Part62

4.9K 443 49
                                    

Soo: Akhirnya, rahsia kita terbongkar jugak... kau suka kan?

Taehyung: Bukan salah aku pun. Aku tak tahu pun yang Jungkook tu nak datang rumah hari tu.

Soo: Iyalah, semua salah aku.

Soo terus mempercepatkan langkahnya ke sekolah. Hari ini, Soo tidak menaiki basikal ke sekolah kerana semalam entah siapa yang bocorkan tayar basikal FIXIEnya. Semestinya Soo yakin yang Taehyung membuatnya. Taehyung ingat dia cakap "tak tahu" "tak buat" Soo nak percaya. Semalam hampir Taehyung ditendang keluar daripada rumah tetapi cepat-cepat Taehyung mengaku akan kesalahannya. Baran dalam hati semakin membuak tetapi apabila Taehyung memeluknya erat dan dia berbisik sesuatu di telinga Soo, terus hilang baran dan panas di dalam hati.

"Aku nak jugak jalan-jalan berdua dengan kau pergi sekolah. Macam budak-budak lain. Pegang tangan tapi aku janji, 5 meter jauh daripada sekolah aku lepaskan"

Mana taknya baran tu hilang, Taehyung berkata sambil membuat suara yang paling digemari oleh yeoja diluar sana walaupun yeoja tu hati kental macam Soo dan lagi-lagi namja yang disukai dan disayangi.

Soo memasuki perkarangan sekolah seperti biasa. Pelajar-pelajar mula menunduk 90 darjah dan memberi kata hormat.

"SOO!!"

Telinga Soo menangkap sekumpulan yeoja memanggilnya daripada arah hadapan dan terus memeluk Soo. Soo membalas pelukan itu dengan senyuman. Siapa lagi kalau bukan Seolhyun,Naeun,Bomi dan Chorong. BTS? Entahlah.

Seolhyun: Aku ingat kau tak kan berubah fikiran tak nak kawan dengan kitaorang dah. Aku takut tau sebab kita dah lama kawan. Aku tak nak hilang kawan paling ceria pernah aku jumpa ni.

Naeun: Kan Seol. Kau seorang je boleh gembirakan kitaorang. Walaupun kau ni pemarah, panas baran dan suka menyuruh tapi bagi kitaorang, kau kawan paling terbaik untuk kitaorang.

Soo: Sebab itulah aku tukar fikiran. Aku tahu aku seorang je yang boleh buat korang bahagia. Hari tu, Emosi sangat sebab Taehyung tu. Suka-suka je peluk aku depan budak-budak sekolah. Mana tak sakitnya hati ni.

Bomi: Hihihi, itulah. Kita ni dah ditakdirkan untuk berkawan sampai bila-bila. Tak kira kita ada masalah ke tak, kita hadapi sama-sama. Tak kira berapa lama kita tak jumpa, kita tetap kenal satu sama lain. Macam ni baru dipanggil BEST FRIEND FOREVER. Bukan bila seseorang tu susah lepas tu baru cari kawan, bila senang.. ditinggalakan macam tu je kawan.

Chorong: Yes! Hurmm by the way, aku nak tanya sesuatu ni.. aku tak tahu patut ke tak aku tanya ni dekat kau, Soo.

Soo:(Jungkookie!!!kau bagitahu dorang ke?!Kalau Chorong tanya pasal aku dengan Taehyung ada hubungan, Tak kira dekat mana kau ada, sesaat aku dah ada depan mata kau. Masatu, aku masukkan satu sekolah ni dalam mulut kau. Biar kau mulut kau tu terkoyak. Sebab tak !JEON JUNGKOOK!) -i just kidding-Author-

4 pasang mata memandang tepat ke arah Chorong. Seolhyun,Naeun dan Chorong risau kalau Chorong tersalah cakap dan membuatkan Soo kembali berang dengan mereka berempat dan Soo pula, takut rahsianya terbongkar.

