Bab 3

5.4K 90 15
                                    

"KAU ingat kau handsome nak senyum macam tu dengan aku?" marah Qaisara tetapi masih mengawal rentak suara.

Qhalish tetap setia mengukir senyuman tanpa rasa bersalah.

Qaisara terus merengus. Dengan tiba-tiba dia rasa seperti hendak melangkah masuk semula ke dalam rumah. Mana tidaknya, sebaik dia melangkah keluar dari rumah dengan beg baju sederhana besar, bola matanya terus terlihat seorang lelaki sedang membantu Arisa memasukkan beg baju ke dalam MyVinya.

"Kau cakap kau nak ajak Arisa aje balik kampung, kan? Dah tu kenapa tiba-tiba ada orang lain pulak?"

Qhalish masih cuba menunjukkan wajah sucinya seolah tiada sebarang kesalahan yang dilakukannya.

"Tak adalah, kawan Lish tu tak ada kampung, dia teringin nak rasa hidup dekat kampung. Dah alang-alang kita nak balik kampung ni itu yang Lish ajak dia sekali. Lagipun akak ada Arisa buat teman, Lish ajaklah dia buat teman Lish jugak," balas Qalish bersahaja lantas mengambil beg di tangan kakaknya. Takut juga kalau tiba-tiba kakaknya berubah fikiran.

"Bukan hari tu kau cakap kau bawak Arisa sebab nak tunjuk kampung kita dekat dia ke? Ini yang tiba-tiba aku pulak kena ni apa cerita?" Bengang pula Qaisara bila pelan asal berubah.

Sepatutnya hanya Qaisra dengan adiknya saja. Kemudian ditambah tunang adiknya, masih Qaisara boleh terima. Tapi bila ditambah seorang lagi lelaki, itu yang dia rasa seolah dipermainkan.

"Alah akak, kan lagi seronok kalau pergi ramai-ramai..." balas Qhalish terus menghala ke belakang kereta kakaknya yang berwarna hijau itu. Diserahkan beg kepada rakannya yang sedang menyusun beg di belakang kereta.

"Beg siapa ni?"

Qhalish hanya menjawab dengan menghalakan bibir ke muka pintu rumah sahaja.

Iman mengintai, terlihat Qaisara yang sedang melihatnya dengan pandangan tidak puas hati. Tapi tidak Iman pedulikan sebaliknya dengan selamba dia melambai tangan buat Qaisara. Seolah mengatakan, hai, ingat saya lagi tak? Sambil menayang senyuman.

SEPANJANGjalan Qaisara hanya perhatikan saja rentak pemanduan Iman. Dia memang tidak suka orang lain memandu keretanya. Kalau kasar dia takut keretanya nanti sakit. Kalau ikutkan hati mahu saja dia pandu sendiri. Biar penat, biar sakit kaki juga pinggangnya asalkan keretanya ini tidak disentuh orang lain. Tapi kata adiknya,

"Kan hari tu akak membebel tak nak drive. Jadi Lish carilah driveruntuk akak. Akak duk aje kat belakang tu. Tidur. Nanti dah sampai Lish kejutkan."

Makin sakit pula hati Qaisara mengingati alasan adiknya itu. Suruh aku tidur tapi dia yang tidur, gerutunya dalam hati sambil melihat Qhalish yang sepatutnya berjaga menemani Iman memandu itu tidur tanpa rasa bersalah. Co-pilot gagal!

Iman yang memandu tenang sesekali menggunakan sebaik mungkin cermin pandang belakang itu untuk memandang Qaisara dan Arisa yang duduk di belakangnya. Betul-betul dimanfaatkan cermin itu. Tambahan bila Arisa yang duduk di sebelah Qaisara, belakang Iman turut tertidur sama seperti tunangnya, mudah untuk kerja Iman. Tiap kali terlihat wajah Qaisara, tiap kali itu juga pertanyaan Qhalish berkumandang di telinganya.

Sebenarnya dia sendiri tidak pasti sama ada tindakannya mengikut rombongan ini betul atau tidak. Tapi mengingati semula kata-kata mamanya, Iman rasa dia perlu lakukan sesuatu untuk dirinya dan demi kebahagian mama dan papapnya.

Tempoh hari selepas pertemuan pertama ada juga beberapa kali dia terlajak pandu sehingga ke depan kafe Qaisara. Kalau bertuah dapat dilihatnya wanita itu dari jauh, kalau tak hanya dapat tengok bangunan sajalah.

Sebelum ini dia belum ada keberanian untuk mendekati wanita itu. Yalah, pertama kali jumpa sudah disakitkan hati wanita itu. Tapi pada Iman itu bukan salahnya, wajah Qaisara dengan pipi kemerahan tu yang bersalah. Comel sangat dan bila tahan marah pipi bertukar mentol menyala. Mana dia tak nak buat eksperimen.

CINTA BELUM TAMAT TEMPOHजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें