Bab 14

5.4K 94 16
                                    

14. REVOLVER

"...I have a bullet with your name on it, click! Click!"


Dah tiga minggu berlalu Fiet hilang sejak kedatangan Jaja menggantikan dia di rumah tu. Dan selama itu jugalah kami berdua mula rapat dari yang sebelumnya. Banyak jugalah yang berubah bila kami berempat ni dah berpecah jadi dua puak; puak blond dan puak jantan macho, macam kata Jaja.

Aku faham yang Cloud dan Qidran susah nak menerima hakikat yang Fiet yang diorang kenal sekarang bukan lagi macam Fiet yang dulu. Diorang berdua nampak sangat canggung kalau berada dalam satu ruangan yang sama dengan Jaja. Kalau tersasul nama tu perkara biasalah, tapi Jaja memang dah tak suka kalau dirujuk atau 'dialamatkan' sebagai Fiet lagi.

Pada masa yang sama, kesemua rancangan Jaja dah diceritakan pada aku dan aku dah boleh ingat setiap butirannya dari yang sebesar-besar gajah dan sekecil-kecil kuman. Ini kalau dah betul-betul nekad, dah tak ada lagi jalan nak berundur.

Gila. Itu saja yang dapat aku katakan dengan kami apa yang bakal kami berdua lakukan. Si Jaja suka merancang dengan teliti dan berharap sangat semuanya menjadi. Aku pulak jenis yang percaya mesti ada back up plan. Kena ada plan B, C, D dan E, kalau apa yang dirancangkan tak menjadi. Tapi Jaja dengar semua idea-idea aku boleh pakai jugak dan dia kata dia boleh pertimbangkan jugak. Masalah dengan dia ni cuma satu; terlampau perfectionist!

Latihan menembak. Inilah benda yang kami tengah buat secara diam-diam dari pengetahuan Cloud dan Qidran. Sejak latihan menembak ni masuk dalam jadual harian aku, aku dah tak ada masa lagi nak menikmati hari-hari off ataupun cuti seperti sebelumnya. Kadang-kadang aku terpaksa ambil cuti kecemasan dan cuti tak berbayar untuk komitmen bersama si Jaja ni.

Aku dan Jaja selalunya akan pergi ke pusat latihan menembak di Shah Alam empat kali seminggu dan dari sinilah aku belajar apa sebenarnya menatang revolver tu. Aku ni bukanlah macam Jaja yang tahu semua pasal pistol.

Sejak aku tawarkan diri aku untuk sain kontrak maut dengan dia ni, aku bersungguh-sungguh nak buktikan keupayaan aku, walaupun aku tahu yang aku ni memang tak boleh diharap kalau nak memegang senjata api. Aku kena lakukan apa yang dia minta dan aku akan sanggup buat apa yang dia suruh aku buat. Lagipun aku dah yakinkan dia yang dia berhak untuk dapat apa yang dia mahukan selama ini.

Benda ni bukan main-main dan aku dah banyak kali ingatkan diri aku akan kemungkinan yang akan terjadi sekiranya misi ini gagal. Tipulah kalau aku cakap yang aku tak takut. Lantaklah, memang tempat aku nanti pun ke neraka juga, kan?

Dan menunaikan permintaan Jaja untuk menyembunyikan misi gilanya ini dari Cloud dengan Qidran bukanlah perkara mudah. Banyak kali jugak Qidran bertanya dan aku tahu yang dia pun bukannya bodoh. Aku tak hairan kalau dia dah syak sesuatu. Kalau boleh aku tak mahu bayangkan apa yang akan jadi kalau Qidran betul-betul tahu nanti.

***

Penatnya aku harini Tuhan sajalah yang tahu. Selesai dengan latihan intensif di pusat menembak, Jaja bawa aku pergi makan kat restoran La Bodega di Pavilion. Aku rasa, sekarang hidup aku ni cuma difokuskan pada kerja aku dan impian si Jaja saja. Aku penat dan aku dah tak larat. Aku cuma satu hari untuk diri aku; berehat dan tidur.

Aku sebenarnya memang taknak ikut dia ni pergi makan. Aku dah tak lalu nak isi perut, tapi Jaja minta simpati aku tunaikan jugaklah permintaan sekali badan aku dah lembik tak bertenaga lagi.

"Betul ke kau ada duit nak bayar ni semua?" tanya aku bila semua makanan western kegemaran dia dah terhidang atas meja.

"Of course I do, darling!" jawabnya dengan pelat Royal English.

AMMO - sebuah novel M. Cairol YakupWhere stories live. Discover now