah kelihatan berseri.

"Assalamualaikum sayang... abang datang..." Aku berbisik ke telinga Tihah.

Tiada respon apa pun dari Tihah. Aku mendudukkan diri aku di kerusi di tepi katil Tihah.

"Sayang... abang harap sayang dengar suara abang. Abang dah sihat. Abang nak Tihah juga sihat. Tihah kuat ya sayang...." Lanjutku sambil meramas jari-jari Tihah yang sedikit sejuk. Mungkin kerana hawa dingin di unit ini.

"Zulfa nak masuk tadi. Dia nak tengok sayang. Tapi tak boleh. Dia menangis kat luar. Abang tak sampai hati tengok Zulfa. Mana pernah dia dan sayang terpisah kan? Sayang... tolong cepat sembuh, demi abang dan Zulfa...." Aku berkata lagi. Aku sedih melihat Tihah tidak memberi reaksi juga.

Aku merenung ke arah beg kencing yang tergantung di tepi katil. Kelihatan ada penghasilan air kencing. Semoga buah pinggang aku tidak direject oleh sistem tubuh Tihah. Aku terlalu mencintai Tihah. Dan aku tahu, Tihah juga mencintai aku. Kami ada kimia yang baik sehingga boleh bersama kembali selepas 5 tahun terpisah.

Bila Hati Memilih Dia (Tamat)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang