Bab 7

2.1K 69 2
                                    

POV FARHANNAH

BARU aku nak menapak masuk cerrina restaurant dah ada bunyi hon kereta memekikkan telinga aku ni.

Terus aku pusing ke belakang. Aku nampak kereta range rover hitam dengan penuh beradabnya menghon tak henti-henti dekat belakang kereta aku.

Ni yang orang kata potong mood betul. Pagi-pagi orang nak pergi interview ada pulak makhluk tuhan ni buat panas je hati ni.

Aku terus meluru ke range rover hitam dan aku ketuk tingkap kereta tu.

Terus je perlahan-lahan tingkap tu turun. Yang aku nampak mat saleh pakai rayban hitam dengan sombongnya tanya "is that your car?"

"Ya, itu kereta saya" fikir aku nak berlorat orang putih. Lantak kau lah nak faham ke tak. Desisku.

"Boleh tak parking tempat lain? itu tempat saya" jawab mamat range rover.

Orang melayu rupanya.. ingatkan mat saleh. Tempat dia? Dia ingat boleh chop chop tempat ke eeee. Rungutku

Eh enak-enak je nak suruh aku parking tempat lain. Aku yang parking dulu kau apahal nak suruh aku parking tempat lain pulak. Bentak hatiku. Dari aku migrain pagi-pagi ni baik aku jauhkan diri dari mamat range rover ni.

Aku tarik nafas sedalam-dalamnya sambil pejam mata dan lepas.

"Encik, siapa cepat dia dapat. Assalamualaikum" aku tinggalkan mamat range rover yang sedang terpinga-pinga.

Aku jalan meninggalkan tempat parkir, dalam hati menggerutu geram. Sabar Farhannah. Pagi-pagi nak cari rezeki kan. Senyum terpaksa.

Aku tolak pintu Cerrina restaurant terus aku meluru ke kaunter.

Belum sempat mahu bertanya, gadis becermin mata yang duduk di kaunter tu dah menerjah dengan soalan kat aku.

"Cik ni nak interview chef kan?"

Aku terus menganggukkan kepala.

"Erm bos belum sampai lagi. Cik boleh tung"

Belum sempat budak kaunter tu sambung ayat dia aku terus menoleh ke arah pintu utama. Mamat range rover!

"Ha tu bos" sambung budak kaunter tu lagi.

What??!!! Bos??????

Aku terkaku. Sekarang ni rasa nak sembunyikan muka dekat menu menu tu.Malu!

Aduhhh. Patutlah dia dengan slamber dek nya cakap. 'Itu tempat saya' aduhhh Farhannah apa yang kau dah buat ni!

"Hello,miss?" Ulang mamat range rover yang lihat aku seperti sedang mengelamun.

"Yes" jawabku sambil senyum,senyum yang terpaksa!

"Follow me" arah mamat range rover lalu berlalu meninggalkan kaunter.

Aku lihat ke budak kaunter dia hanya tersenyum dan membuat thumbs up kononnya 'semoga berjaya!'

Aku sekarang ni rasa nak lari je. Yang aku tahu aku takkan dapat kerja tu. Pasti!

POV KIM DANNIEL

Pagi yang indah sambil dengar lagu-lagu best dari radio tengah nak parking dekat tempat aku alih-alih dah ada kereta myvi warna putih park kat situ.

Eh anak siapa lah pulak ni sesedap rasa amik takhta. Desisku.

Apa lagi aku hon hon biarlah satu tempat ni nak marah ke apa. Ni tempat aku. Takkan tak kenal siapa Kim Danniel ni.

Tengah aku sedap hon tiba-tiba ada orang ketuk tingkap aku. Ewah. Main ketuk-ketuk pulak.

Terus aku turunkan tingkap kereta.

Cantik! Itu yang aku cakap, fuhh nasib aku pakai rayban hitam ni kalau tak mesti dah kena penumbuk dengan perempuan ni. Suka-suka je tengok.

Dah habis dia bebel.Boleh je dia terus pergi tinggalkan aku yang masih terpinga-pinga ni.

