Prolog + Bab 1

17.3K 260 31
                                    

PROLOG: PEREMPUAN GILA

"...Like a bitch out of order, like a bat out of hell, like a fish out of water, I'm scared can't you tell? Bang, bang!"

Matanya tepat memandang wajahku. Renungannya kosong. Sudah aku katakan yang aku ni sharp shooter, tapi dia tak mahu dengar. Dia sia-siakan peluangnya dengan memandang rendah pada aku. Selesai; aku menang, game over.

Berani kau, cuba menggali kubur aku kononnya. Tapi sekarang, siapa yang gali kubur siapa? Kesilapan kau yang paling besar di sini ialah apabila aku sangka aku tertipu dengan helah kau selama ni. Ironinya, kau yang masuk jerat aku kan? Percubaan kau untuk memperdayakan aku memang meyakinkan, tapi malang sekali, kau tak kenal aku sebagaimana aku kenal diri kau.

Aku kenalah pura-pura jadi naif dan bodoh-bodoh alang demi pertarungan ini kan beb? Dari mula lagi aku telah dapat baca strategi kau untuk bertindak sebagai pembunuh senyap. Dan satu perkara yang kau harus tahu; aku tak pernah percayakan kau, sedikit pun.

Salah kau sendiri. Apa lagi yang boleh aku katakan? Semuanya kini berbaloi. Perjuanganku dan kesakitanku ada ganjarannya; dendam yang berbalas. Ya, ianya menyakitkan. Tapi aku puas, sekalipun kesakitan yang aku tanggung sekarang juga akan bunuh aku balik.

Kedua belah lututnya jatuh menyembah bumi dan sepasang mata kuyunya masih tetap memandang wajahku. Wajahnya kini sudah basah bermandikan darah merah yang pekat yang mengalir dari dahinya. Bibirnya bergerak-gerak. Mungkin ada yang mahu dikatakannya padaku. Mampuslah cepat, aku tak sudi dengar apa-apa lagi dari mulut kau.

Ikutkan hati, mahu saja aku menembak lagi dahinya itu untuk kali yang ketiga. Tapi dua das peluru dari Ruger LCR 357 Magnum Revolver yang masih ada dalam tangan aku ini, sudah memadai untuk menamatkan riwayatnya.

Akhirnya jantan tak guna itu mati juga dengan wajahnya tersembam di atas jalanraya. Aku tersenyum. Malang sungguh nasib kau, mati dengan cara paling tragis sekali di tangan perempuan seperti aku.

Aku tidak akan menyesal dengan perbuatan ini. Sumpah, tidak akan ada penyesalan kawan.

"See you in hell, bitch!"

1. THE GUY'S GUY

"Bromance; shouldn't be ashamed or hide it, I love you in the most heterosexual way!"

Nama gua Qidran. Panggil je Qid. Gua lahir dan membesar kat Taiping, Perak. Ini cerita gua dan gua sedang ceritakan lu kisah gualah ni kan? Tapi, jujur cakaplah bro, gua tak tahu nak mula dari mana sebenarnya dengan cerita gua ni. Bagi gua fikir sekejap ya? Okay...

Gua ni sebenarnya anak kampung tipikal je bro. Keluarga orang susah, mak ayah dua-dua petani. Gua anak bongsu dari sembilan beradik bro dan sekolah pun tak tinggi. So basically, tak ada yang menarik sangatlah kan pasal latarbelakang gua yang agak cliché ni kan?

So dengan level pendidikan gua yang tak seberapa tu (gua berhenti sekolah waktu tingkatan tiga, tak sempat ambik PMR, SPM apatah lagi), gua kerja sempoi je. Gua ni sebenarnya bouncer kat kelab malam. Nama kelab malam tu Razzle Dazzle.

Gua suka profesion gua dan kalau diberi peluang untuk tukar kerja lain yang lebih bagus, gua tetap akan pilih pekerjaan ini. Kenapa? Salah satu sebabnya, gua suka tunjuk hero dan gua suka kalau bab-bab gaduh dan keganasan ni, hehe...

Ya, violence memang dah jadi sebahagian dari hidup gua. Dulu waktu kat kampung gua terkenallah jugak sebagai samseng. Kalau sebut je Qidran Abqari, orang taulah tu siapa. Kalau tak bertumbuk, kalau tak bergaduh sampai patah riuk, memang tak sah hidup gua. Setakat yang gua ingat dari sekolah rendah sampailah ke tingkatan tiga, lima kalilah gua kena buang sekolah pasal kes gaduh.

AMMO - sebuah novel M. Cairol YakupWhere stories live. Discover now