Chorong: Hurmm, ma—mana FIXIE kau?

Keempat-empat pasang mata menghembus nafas lega. Chorong pula hampir terhambur ketawanya melihat muka-muka kawannya yang sangat panik sebentar tadi.

Bomi: Kau ni! Tak pasal-pasal kau kena dengan aku tadi. Buat suspen je.
Soo:(Kau bernasib baik Jungkook.) Basikal aku tayar dia bocor. Terpaksalah. Jom, masuk kelas.

"Khaja"

----------------------------------

Namjoon: Mianhaeyo Soo-ah. Kitaorang tak dengar cakap kau masa tu. Kitaorang dah buang dia daripada group.

Keenam enam member BTS menunduk ke bawah ketika berhadapan Soo sekarang. Nak aje Soo ketawa puas-puas, tangkap gambar dorang yang sedang menunduk itu then hebohkan dekat satu sekolah. Memang lawak gila muka dorang sekarang ini.

Soo: Huh? Kenapa korang buang dia?

Jin: Dia sebut nama Mina depan kitaorang. Lagi-lagi masa tu dia tengah buli budak junior. Kitaorang rasa bersalah sangat masa tu, Soo.

Soo: Alahai.. Hahaha! It's okay lah beb. Aku masa tu emo sangat. Dahlah. Aku nak lupakan semua tu tapi jangan ingat aku nak jilat balik apa yang aku ludah tu tau. Aku kawan dengan korang balik pun sebab korang kawan "paling baik" buat masa ni.

Soo mengalihkan pandangan daripada Namjoon ke Jungkook yang berada di belakang sekali. Soo tersenyum. Jungkook yang memandang Soo pelik juga membalas senyuman "pelik" itu.

----------------------------------------

Kaki Soo sudah betul-betul pulih sejak 4 hari lepas. Jadi sekarang dia boleh menyertai sukan dan sebagainya. Seperti biasa, Soo akan mengelilingi sekolah jika ketiadaan guru dan mata pelajaran itu membosankan. Sedang dia berjalan memasuki lorong untuk ke belakang sekolah, pasti dia akan melalui pokok yang menjadi kenangan untuk Taehyung dan Mina. Pada masa itu, Soo terlihat seorang yeoja berambut panjang hingga ke bahagian dada, berbaju sekolah Hannyang High School, membelakangi Soo. Macam kenal tapi siapa?

Perlahan-lahan kaki Soo menghampiri yeoja itu. Belum sempat Soo hendak menegur, yeoja itu memalingkan muka ke belakang ke arah Soo. MINA?

---------------------------------

Mina: Macam mana hidup dalam kehidupan sebagai isteri? Best tak? Ermm mestilah bestkan. Suami dia pun pujaan hati yeoja-yeoja kat dunia ni.

Soo: Kau tanya. Kau jawab. Aku nak jawab apa? Kau cakaplah sorang-sorang.

Terkeluar suara manja Soo. Tak apa. Dia cakap dengan roh. Orang bukan tahu pun kan. Tapi kan kalau budak-budak sekolah nampak Soo cakap sorang-sorang dengan nada yang manja, mesti dorang cakap Soo tak waras and dah terkena dengan virus namja yang bernama Kim Taehyung.

Mina: First time, saya dapat dengar awak jawab macam tu dekat saya. Best ke? Jawablah. Saya nak tahu jugak rasa dah berkahwin ni. Saya tak boleh. Ajal jemput saya awal.

Soo: Best tu tak lah best sangat. Lagi-lagi kalai dapat isteri macam aku ni. Memang hari-harilah Taehyung tu kena sound dengan aku. Tapi aku rasa kalau kau tanya orang lain yang dah kahwin. Mesti dorang cakap best.

Mina: Huh.. saya sebenarnya mengwujudkan diri dekat sini sebab nak minta tolong awak...

Soo: Apa dia?




#TBC

KINGKA MARRIED QUEENKA????!!!!!Where stories live. Discover now