Bab 11

3.6K 88 9
                                    

11. SANG BELANG

"...I like your silhouette when you stand on the street, like a samurai, you can handle the heat; makes me wanna pray for a haunted man!"

Kami berempat sampai jugak di Razzle Dazzle ni. Selain Qidran yang memang dah kerja kat sini sejak tujuh tahun lepas, memang kitorang tak pernah sampai sini.

Selama dua puluh tahun aku hidup kat dunia ni, inilah dia kelab malam yang paling cool aku pernah tengok, beb. Main entrance hotel dah macam hotel lima bintang. Gila betullah tempat ni, siap ada karpet merah lagi, macam nak pergi award show lah pulak!

"Wallawey, Qid... Dahsyat gila kelab malam kau ni! Zouk pun tak best macam ni kot?" puji aku.

"Kan? Lu tau tak, inilah di satu-satunya kelab malam di Malaysia yang ada lima tingkat? Or maybe satu-satunya dalam dunia!" kata Qidran, penuh bangga dengan tempat kerjanya ni.

"Tak pernah-pernah pulak aku dengar kelab malam sampai ada lima tingkat," sampuk Cloud.

"Itulah yang uniknya Razzle Dazzle ni, Cloud. Kau tak akan jumpa lagi kelab macam ni kat mana-mana. Disko kat ground floor sampai tingkat satu. Tempat orang nak main pool kat tingkat dua. Pub pun kat situ jugak. Tingkat tiga, tempat gig, ataupun live show performance. Tingkat empat, tempat VIP. Kalau ada gathering ke, private party ke, buat kat situlah. Kat tingkat empat tu, GRO berlambak siot!" jelas Qid panjang lebar.

"This place is cool, dude. How come you never bring us to this place before?" kata Cloud.

"'Cause you never asked!" jawab Qidran.

"Tingkat lima untuk apa pulak?" Akhirnya si Leman berbunyi jugak.

"Owh, tingkat lima tu ofis bos gua. Tapi ada ruang jugak untuk private party, tapi lebih eksklusif lagilah dari tingkat empat. Yang itu, untuk VVVIP sahaja ya? Lebih privasi dan lebih meriah. Boleh request tiger show lagi kalau nak, bro!"

"Tiger show?" Bulat mata hazel Cloud mendengarnya.

Menyampah pulak aku menengok reaksi si Cloud ni. Dasar jantan!

"So kau nak bawak kitorang pergi mana ni? Tingkat empat ke lima?" aku tanya.

"Agak-agaklah kalau ya pun lu ni, Fiet. Lu ingat gua ni banyak duit nak sewa tingkat empat dengan lima?"

"Ai, takkan tak dapat staff price?" aku mengusik.

"Ceit! Kalau pun bos bagi staff price kat gua, potong gaji gua sepuluh tahun pun belum tentu lepas gua habis bayar, Fiet!"

"Suruh Cloud bayarlah. Ni kan birthday dia? Lagipun kau masyuk, kan Cloud? Haritu kan kau dapat ngap ikan besar?"

"Yeah right, kau pun tau betapa kedekutnya si Cloud tu, Fiet. Kau ingat dia nak ke datang sini, kalau bukan Qid yang belanja?" Leman menyampuk.

Cloud tampar kepala Leman. Leman balas balik. Aku dengan Qid gelak. Dah lama dah tak tengok diorang berdua macam ni. Rasanya kitorang akan okay, walaupun ada rasa kekurangan; Rita.

"Hey man!" panggil seorang lelaki yang aku tak kenal. Badan dia berketak macam Qidran jugak. Fesyen rambut pun dah lebih kurang sama dengan Qidran, cuma kulit dia je gelap sikit dan dia taklah sekacak Qidran.

"Hei, bro!" sahut Qidran. "Bangsat, lu pergi mana, bro? Gua call, lu tak angkat? Gua dengar lu ambik cuti sampai dua minggu tu... Lu pergi mana?"

"Langkawi, bro. Gua pergi dengan tunang kesayangan gua!"

"Sial, berlagak lu sekarang ek sejak bertunang ni? Gua telefon lu banyak kali tu... Gua mesej tak balas. WhatsApp, tak payah cakaplah!"

"Sorrylah, bro. Tunang gua sorok handphone gua. Menggelabah jugak gua hidup dua minggu tak ada handphone!"

AMMO - sebuah novel M. Cairol YakupWhere stories live. Discover now