Bab 12

5.6K 108 20
                                    

QAISARA buka pintu kereta Honda Civic yang berhenti di depan rumahnya. Nasib baik juga hari ini adiknya tiada di rumah. Ke Melaka bersama tunangnya untuk urusan perkahwinan mereka. Esok baru balik katanya. Kalau tidak, Qaisara tidak tahu mahu menjawab apa bila adiknya tanya mahu ke mana.

Sudah memang kebiasaannya pada hari cuti dia hanya akan berehat di rumah dan bulan ini dia perlu berhempas pulas menyiapkan hal perkahwinan adiknya. Kalau nak diberi alasan keluar ke kafe, buat apa malam-malam begini? Ada pesanan ke? Semua ini kerana lelaki di sebelahnya!

Iman senyum pandang Qaisara yang masuk ke dalam perut keretanya. Sebenarnya dari wanita itu melenggang kangkung berjalan ke arah keretanya lagi dia sudah pelik melihat pakaian wanita itu. Pelik yang bukan sedikit tapi luar biasa daripada selalu.

"Cantik baju," suara Iman.

Qaisara senyum sebelum menarik tali pinggang keledar sambil menjawab, "Terima kasih. Kan awak jugak yang suruh saya pakai baju cantik-cantik. Saya pakailah. Sekarang saya dah bersedia nak keluar makan malam dengan awak." Dia senyum puas kerana berjaya mengenakan Iman.

Nak sangat aku pakai baju cantik-cantik kan, sekarang tengoklah stailista atau opss!

Memang Qaisara sengaja memakai baju kurung Kedah milik arwah ibunya itu. Kalau diikutkan memanglah dia terasa malu memakai baju yang seolah sudah ketinggalan zaman dengan corak yang seperti itu, tapi demi niatnya, ditebalkan juga muka. Rambut yang panjang juga disanggul tinggi seperti orang berpantang.

Dia sanggup keluar hari ini pun demi telefonnya. Dia takut kalau-kalau Iman menggeledah telefon bimbitnya seperti yang diugut lelaki itu. Memang tiada yang rahsia, tapi rasa takut itu tetap ada. Buatnya dilihat gambar-gambarnya di dalam telefon itu, bukan ke makin bertambah malu dia dibuatnya. Lagipun telefon itu penting buatnya. Dia takut kalau-kalau pelanggan tetapnya telefon untuk membuat pesanan melalui telefon bimbitnya dan bukan melalui telefon di kafe.

Iman tekan pedal minyak dan meneruskan pemanduan. Dapat dirasakan Qaisara sengaja berpakaian sebegitu. Memang dia meletakkan syarat pada wanita itu memakai pakaian yang cantik. Tapi tidak disangkanya Qaisara lebih mahu mengenakannya dengan memakai sebegitu. Sudah seperti ada perlawanan dan Iman akan pastikan dia tidak kalah. Malulah kalau dia kalah. Sudahlah dia kalah dengan Qaisara soal usia, jadi dia takkan kalah soal kejantanannya pula.

Sepanjang perjalanan mereka hanya diamkan diri saja sampailah Iman berhenti di sebuah restoran. Memang dia mahu bawa Qaisara ke situ pun. Restoran itu bukanlah mahal sangat, tapi tidak juga terlalu murah. Kang sekali lagi dikatakan dia Haji Baqil Tuan Tanah Kedauk pula. Restoran itu selalu dikunungi ramai orang dan boleh tahan popular. Sebaik melangkah masuk, mereka disambut seorang pelayan dan dibawa ke sebuah meja yang memang untuk dua orang duduk.

Qaisara pandang sekeliling restoran itu. Boleh tahan cantik juga. Siap ada kolam kecil di tengah restoran itu. Tiba-tiba dia terasa mahu buat kolam di kafenya dan hias patung kataknya di situ. Tapi berapalah sangat keluasan kafenya kalau nak dibandingkan dengan restoran ini. Dia perlu sedar kenyataan itu. Dan seperkara lagi yang dia perlu sedar, dia jual makanan, tak semua orang suka binatang yang dia suka itu walaupun sekadar patung. Kalau Doraemon itu mungkinlah.

Sedang menunggu pesanan mereka sampai. Qaisara dapat rasakan yang ada pandangan mata sedang memandangnya. Kalau pandangan Iman itu sudah sah-sahlah ya. Dari dalam kereta bawa ke meja makan, sampaikan Qaisara terasa cantik sangat ke apa yang dia pakai itu, berkenan sangat anak mata Iman memandangnya tanpa jemu.

Dalam hati Qaisara berikar yang dia takkan mengaku kalah. Dia mahu Iman berasa malu keluar dengannya dan takkan mengajaknya keluar lagi.

"Handsomenya mamat tu..." puji seorang gadis sedikit kuat sehinggakan dapat didengari Qaisara.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 09, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CINTA BELUM TAMAT TEMPOHWhere stories live. Discover now