Bab 1

11.9K 150 18
                                    

IMAN duduk berdepan dengan Qhalish. Sudah hampir setengah jam restoran mamak itu menjadi tempat untuk mereka melepak setelah hampir enam tahun tidak bertemu. Dalam pertemuan yang tidak disengajakan, mereka terus bertukar nombor telefon dan kini bertemu di sini.

Sedari tadi masing-masing tak lepas daripada memuji antara satu sama lain. Yalah, enam tahun tidak bertemu sudah tentu ada perubahan pada diri masing-masing. Dulu belajar, masing-masing comot pun dah rasa diri paling cool, kini bila sudah dewasa dan bekerjaya, eloklah sikit dipandang. Cuma ada masanya perangai usik-mengusik itu melekat dalam diri mereka tanpa mengenal usia.

"Kau macam mana sekarang?" soal Iman setelah topik kerjaya sebelum ini menjadi pilihan.

"Macam mana apanya?" soal Qhalish kembali.

"Takkan tak ada sapa-sapa lagi kut..." terang Iman akan maksud soalannya sambil tersenyum membuatkan Qhalish faham makna senyuman itu. Dia ketawa terlebih dahulu sebelum menjawab.

"Dah bertunang dah pun."

Iman sedikit terkejut. "Serius?"

Qhalish senyum dan angguk. Kalau dia perempuan mungkin lebih senang untuk dia tunjuk cincin sebagai tanda itu, tapi sayangnya dia lelaki. Jadi dia harus bercerita panjang lebar bagi meyakinkan sahabat terpisahnya itu.

"Bila?"

"Dah nak masuk dua tahun pun. Aku bertunang masa tengah belajar lagi," terang Qhalish tersenyum malu mengalahkan anak dara.

"Hai laju betul. Takut orang lain sambar ke?" gurau Iman siap dengan mimik muka sebelum menyedut sedikit air di dalam cawan yang hampir kering itu. Itu sudah masuk cawan kedua.

Qhalish ketawa lagi. "Kalau aku cakap mesti kau tak percaya punya."

Iman kerut dahi tak faham. Adakah kata-kata temannya itu ada kaitan dengan soalannya ataupun perkara lain yang mungkin tak akan dia percaya? Dia langsung tidak bersuara, memberi ruang untuk Qhalish cerita apa yang dimaksudkannya.

"Kau ingat lagi tak dengan Arisa?"

Kerutan Iman makin menebal. "Arisa? Arisa mana?" soalnya kerana gagal mengingati pemilik nama itu.

"Alah Arisa junior kita yang kawan dengan Fia awek masscommyang Wafi nak trysangat sampai sanggup beli bunga hantar tiap-tiap hari tu..."

Tak lama untuk kerutan di dahi Iman hilang. Kalau itu klu yang diberikan, memang mudah untuk dia ingat. Tapi seketika kemudian kembali berkerut. Cuma tidaklah setebal tadi sebab keningnya sebelah terangkat.

"Cop! Kau sebenarnya dapat Arisa ke Fia?"

"Gila kau aku nak ngorat Fia. Aku tak sekejam tu kut nak rampas member punya," bidas Qhalish sebelum menyambung dengan nada semacam hendak ketawa. "Walaupun sebenarnya Fia memang dah tolak Wafi awal-awal lagi."

Kemudian masing-masing ketawa seolah restoran mamak itu asrama mereka ketika sedang belajar. Bila cerita lalu timbul, pasti akan ada saja yang boleh dibuat ketawa. Iman yakin kalau Wafi ada di situ mukanya sudah merah malu. Walaupun Qhalish dan Wafi junior, tapi Iman tetap rapat dengan mereka.

"Jadi kau dengan Arisalah ya?"

Qhalish agguk mengiakan.

"Aku dengan dia. Lepas mak ayah aku meninggal, aku memang downgila. Nasib baik ada kakak aku. Dia yang banyak tolong aku, bagi aku semangat. Masa aku sambung degree, kebetulan jugak masa tu Arisa muncul dalam hidup aku. Mula-mula kawan tapi kau faham ajelah bila dah lama-lama macam mana kan. Aku pun suruhlah kakak aku pinang dia," cerita Qhalish sesekali mengeluh disulam senyuman.

CINTA BELUM TAMAT TEMPOHWhere stories live. Discover now