"Aduhh mana nak cari tempat parking ni? Heihh la Dann hari malang kau ke harini?"

Alhamdulillah nasib baik ada satu tempat kosong. Terus aku parking Dania dan berlalu pergi ke restoran aku.

Dah lambat ni, getusku.

tolak je pintu restoran terpacak minah floral ni. Floral? Entahlah sesedap rasa je aku ni. Sebab aku tak tahu nama dia, dan kebetulan dia pakai baju kurung corak flora. Nice name kan! Eheh.

Aku arah dia untuk ikut aku. Selepas masuk ke bilik Ceo. Bilik aku.

Aku terus duduk. Minah floral teragak-agak nak masuk. Muka dia yang tadi garang sekarang ni pucat. Takut ke?

"Duduk" arahku. Dia terus duduk di kerusi yang berada di depan ku. Meja kerja yang menempatkan imac dan family album  serta bermacam alatan kerja yang berada di atas meja tersebut menjadi sempadan antara kami.

Minah floral menghulurkan dokumen kepadaku. Aku amik dan merenungnya seketika. Cepat-cepat minah floral tundukkan pandangan.

Cun. Bukan cun rupanya. Kelulusan yang dia capai.

Aku berdehem cuba untuk menghilangkan suasana sepi itu.

"Nur Farhannah binti Mahdi. 25 tahun. Lahir dekat kedah tapi sekarang stay johor? Sendiri ke dengan family?"

"Dengan family " perlu ke tanya semua tu. Getus Farhannah dalam hati.

"Hannah, tahniah awak dapat pekerjaan ini"

"Hannah?" minah floral kelihatan terpinga, eh salah ke nama dia tu.

Aku capai fail dokumen tadi. Erm betulah Hannah, Farhannah. Tapi aku nak panggil dia minah floral jugak.

"Kenapa, salah ke?" Tanyaku

Minah floral menggelengkan kepalanya.

Aku tersenyum. Comel!

"Okay, esok awak dah boleh kerja"

Minah floral masih membatukan dirinya di kerusi tu.

"Tunggu apa lagi?" Soalku dengan kening sebelah terangkat.

"Err" minah floral aka Hannah seperti tergagap. Kenapa pulak dah minah ni. Seraya aku menjongketkan keningku.

"Kenapa Hannah,Farhannah?"
Soalku.

"Sa..saya de..dah dapat ke..kerja ni ke?"

Tahan Dann tahan jangan gelak!

"Ye awak dah dapat"

Aku lihat minah floral masih kebingungan mungkin teringkat perihal tadi.

"Perkara yang lepas jangan di kenang Farhannah. Dah tau kan. So lepas ni jangan silap parking ya" perli ku.

Sebelum dia berlalu pergi meninggalkan bilik aku yang aku dapat tangkap jelingannya sambil mulut terkumat kamit.

Cerrina restaurant sudah mempunyai 2 orang tukang masak dan 3 orang pembantu. Disebabkan pada setiap tahun pengunjung yang semakin tinggi sehingga mempengaruhi graf bulanan telah membuatkan Kim Danniel sebagai seorang Ceo Cerrina restaurant menambah seorang lagi tukang masak hasil perbincangan jawatan tertinggi yang lain.

Kim Danniel walaupun dia seorang Ceo,ini bukan menghalangnya untuk tidak memeriksa dan bertanyakan kepada pelangganya tentang prestasi dan kelazatan makanan yang ada di restoran tersebut. Baginya, dia patut mencontohi sikap arwah ayahandanya yang mesra dengan semua orang tidak kira berpangkat rendah atau tinggi.

Ayahanda sering berpesan kepadanya "Dann walaupun ilmu kita setinggi everest jangan pernah untuk kita mendongak ke langit, dan jangan sesekali kita memandang rendah terhadap kelebihan orang lain. Dann, kadang kita di atas dan kadang kita di bawah.. hidup kita bagaikan roda Dann. Ingat tu!"

Kata-kata itu yang sering dijadikan motivasi pada diri Kim Danniel.

Abang Atau Adik?? --- Tunggu Seminit!Where stories live. Discover now