01 ~sekolah Baru~

2.7K 48 7
                                    


Danzel POV

Aku menghayun pantas kakiku untuk sampai ke gerbang sekolah. Dalam hati terdetik resah gelisah.

'am I late already?..' Tutur naluriku.

Terbeliak anak mata ku melihat reaksi pelajar-pelajar lain yang besar, sihat, dan gempal-gempal fizikalnya. Tampak begitu jitu semangat mereka untuk berasak sekaligus lolos dipintu pagar sekolah. Kulihat seorang pelajar perempuan yang jatuh tersungkur dan dipijak dengan rakus oleh pelajar-pelajar yang sememangnya mementingkan diri sendiri, masing-masing hendak mengelak daripada denda agaknya, tanpa menghiraukan kesannya kepada insan yang lemah, aku memintas beberapa pelajar lain, mengasak dan maju ke depan, terus ke depan...

Ku hulur tanganku kepada pelajar perempuan itu, tanganku yang sedikit berurat disambar dengan pantas olehnya.

"Terima kasih awak.." Dia senyum pahit, menahan sakit agaknya.

Tidak menyempat untuk berbalas senyuman, tubuhnya terdorong kedepan sementara aku diaasak kebelakang. Fuh!! Dasyhat sekolah ni.

"Excuse me..!!!"

Jeritanku tidak dihiraukan? Biar betul ni. Dasar orang melayu memang macam ni ke? Detik hatiku. Wah aku bukan melayu ke? Aku mengalihkan sedikit posisiku, memacakkan tumitku tidak jauh Dari pintu pagar sekolah itu.

Kaki ku berdiri kaku Di situ, memberi peluang kepada kambing-kambing masuk kandang, lagak ku seperti gembala kambing pulak. Otak aku ligat memikirkan tentang keputusan penjagaku untuk menghantar jasadku kesini menjadi tanda Tanya. Berpindah tempat tinggal satu hal yang telah aku pertimbangkan, suasana kekampungan kurasa satu hal besar yang aku tolak ke tepi, sekarang ini sahaja aku perlu berhadapan dengan sekolah yang mana boleh ditafsirkan parah tahap zon merah kurasa, melalui situasi didepan pintu pagar sekolah sahaja telah menggambarkan kualiti sekolah ini. Mampukan aku melalui hal ini pada hari-hari mendatang?

Berpindah Dari California ke Malaysia ternyata merubah hidup Dan presepsi aku sebanyak tiga ratus enam puluh darjah. Kenapa? Kenapa mesti aku lalui ini. Masalah berbahasa melayu aku yang tidak fasih satu hal, sungguhpun aku bisa memahami namun membalas nya dengan yakin itu agak mustahil buat masa ini. Sudahlah dengan pakaian seragam yang entah apa-apa entah. Hijau putih ni pelik macam warna olive vege salad sahaja cukup membuatkan depresi hormon aku agak bercelaru Dan stres tahap dewi kayangan.

Kringgggg!!!

Bunyi bingit loceng sekolah bagai mencincang kepala otak aku. Aku gelengkan kepala Dan mengatur langkah menuju ke pintu pagar yang dikawal tiga pelajar lelaki Dan dua pelajar perempuan masing-masing memakai baju berwarna ungu.

'Apahal pulak baju kitorang tak sama' desis hatiku.

Langkahku terhenti apabila dadaku ditolak sedikit keras, lelaki berkulit hitam dan tubuhnya agak sasa dari diriku? Sempat pulak aku menilai fizikalnya. Kembali bertentang Mata aku melemparkan satu pandangan yang menyatakan..

'Like who the fucking hell you are?'..!! Hatiku berombak, peluh dingin membasah dahiku.

"Kau tak boleh masuk! Kau dah lambat and perhimpunan dah start.. So, tulis nama kau Kat sini." Si lelaki menuding pen tepat ke arah mukaku.

"Dan tindakan Tata tertib akan diambil ye.. Anyway, kau budak baru ke?? Bila masuk?? Tak kan tak tau peraturan kut.. Saje kau lama-lama dok berdiri Kat situ apsal.. Nak cabar kitorang ke ape?!" Si lelaki yang berkulit sawo matang pulak menambah sambil meraup wajahnya berulang Kali, lagak adiwira!

"Weyh.. Dah laa.. Ambik nama dia sudah.. Korang nak kecoh-kecoh apsal.. Sah-sah lah dia ni budak baru.. Tak tau ape pon lagi kut.." Si perempuan bertudung menyampuk seraya memalingkan mukanya kepadaku sambil mengenyit mata.

Ini lah masalah kalau kacak sangat ni, ada yang benci tak bertempat, ada pulak yang gedik meloyakan, ugh!!! Aku senyap seketika, sambil menghela nafas panjang aku menjawab dengan selamba.

"Hi, I'm Danzel from California.. As you guy's know I'm new here.. Yeah.. I had a pleasure to meet my uncle .."

"Ape?? Mamat ni cakap ape??uncle?? Sape uncle kau plak?!!" Si lelaki yang berkulit hitam tadi memintas laju ayatnya.Dia sedikit menempik sambil matanya tajam membenam ke iris mataku.

"Owh.. Sorry.. I mean your vice president school here.."

Sejurus aku menghabiskan ayat aku yang terakhir kulihat masing-masing melolong keluar lidah!! Kelaparan agaknya persis anak anjing jiran aku di California, Mrs.Peter. Rindu pulak makan pai epal dia, Huhu sempat lagi mengenangkan orang tua tu.

**Hope you guys enjoy this story and please let me know what do you think about it..Don't forget to drop you comment and vote yhh..!!

Ceritera Cinta Si BeradikWhere stories live. Discover now