3

314 2 0
                                    


Penat juga nak daftar ni, dahlah semua tempat berlainan. Aku ni dahlah tak berapa tahu lagi fakulti-fakulti ni. Nasib baik lepas subuh terus aku gerak ke sini naik bas yang memang khas untuk pelajar sini. Kalau nak jalan kaki, mungkin tak sampai-sampai kot.

Disebabkan tadi juga aku kenal sorang perempuan ni nama dia Emelia. Dia pun tengah nak daftar lagi. Emelia ni baik sangat, walaupun baru je tak sampai berapa minit kenal tapi aku selesa untuk keep in touch dengan dia. Lagipun dia satu course dengan aku. Syukur sangat!

"Emelia, awak nak pergi makan tak?" soalku.

Ye memang aku lapar sangat sekarang ni, sekarang dah pukul 1 tengah hari tapi aku tak jamah apa-apa pun dari pagi tadi. Cuma beralaskan air masak yang aku bawa dalam botol ni je.

"Boleh juga, saya pun tengah lapar. Lisa, awak panggil je saya Mel" Emelia terseyum padaku.

Aku angguk saja.

"Awak duduk kolej kesepuluh juga ke?" soal Emelia.

Aku berhenti mengunyah makanan.

"Aah, kenapa awak pun kolej tu juga ke?" soalku dan kembali menyuap mee goreng telur mata yang telah diorder sebentar tadi.

"Wah tak sangka kita satu kolej yang sama!" ucapnya teruja.

"Bolehlah kita pergi class sama-sama nanti" ujarku.

Dia angguk sambil tersenyum.

Alhamdulillah aku rasa sangat bersyukur kerana dah ada kawan. Bolehlah aku pergi mana-mana berteman.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 11, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Abang Atau Adik?? --- Tunggu Seminit!Where stories live. Discover now