Sambungan Bab 3 :)))))

2.6K 81 0
                                    

 

Farha sedang sibuk memberi doorgift kepada setiap tetamu yang hadir. Sudah tentu ramai para tetamu yang mengusik satu-satunya anak perempuan Salmah ini. Bila lagi mahu berkahwin seperti abangnya? Sudah berpunya ke belum? Farhah layankan saja. Kena hadap dengan soalan-soalan cepumas makcik yang suka sok sek bertanyakan tentang dirinya.

Alahai.. Tabahlah Farha semua ni untuk abang long. Harini je. Farhannah cuba menyedapkan hatinya walaupun payah untuk ditelan semua kata-kata yang dilontarkan oleh mak langnya tadi.

"Farha bila turn hang??"

"Hah apa?" Tanya Farhannah apabila dia sedang leka membelek doorgifts yang tinggal separuh dari bakul yang diusung ke sana dan ke mari dari tadi. Farhannah sudah teramat letih dan terus duduk di meja bersama – sama dengan mak langnya.

"Bila lagi boyfriend kamu nak datang merisik, abang long dah settle. Kamu tu bila? Umur dah meningkat Farha jangan sampai dah tak laku kamu baru teringin nak berkahwin"

panjang lebar mak lang punya bebelan huh kahwin je dari tadi yang aku dengar. Masuk ni dah lebih 100 kali orang-orang tak kira lah rapat or tak soal aku perkara yang sama . Tension aku macam ni. Ni semua sebab abang long lah kalau tak takdenya aku nak kena hadap soalan yang berbentuk sakarstik ni.

"Hmm.. belum ada jodoh lagi mak lang. Boyfriend pun Farha takda nak kahwin macam mana?" Farhannah tersandar lesu.

"Tu lah hang.. mak lang dah pesan hang tak mau nak dengar bila dah lagu ni baru hang menyesal kan"

"eh mana ada Farha menyesal hee" Terbeliak mata mak lang apabila spontan itu yang dilontarkan dari mulut Farhannah. Terus bahu Farhannah menjadi mangsa cubitan mak lang.

"Auchh,mak lang mana aci macam ni" berkerut muka Farhannah, tangannya masih setia menggosok bahu kanan tempat serangan mak lang nya tadi.

"Hah aci tak aci, tu lah hang orang serius dia buat main-main pulak. Farha lisent, past is past you must know that my dear. Sudahlah Farha, jangan disebabkan dia Farha langsung tak nak ada kekasih mahupun kawan lelaki"

Mak lang mengambil tangan Farha lalu digenggamnya erat, dia faham sangat dengan apa yang dirasai anak saudaranya itu.

"Farha.. kamu jangan ingat semua lelaki sama ya sayang. Yang pergi biarkan saja pergi jangan kamu tangisi. Mak lang tak nak kamu macam dulu lagi, dan tolong cari pengganti"

Mata Farhannah berkaca, terus ditarik tubuh mak lang dan dipeluknya. I love you mak lang, thank you.

Abang Atau Adik?? --- Tunggu Seminit!Where stories live. Discover now