Bab 1

7.9K 134 1
                                    

"Kizat do you know that i so miss you my darling" terus dicium kedua belah pipi sepupunya itu. Kizatul sepupu Farhannah yang berasal dari Kedah. Mereka sebaya tetapi duduk berjauhan. Seorang di utara seorang lagi di selatan johor. Walaupun begitu persahabatan yang terjalin tersangatlah akrab di antara mereka. Bukan apa, baginya Kizatul saja yang mempunyai chemistry dengan dirinya. Lagipun mereka sudah membesar bersama-sama. Tetapi apabila Farhannah berumur 15 tahun, dia dengan Kizatul terpaksa berpisah kerana bapanya Mahdi telah dinaikkan pangkat dan di tugaskan untuk berpindah ke johor.Sejak itu hanya sebulan sekali Farhannah dapat bertemu dengan Kizatul. Nasib baiklah pada masa itu internet sudah mulai hangat di pergunakan seperti skype,wechat,whatsapp dan telegram membantu mereka berhubung. 

   
        Setelah masing-masing sudah habis menamatkan pelajaran Farhannah dan Kizatul sudah bercadang mahu duduk sementara sebagai penganggur di rumah mak saudaranya Roslia. Untung nasib badan Farhannah rezeki sudah awal2 ada bila dia mendapat tawaran untuk menjadi seorang chef di sebuah restoran.

 
   "Eeee kau ni geli geleman aku,kang tak pasal orang ingat kita lesbian"rungut Kizatul. Farhannah gelak dan terus menarik Kizatul duduk di bangku yang telah tersedia di KLIA itu.

 
   "Chill lah, ingat orang nak judge macam tu ke. Kau tengok pakaian aku,kau. Hai ya ini budak suka banyak fikir negatif lah. Eh sat hang dengar sesuatu tak?" Mereka berdua senyap untuk tahu apa yang Farhannah telah dengar.

   Betul lah apa yang dikatakan oleh Farhannah. Punyalah pakaian mereka ni mempunyai ciri-ciri wanita gadis melayu terakhir. Farhannah memakai jubah berwarna peach dengan shawl hitamnnya. Kizatul pula memakai blouse berjalur hitam putih dengan seluar slack berwarna hitam. Kepalanya pula disarung dengan tudung bawal hitam. Walaupun ringkas tetapi ia masih lagi tampak ayu. Dengan ketinggian mereka yang agak tinggi iaitu dalam ukuran 170cm.

   Sewaktu di bangku sekolah ada juga yang memintanya untuk menjadi model untuk satu jenama pakaian muslimah di Instagram. Ye lah dengan rupa parasnya yang cantik tambah lagi bonus dengan ketinggiannya kerana faktor keturunan.

 
  Farhannah teramat bersyukur pada Ilahi kerana dapat dianugerahkan dengan rupa dan ketinggian yang sebegitu. Walaupun begitu, Farhannah tidak pernah memilih bulu ketika mahu berkawan. Baginya semua orang cantik, tiada ukuran sama ada hodoh atau jelita,hitam atau putih kerana semuanya hamba Allah.

"Gapo dio?" Tanya Kizatul pelik.

"Amboi hang ni dah telo kelantanese pulak eh. Ni perut aku dah berbunyi lapar. Jom makan"

Pantas saja mereka beredar untuk mencari restoran yang berhampiran.

"Eh ni kita tak inform maksu lagi,kang dia cari kita macam mana?"

Farhannah hanya menggelengkan kepala "hang ni nak dikategorikan tak cerdik tu mustahil,cerdik. Zaman dah maju, phone tu nak buat apa simpan kalau tak pakai. Nanti aku habaq mai lah kat maksu kita kat restoran ni. Nak tunggu dia mai sini, kebuluq kita Kizat" suapan nasi goreng cina terus ke dalam mulutnya.Maksunya Roslia sedang dalam perjalanan dari tempat kerja ke KLIA, dia seorang guru. Sudah hampir 23 tahun Roslia berkhidmat untuk negara. Walaupun begitu dia belum lagi menamatkan zaman bujangnya.

Sehingga suapan yang terakhir masuk ke mulut dengan tangan kanan dia mengambil teh aisnya. Disedut perlahan-lahan masuk ke dalam tekaknya. Ah nikmatnya.. Dilirikkan mata ke sebelah kirinya, dilihat Farhannah masih lagi menikmati makanannya. Bukan tak tahu kalau anak dara sorang ni makan penuh dengan sopan santunnya. Lambatnya makan tu macam sedang mencari jawapan untuk kertas soalan peperiksaan. Mungkin subjektif, kalau objektif boleh je terus bulatkan. Desis hati Farhannah.

Farhannah melihat jam yang terletak di tangan kirinya, dia memang sudah terbiasa memakai jam di tangan kiri. Mengikut logik akalnya sewaktu di sekolah menengah, yang memakai jam di tangan kiri adalah orang yang menulis dengan tangan kanannya manakala yang memakai jam di tangan kanan adalah orang yang menulis menggunakan tangan kiri. Mungkin itu auta,mungkin juga fakta kerana rakannya yang menulis menggunakan tangan kiri memakai jam di tangan kanan.

  Sudah hendak masuk waktu zohor. Tanpa berlengah dia meminta izin Kizatul mahu ke surau untuk menyelesaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Kizatul boleh saja berlengah-lengah menikmati makanannya kerana ketika itu ia sedang cuti.

Air wudhuk di ambil, setelah selesai pili air diputarkan ke kiri untuk menutup air supaya berhenti mengalir. Telekung dari begnya diambil, dia lebih selesa dan suka menggunakan telekungnya sendiri berbanding menggunakan telekung yang sudah disediakan.

Abang Atau Adik?? --- Tunggu Seminit!Where stories live. Discover now