Bab 9

3.6K 77 14
                                    

"AWAK, kenapa diam?" sergah Iman mengejutkan Qaisara.

Qaisara terus diamkan diri. Terasa seperti dia dipaksa masuk ke dalam kereta itu sahaja. Kalau bukan kerana kereta Iman yang menghalang kereta orang tadi, rasanya mungkin mereka boleh gerak menaiki kereta masing-masing saja.

Huh! Dasar lelaki kuat mengugut!

"Kenapa ni? Berak dalam seluar ya?" sakat Iman lagi bila Qaisara masih diamkan diri.

Mendengar kata-kata itu, terus Qaisara alihkan bola mata memandang lelaki di sebelahnya yang sedang memandu itu. Saat matanya mencerun Iman, boleh lelaki itu senyum sahaja tanpa sedikit pun rasa gentar. Apa ingat aku ni budak-budak ke ha? Dahlah sebelum ni panggil aku mak cik, lepas tu orang tua, ni cakap aku berak dalam seluar pulak? Aku berak betul-betul dalam kereta kau baru kau tau, bebel Qaisara lagi.

Setelah kereta yang dipandu Iman itu dipakir di bahagian bawah bangunan SACC Mall, mereka terus naik ke tingkat atas untuk mencari barang yang mahu dibeli.

"Kita kena beli ni? Awak ada senaraikan tak?" soal Iman kerana dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dicari.

Lagipun tadi masa Qhalish telefon dia, sahabatnya itu hanya minta dia temankan Qaisara beli barang hantaran. Laju saja dia setuju tanpa sempat bertanya kenapa. Semuanya kerana mahu keluar berdua dengan wanita yang tidak pernah mahu menerima pelawaannya. Tak kisahlah keluar kali ini walaupun bukan dipanggil sebagai dating asalkan berdua. Boleh dia berkenalan lebih rapat lagi.

"Jam..." balas Qaisara sepatah.

"Jam? Hmm... rasanya ada kedai jam dekat tingkat ni. Dekat depan escalator tu," terang Iman sedangkan Qaisara hanya mengangguk dan mengatur langkah menuju ke arah escalator.

"Awak nak beli jam yang macam mana?" soal Iman lagi penuh teruja seolah dia pula yang mahu kahwin.

"Tengoklah apa yang ada," balas Qaisara nak tak nak sambil lemparkan pandangan ke arah lain.

"Kita beli jam couple nak?"

"Tak boleh. Sebab kalau jam couple nanti dia letak dalam satu kotak. Susahlah nak buat dua hantaran nanti," terang Qaisara masih tidak memandang wajah lelaki itu.

"Eh tak, maksud saya untuk awak dengan saya. Boleh kita pakai sama-sama nanti," balas Iman sambil tersenyum sedangkan maksud soalannya itu memang seperti yang dijawab oleh Qaisara. Tak berniat buat pick-up line pun cuma mahu menghanginkan Qaisara saja. Susah sangat nak buka mulut, kan?

Qaisara merengus. Pipi sedikit memerah. Sudah diagak dari awal lagi yang Iman memang sengaja mahu mengenakannya. Qaisara terus lebarkan langkah menuju ke arah kedai jam. Dibiarkan soalan Iman itu begitu saja. Tak kelakar pun, makin menyampah dia dengan lelaki itu adalah.

Iman mengejar dari belakang. Mereka sama-sama masuk ke dalam kedai jam itu.

"Apa warna tema hantaran Lish?" soal Iman sedangkan Qaisara sedang tekun melihat jam mana yang mahu dipilih. Dia bukannya tahu sangat cita rasa Arisa, kalau Qhalish tu dia tahulah. Apa pun yang dia beli semuanya Qhalish terima saja.

Qiasara mencebek. "Yang awak sibuk nak tahu kenapa? Macamlah awak pandai sangat bab-bab ni," balasnya kemudian menuju ke rak cermin lain pula.

Iman berdeham sebelum menjawab. "Memanglah saya tak pandai bab hantaran. Tapi awak kena ingat, walaupun lukisan pelan saya hitam putih, tapi masa saya lukis dah ada warna dalam otak saya tau."

Kali ini barulah Qaisara memandang lelaki di sebelahnya itu dengan pandangan marah. "Bercakap dengan awak ni memang tak pernahnya nak menang, kan? Saya rasa awak tak sepatutnya jadi arkitek, awak lagi layak jadi peguam!"

CINTA BELUM TAMAT TEMPOHWhere stories live. Discover now