Bab 3

2.6K 78 0
                                    

Sudah lebih kurang sebulan aku menetap di kota raya ni,heii rindunya zaman belajar dulu... tak payah nak fikir kerja,cari duit semua ni. Yang perlu tahu masa tu hanyalah pergi sekolah,balik sekolah,makan dan tidur je. 

Tentang tawaran menjadi tukang masak di Cirrena Restaurant itu masih ku berkira-kira untuk mengatakan setuju ataupun tidak. Keputusan masih belum ku buat sedangkan tarikh temuduga hampir dekat. Pergi je lah Farha, takkan kau nak menganggur lagi. Tukar-tukarlah status penganggur tu umur kau pun dah makin meningkat. Mak pun bising bila lah satu-satunya ana dara dia ni nak kahwin. Hmm sebut pasal kahwin teringat pulak.....

* Imbas kembali *

Pang pang ko pang ko pang. Bunyi kompang bergema, riuh rendah dengan suara tetamu yang hadir memeriahkan majlis. Keluarga Salmah pula tak menang tangan untuk mengendalikan majlis perkahwinan anak lelakinya yang pertama iaitu Mohd Farrish. Jauh di sudut hati Salmah teramat gembira kerana melihat kegembiraan yang jelas terpancar dari wajah anaknya itu.

_______________________________________________________________________________

Sambungan InshAllah dalam masa yang terdekat INI :):):) tunggu ya dan terima kasih atas support kalian. like like like! saya masih baru lagi dalam penulisan ini. if ada apa-apa yang tak okay or tak sedap dibaca and perlu saya perbaiki jangan segan silu untuk comment :D

Abang Atau Adik?? --- Tunggu Seminit!Where stories live. Discover now